Tuesday, March 29, 2011

c a r a . m e n g e l a k . u n d i . r a h s i a . a n d a . d i k e t a h u i

Kepada semua rakyat Malaysia

Selama ini aku dengar ramai Cikgu, Polis , Askar dan kakitangan kerajaan TAKUT nak undi pembangkang kerana kata mereka;

"Undi aku boleh dikesan. Kalu aku undi parti lain nahas aku"

Aku lama juga terfikir camne depa detect undian yang sepatutnya rahsia. Didalam video dibawah segala teknik keji ini terbongkar. Secara nutshellnya bila mengundi pastikan;

1. Tiada catitan dilakukan ditepi senarai pemilih. Pegawai petugas hanya boleh memamgkah nama ada. Jika ada anda boleh membantah

2. Pada kertas undian juga tiada catitan boleh dilakukan. Kerap kali nombor IC anda diletakkan dibelakang kertas undian. This makes tracking your votes easier

Jangan jadi mangsa politik kejam. Ketahui hak anda ketika mengundi.



k r e d i t : b l o g s e r i u s.b l o g s p o t.c o m

Sunday, March 27, 2011

S u p e r m o o n . A r o u n d . W o r l d

Pada hari Sabtu yang lepas, umat manusia seluruh dunia dapat melihat Supermoon di tempat masing-masing. Apa itu Supermoon? Supermoon kali terakhir telah berlaku 18 tahun yang lepas, di mana bulan dapat dilihat lebih besar dari saiz biasa kerana ia berada pada jarak yang lebih dekat dengan bumi.
Tapi di Malaysia, walaupun saiznya besar tapi tetap kecil dibandingkan dengan negara-negara lain. Lagi gambar-gambar Supermoon diseluruh dunia.
     Sumber : Mediamalaya.com

                                                                                        


g e m p a . b u m i . h a m p i r i . k i t a


Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.
Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.
Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.

Wednesday, March 23, 2011

n a f s u . y a n g . s o m b o n g



Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama menceritakan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau."

 Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
 "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?".
 Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud :
 "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri.

 Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".
 Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya.
Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".

Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi binasa.


Wallahu'alam.

g e m p a . b u m i . d i . j e p u n . u b a h . p a k s i . b u m i



Gempa bumi  @ Earth Quake @ 地震(じしん)Jishin @ زلزال  zil zaalun kuat yang melanda Jepun dilaporkan begitu berkuasa sehingga mengubah bentuk persisiran negara itu dan menganjak paksi bumi. Menurut saintis Amerika Syarikat dan Itali, gempa itu bukan sahaja menyebabkan sebahagian daripada tanah bergerak hampir 2.5 meter tetapi juga menganjakkan bumi daripada titik paksi sekurang-kurangnya 8-10 sentimeter ke timur.

Selain itu, gempa terkuat yang pernah melanda Jepun itu turut mempercepatkan pusingan harian bumi sebanyak 1.6 mikrosaat pada hari kejadian. Profesor dari Universiti Tokyo, Satoko Oki berkata, Gempa bumi sekuat itu yang disebabkan pergerakan lantai bumi di bawah laut hanya berlaku sekali setiap 1,000 tahun.

Banyak bencana alam (banjir, letusan gunung berapi, gempa bumi, salji melampau, panas melampau dll) berlaku sejak akhir-akhir ini menimbulkan pelbagai persoalan, mungkinkah usia dunia sudah hampir ke penghujungnya. Semakin banyak musibah dan malapetaka yang mengakibatkan huru hara dan kesengsaraan.  Sehebat mana pun manusia tidak akan mempu melawan kuasa Tuhan. Sekali lagi takziah pada yang terlibat dengan bencana ini, semoga terus tabah dan sabar.

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka". (H.R Muslim)


Renung-renungkan dan selamat beramal. 


-Sumber: Sinar, Berita Harian


Monday, March 21, 2011

k e s a n . r a d i a s i . n u k l e a r . p a d a . m a n u s i a

Pendedahan radiasi berukuran 100 Rems akan merosakkan sistem peredaran darah menyebabkan sel limfosit darah akan berkurangan. Simptom awal selesema.
Pendedahan kepada radiasi berukuran 200 Rems ke atas menyebabkan keguguran rambut dengan cepat, kerosakan saluran usus yang mengakibatkan mual, muntah dan cirit-birit. Pada kekuatan ini, radiasi boleh menyebabkan kerosakan saluran peranakan.


Radiasi nuklear berukuran 1,000 hingga 5,000 Rems mengakibatkan kerosakan kepada pembuluh darah dan boleh menyebabkan jantung gagal berfungsi dan kematian.
Pendedahan langsung kepada radiasi berukuran lebih 5,000 Rems akan menyebabkan sel otak rosak, selain membunuh sel saraf dan merosakkan pembuluh darah dalam jantung.
Dalam jumlah tertentu, iodin radioaktif boleh merosakkan sebahagian atau seluruh bahagian kelenjar tiroid yang mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.
Menurut data kesan pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima menunjukkan mangsa cuma bertahan selama 10 tahun dan berdepan risiko jangka panjang seperti leukemia dan barah limfoma.

Sinaran radiasi eksposur kesan pada Kesihatan Manusia

Meskipun dosis hanya 25 Rems menyebabkan beberapa perubahan dikesan dalam darah, dosis untuk hampir 100 Rems biasanya tidak langsung kesan berbahaya. Dosis di atas 100 Rems menyebabkan sinaran tanda-tanda pertama penyakit termasuk:
mual
muntah
sakit dalam kepala
beberapa kehilangan sel darah putih
kayap - kulit akan melembung seperti terbakar, kesan dari tindak balas pusingan radiasi dalam badan.

Dosis 300 Rems atau lebih menyebabkan rambut rontok sementara, tapi juga membahayakan dalaman yang lebih penting, termasuk kerosakan pada sel-sel saraf dan sel-sel yang melapisi saluran pencernaan. Parah kehilangan sel darah putih, yang merupakan pertahanan utama tubuh terhadap jangkitan, membuat korban radiasi sangat rentan terhadap penyakit. Sinaran juga mengurangkan pengeluaran platelet darah, yang membantu pembekuan darah, sehingga korban penyakit radiasi juga terdedah kepada pendarahan. Separuh daripada semua orang yang mengunjungi kawasan sampai 450 Rems mati, dan dosis sebesar 800 Rems atau lebih yang selalu fatal. Selain gejala yang disebutkan di atas, orang-orang ini juga menderita daripada demam dan diare. Saat ini belum, tidak ada rawatan yang berkesan - sehingga kematian berlaku dalam dua hingga empat belas hari.

Pada saatnya, untuk mereka yang selamat, penyakit-penyakit seperti leukemia (kanser darah), kanser paru-paru, kanser tiroid, kanser payudara, dan kanser organ lain boleh muncul kerana radiasi yang diterima.






S y u r g a



Berikut ini nama-nama Syurga serta tingkatan dan calon-calon penghuninya.
1. Syurga Firdaus
Syurga Firdaus diciptakan oleh Allah SWT dari emas. Tentang calon penghuninya dijelaskan dalam surat Al Mu’minun ayat 1-11, yanag ertinya sebagai berikut:
“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman. (iaitu) orang-orang yang khusyu dalam shalatnya. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna. Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah (yang dipikulnya) dan janjinya. Dan orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. (Yakni) yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.” (al-Mu’minun:1-11)
2. Syurga ‘Adn
Syurga ‘Adn diciptakan oleh Allah SWT dari intan putih. Calon penghuni Syurga ‘Adn antara lain:
- Orang yang bertakwa kepada Allah SWT.
“(iaitu) Syurga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya, mengalir di bawahnya sungai-sungai, di dalam Syurga itu mereka mendapat segala apa yang mereka kehendaki. Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertakwa. (iaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): “Salaamun alaikum, masuklah kamu ke dalam Syurga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan.” (An-Nahl:30-31)
- Orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh.
“Dan barangsiapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman, lagi sungguh-sungguh telah beramal soleh, maka mereka itulah orang-orang yang memperoleh tempat-tempat yang tinggi (mulia). (iaitu) Syurga Adn yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Dan itu adalah balasan bagi orang yang bersih (dari kekafiran dan kemaksiatan).” (Thaha:75-76)
- Orang yang banyak berbuat baik.
“Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan di antara mereka ada (pula) yang lebih cepat berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurnia yang amat besar. (Bagi mereka) Syurga Adn, mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka di dalamnya adalah sutera.” (Fathir:32-33)
- Orang yang sabar, menginfakkan hartanya dan membalas kejahatan dengan kebaikan.
“Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik). (iaitu) Syurga Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang soleh dari bapak-bapaknya, isteri-isterinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu.” (Ar Ra’d:22-23)
3. Syurga Na’im
Syurga Na’im diciptakan oleh Allah SWT dari perak putih. Calon penghuninya adalah orang-orang yang benar-benar bertakwa dan beramal soleh. Sebagaimana firman Allah SWT:
“Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa (disediakan) Syurga-Syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya.” (Al-Qalam: 34)
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka Syurga-Syurga yang penuh kenikmatan” (Luqman :8)
“Kekuasaan di hari itu ada pada Allah, Dia memberi keputusan di antara mereka. Maka orang-orang yang beriman dan beramal soleh adalah di dalam Syurga yang penuh kenikmatan.” (Al-Hajj:56)
4. Syurga Ma’wa
Syurga Ma’wa diciptakan oleh Allah SWT dari zamrud hijau. Calon penghuninya adalah:
- Orang-orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh.
“Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka bagi mereka Syurga-Syurga tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (As-Sajdah:19)
- Orang-orang yang takut pada kebasaran Allah SWT dan menahan diri dari hawa nafsu buruk. “Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal (nya).” (An-Nazi’at:40-41)
5. Syurga Darussalam
Syurga Darussalam diciptakan oleh Allah SWT dari yakut merah. Calon penghuninya adalah orang-orang yang kuat iman dan islamnya, mengamalkannya ayat-ayat Al-Quran dalam kehidupan sehari-hari serta mengerjakan amal soleh lainnya kerana Allah SWT. Firman Allah SWT: “Bagi mereka (disediakan) darussalam (Syurga) pada sisi Tuhannya dan Dialah Pelindung mereka disebabkan amal-amal soleh yang selalu mereka kerjakan.” (Al-An’am:127)
6. Syurga Darul Muqamah
Syurga Darul Muqamah diciptakan oleh Allah SWT dari permata putih. Calon penghuninya adalah orang-orang yang melakukan banyak kebaikan. Firman Allah SWT: “Dan mereka berkata:” Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami benar-benar Maha Pengampun. Yang menempatkan kami dalam tempat yang kekal (Syurga) dari kurnia-Nya; di dalamnya kami tiada merasa lelah dan tiada pula merasa lesu “. (Fathir :34-35)
7. Syurga Al Maqaamul
Syurga Al Maqaamul adalah Syurga yang diciptakan oleh Allah SWT dari emas. Calon penghuninya adalah orang-orang yang sangat beriman (muttaqien), iaitu yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT. Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada dalam tempat yang aman.” (Ad-Dukhan:51)
8. Syurga Khuldi
Syurga Khudli adalah Syurga yang diciptakan oleh Allah SWT dari marjan merah dan kuning. Calon penghuninya adalah orang-orang yang taat menjalankan perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya. Firman Allah SWT: “Katakanlah:” Apa (azab) yang demikian itukah yang baik, atau Syurga yang kekal yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa? Dia menjadi balasan dan tempat kembali bagi mereka.” (Al-Furqan:15)
Wallahualam

b e l o n . p a n a s . d i . c y b e r j a y a






Gambar nie saye ambik pagi ahad lepas keja, kat area cyberjaya kebetulan angin pagi bawak belon panas tu ke sini. Awan pagi tu memang cantik tak bejerebu macam sebelum nie.Lagi gambar disini.



Saturday, March 19, 2011

F i e s t a . B e l o n . u d a r a . P a n a s . 2 0 1 1

Hari khamis bersamaan 17hb. mac 2011  sesudah subuh aku dah bersedia nak shot belon panas kat presint 2. Hantar a`an ke nursery pastu terus ke sana. Jam kat tangan baru pukul 7.30 pagi, orang ramai pun boleh tahan yang datang, awal2 dah beratur panjang ambil tiket untuk merasa naik belon panas dengan bayaran cuma rm10 sahaja. Tujuan saye ke sana pun bukan nak naik belon panas cuma nak shot gambar belon2 yang ada. Mase saye mule2 sampai acara baru nak bermule, saye pun dah dalam mod bersedia untuk shot gambar belon. Satu persatu belon panas dinaikkan.




Aku suke betul dengan belon doraemon nie dari jepun, walaupun negara tersebut dilanda bencana gempa bumi dan tsunami mereka tetap menghantar wakil untuk fiesta belon panas kali nie. Semangat dan terus berjuang macam gaya belon doraemon tu,


Belon panas nie unik satu tu seolah2 dalam keadaan terbalik. Trik je sebenarnyer belon tu memang direka sedemikian rupa.



Ada yang dah berlepas, da jugak yang tengah cube2 untuk dinaikkan. Mungkin disebabkan kesempitan ruang, jadi kena bergilir2 untuk menaikkan belon tu.

 
Api tu kalau terkena kepala boleh jadi botak jawapnyer. Yang tu dah sedia nak diterbangkan, kru2 yang bertungkus lumus nak menaikkan belon pun rasa puas.



Belon Sedih & Hepi tiap tahun tak pernah terlepas, puas saye mencari angle yang menampakkan muke sedih & hepi, akhirnyer tula hasilnyer.


Canggih kan belon panas nie, dari negara jerman katenyer. Kepala Darth Vader dijadikan belon panas, memang ikonik sungguh.



Ikut pada info yang saye tau da 23 belon panas dari berbagai negara yang menyertai tapi tak semua belon panas yang naik pada pagi tu. Cume nie jela yang sempat saye shot pada ari tu.


 

Thursday, March 17, 2011

B o t o l . S u s u . B a y i . P o l i k a r b o n a t . A k a n . D i h a r a m k a n



Botol Susu Bayi Polikarbonat Diharamkan Mulai 1 Mac 2012

Berkuatkuasa 1 Mac 2012, kerajaan mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A, BPA.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, pengharaman itu diputuskan jemaah menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurutnya, sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu itu adalah selamat untuk digunakan golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat.

Menurut laporan, polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'Bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.- sumber

** Tindakan pengharaman ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan pihak industri diberi tempoh masa satu (1) tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai.

PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:



Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.




Produk lain yang BPA FREE adalah seperti berikut :-





b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

1) Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.

2) Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.

3) Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.

4) Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.


Maklumat lanjut : hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/ 88833653/88833655 atau melayari laman web http://moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my/.



Monday, March 14, 2011

5 Posisi Terbaik untuk Dapatkan Cepat Hamil ( 18+ )




Mendapatkan kehamilan mungkin termudah segala sesuatu, bagaimanapun, beberapa pasangan melakukannya sukar untuk hamil kerana beberapa alasan, termasuk jumlah sperma lemah atau tidak cukup.

Dalam beberapa kes, seperti ketika alam memerlukan dorongan, sedikit dorongan dari anda dan pasangan anda boleh pergi jauh dalam mendapatkan hamil. Ketika datang ke kedudukan terbaik untuk hamil, Peraturan umumnya adalah bahawa sperma laki-laki harus disetor sebagai berhampiran dengan leher rahim wanita mungkin.

Ini ada hubungannya dengan masa hidup dari telur perempuan dan sperma laki-laki. Sekali telur dilepaskan dari indung telur - panggung juga dikenal sebagai ovulasi - itu mulai jalurnya ke tuba tabung ke rahim. Sebuah telur dikeluarkan biasanya bertahan hanya 24 jam, sedangkan sperma dapat berlangsung dari tiga hingga lima hari di tubuh wanita. Dengan demikian, telur perlu sebagai berhampiran dengan telur mungkin sehingga mereka dapat bertemu dan bergabung sebelum telur mati.

Walaupun tidak banyak orang akan bersetuju bahawa posisi seksual ada hubungannya dengan kehamilan, kesimpulan logik ialah bahawa hal itu masuk akal untuk menganggap kedudukan yang boleh membantu sperma bertemu dengan telur di dalam waktu sesingkat mungkin.

Hal ini terutama berlaku ketika bagi pasangan yang mempunyai masalah atau kesulitan hamil. Setelah mengatakan ini, "kedudukan terbaik untuk bisa hamil" hujung pertama adalah untuk mengelakkan kedudukan yang paling mengekspos leher rahim untuk sperma laki-laki, dan yang umumnya menentang graviti seperti seks sambil berdiri, duduk, atau dengan posisi wanita di atas. Ketika cuba untuk hamil, yang terbaik adalah menghadkan jumlah sperma yang mengalir keluar dari faraj.

pinggul wanita itu juga harus diposisikan sedemikian rupa sehingga sperma dikeluarkan disimpan di dalam, memberikan masa yang cukup untuk berenang sampai ke leher rahim perempuan.

Pertimbangkan kedudukan berikut ini sebagai gantinya:

1. Posisi misionaris. Atau lelaki-di-atas dikatakan kedudukan yang terbaik untuk mendapatkan hamil. Hal ini kerana kedudukan tertentu membolehkan anda kemungkinan penetrasi terdalam, sehingga memungkinkan bagi sperma untuk mendapatkan diendapkan terdekat

2. Angkat pinggul. Mengangkat pinggul, yang boleh dilakukan dengan meletakkan bantal di belakangnya, juga dapat membantu kerana ini memperlihatkan leher rahim perempuan sebagai air mani sebanyak jantan dapat melepaskan.

3. Doggy-style. Posisi rear-entry mana orang memasuki wanita dari belakang juga merupakan kedudukan yang disyorkan. Dalam posisi ini, sperma juga disetorkan paling dekat dengan leher rahim, sehingga membantu meningkatkan kemungkinan persenyawaan.

4. Side-by-side. Anda juga boleh cuba melakukan hubungan sambil berbaring berdampingan. Kedudukan ini juga menyebabkan sebahagian paparan dari leher rahim untuk sperma laki-laki.

5. Orgasme. Akhirnya, saat ini tidak ada hubungannya dengan posisi seksual, ada juga kajian yang menunjukkan pentingnya orgasme wanita dalam hamil. Menurut kajian, orgasme wanita menyebabkan kontraksi yang dapat mendorong sperma sampai ke leher rahim. Pelajaran: bersenang-senang ketika cuba untuk hamil.

Sunday, March 13, 2011

Santai Hujung Minggu

Hari ahad, hari minggu yang penuh dengan rase kebosanan, kemalasan dan bermacam lagi . Kebetulan hari nie saye bekerja pada sebelah malam, jadi untuk mengisi kesenggangan mase yang ade, saye lakukan beberapa aktiviti bersama keluarga.

Bermula seawal 10pagi selepas puas mengeliat badan aku merancang untuk keluar bersiar2 dan memenuhi permintaan isteri untuk menemani ke kedai manik di bangi. Tup tap...bersiap bagai dalam pukul 11pagi baru la nak bertolak keluar dari rumah, destinasi pertama, makan dulu....dari pagi bangun tido makan pepun tak lagi.

Kedai makan yang dituju adalah restoran chan abdullah (restoran makanan cina muslim) disekitar seksyen 8, bangi. Sepanjang 2kali saye mengunjungi dan beberape kali melalui restoran tersebut  tak pernah lenggang. Pade anggapan saye mase mule2 melalui kawasan tersebut mesti sedap makanan kat situ, ternyata la memang sedap dan istimewa pade tekak saye la (yang lain saye tak tau). Sampai2 je terus oder nasi itik panggang, nasi goreng seafood untuk isteri, wantan goreng dan air barli ngan kedondong asam boi yang pure kaw...




Itu dia hidangan yang d`oder....kalau tengok tu rase2 sedap tak? udang bersusun, bagi saye lauknyer memang tak kedekut la. Lepas sudah menjamu selera lokasi seterusnyer ke kedai mira manik ade betul2 kat belakang restoran chan nie. Memang betul2 ngam la. Manik dah beli lepas tu dah tak tau ke mana plak, tetibe teringat plak kat presint 2, putrajaya ade baazar hujung minggu betul2 berhampiran dengan kawasan parking monumen alaf baru. Aku tau pun mase bace surat khabar semalam, kirenyer ahad nie baru 1st time baazar tu diadakan. Bila sampai je kat situ, tengok masih tak ramai yang datang, mungkin tak ramai lagi yang tau kewujudan baazar tu. Yang berniaga pun saye tengok macam besa niaga kat pasar tani tiap2 selase ngan jumaat, kain baju,tudung, beg yang besa2 la. Ade jugak yang lainnyer macam da booth karaoke, jual lukisan, layang2. Kalau nak tau lagi, pe kate anda2 semua datang dan tengok sendiri kemeriahan baazar hujung minggu di putrajaya nie.



Kat sini saye takda snap gambo bekenaan baazar tersebut sebab saye rasekan baazar tu biase2 je, ape yang perasan pada perubahan kat kawasan sekeliling. Kafe yang berada betul2 berhampiran dengan monumen alaf baru. Putrajaya Lake Side Cafe...kedai dah lame mungkin penjenamaan baru. Kat situ sambil nak menjamu selera leh buat aktiviti sampingan macam tri-cycle baring 20 minit rm10, bot kayuh 30minit cume rm10 jugak.kalau dah boring naik kenderaan darat pastu nak merasa ronda2 keliling putrajaya leh la naik bot dari situ.

Cuaca pun agak baik  tak berape nak panas dan belum nak ujan tapi aktiviti dah sudah. Jadi...saye pun pulang la ke rumah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...