Wednesday, June 29, 2011

I s r a k . M i k r a j . D a n . T e o r i . E i n s t e i n



Selamat menyambut Israk dan Mikraj. Islam mencatat peristiwa unik Israk dan Mikraj. Banyak perkara penting bagi umat Islam berlaku pada peristiwa Israk dan Mikraj antaranya ialah perintah solat lima waktu.
Secara istilah, Israk berjalan di waktu malam hari, sedangkan Mikraj adalah alat (tangga) untuk naik. Israk bermaksud perjalanan Nabi Muhammad SAW pada waktu malam hari dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjid AlAqsa Palestin. Mikraj adalah lanjutan perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjid Al Aqsa ke langit sampai di Sidratul Muntaha dan langit tertinggi tempat Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Allah swt. Israk’ Mikraj adalah kisah perjalanan Nabi Muhammad ke langit ke tujuh dalam waktu semalam.
Sejarah perjalanan Israk Mikraj Nabi Muhammad termaktub dalam Al-Quran 17.Al-Israk’ :1 yang berbunyi
“Maha suci Allah yang menjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Majidil Aqsa yang Kami berkahi sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. (17.Al-Israk’ :1)

Dan tentang mikraj Allah menjelaskan dalam Surah An-Najm:13-18:
“Dan sesungguhnya dia (Nabi Muhammad SAW) telah melihat Jibril itu (dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain, di Sidratul Muntaha. Di dekat (Sidratul Muntaha) ada syurga tempat tinggal. (Dia melihat Jibril) ketika Sidratul Muntaha diliputi oleh suatu selubung. Penglihatannya tidak berpaling dari yang dilihatnya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) Tuhannya yang paling besar.” (An-Najm:13-18)
Rasulullah SAW melihat secara langsung.
Allah ingin memperlihatkan sebahagian tanda-tanda kebesaranNya kepada Rasulullah SAW. Pada Al Qur’an surah An Najm ayat 13 diatas, terdapat kata “Yaro” dalam bahasa Arab yang ertinya “menyaksikan langsung”. Berbeza dengan kata “Syahida”, yang bererti menyaksikan tapi tidak mesti secara langsung. Allah memperlihatkan sebahagian tanda-tanda kebesaranNya itu secara langsung.
Mengenai pemahaman tentang Israk Mikraj ramai kaum muslim yang masih memiliki perbezaan pandangan secara berbeza, yang terbahagi dalam:
Pemahaman dgn beranggapan peristiwa Israk Mikraj hanyalah sekadar perjalanan roh, spiritual atau metaphor journey Nabi Muhammad SAW tidak dengan jasad fizikal. Pemahaman ini berpegang kepada surah Al Quran :17 Al-Israk’ : 60 “…Tidak lain mimpi yang Kami perlihatkan kepadamu adalah sebagai ujian bagi manusia…”
Sebaliknya ada yang berpendapat, bahawa Israk dari Mekah ke Baitul-Maqdis itu dengan jasad atau physical journey. Sedang Mikraj ke langit adalah dengan ruh atau metaphor journey.
Pemahaman lain menyatidakan bahawa Israk Mikraj adalah perjalanan dengan jasad (fizikal) dan dapat dijelaskan dalam ilmu yang dipahami manusia kerana merupakan peristiwa nyata.
Pemahaman secara fizikal (physical journey).
Israk dan Mikraj, sebagai sebuah peristiwa metafizika (ghaib), barangkali bukan sesuatu yang istimewa. Kebenarannya bukanlah sesuatu yang luarbiasa. Kebenaran metafizika adalah kebenaran naqliyah (: dogmatis) yang tidak harus dibuktikan secara akal, namun lebih bersifat imani. Valid tidaknya kebenaran peristiwa metafizik—secara akal, bukanlah menjadi soal selagi ia diimani.
Didalam pemahaman secara fizikal, ada orang mempertanyakan kesahihan Israk` Mikraj ; “ apakah mungkin manusia melakukan perjalanan sejauh itu hanya dalam waktu kurang dari semalam?” . Kaum kafirpun telah menentang Rasulullah seperti dalam Al Quran dalam surat Al-Israka: 93.
“Atau kamu mempunyai sebuah rumah dari emas, atau kamu naik ke langit. Dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kenaikanmu itu hingga kamu turunkan atas kami sebuah kitab yang kami baca”. Katakanlah: “Maha Suci Tuhanku, bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi rasul?”
Dan didalam Hadis
“Ketika orang-orang Quraisy tidak mempercayai saya (kata Nabi SAW), saya berdiri di Hijr (menjawab berbagai pertanyaan mereka). Lalu Allah menampakkan kepada saya Baitul Maqdis, saya dapatkan apa yang saya inginkan dan saya jelaskan kepada mereka tanda-tandanya, saya memperhatikannya….” (HR. Bukhari, Muslim, dan lainnya).
dan banyak Hadis hadis lainnya.
Hubungan antara peristiwa perjalanan Israk Mikraj dengan teori relatif.
Diantara keduanya terdapat faktor persamaan dan perbezaan didalam proses kejadian,
Persamaan kedua kisah antara lain:
• Keduanya membahaskan perihal perjalanan atau journey dari Bumi ke luar angkasa lalu kembali ke Bumi.
• Keduanya membahaskan penggunaan faktor “Speed” atau “kecepatan” tinggi didalam pemberitaannya
• Konsep mengenai perpisahan antara dua manusia (atau lebih) digunakan sebagai bahan pokok atau objek perbahasan didalam kedua cerita.
Dalam Israk Mikraj, Rasulullah meninggalkan kaumnya di bumi untuk ke Majidil Aqsa lalu ke Langit ketujuh, dalam kes teori relatif menceritakan tentang dua saudara kembar A dan B, dimana saudara kembar B pergi keluar angkasa.
Sampai disini dari hal hal tersebut diatas, kita sudah dapat mengambil kesimpulan secara mudah, bahawa peristiwa Israk Mikraj adalah benar. Bagaimana mungkin seorang manusia yang ummi 14 Abad yang silam dapat membuat sebuah cerita atau teori yang dapat dibuktikan didalam abad ke 20 dengan sedemikian detailnya. Dengan kata lain tidak mungkin Rasulullah SAW mencontoh teori Albert Einstein yang lahir sesudahnya (?).
Teori Relatif.
Theori Relatif membahaskan mengenai Struktur Ruang dan Waktu serta mengenai hal hal yang berhubungan dengan Graviti. Theori relatif terdiri dari dua teori fizik, relatif umum dan relatif khas. Teori relatif khas menggambarkan perilaku ruang dan waktu dari perspektif pyang bergerak relatif terhadap satu sama lain, dan fenomena terkait. Skala ertikel ini hanya dibahas teori relatif khas dan kesan yg disebut dilatasi waktu (dari bahasa Latin: dilatare “tersebar”, “delay”).
Einstein merumuskan teorinya dalam sebuah persamaan mathematik:
teori relatif= waktu benda yang bergerak
t = waktu benda yang diam
v = kecepatan benda
c = kecepatan cahaya
Diterangkan bahawa perbandingan nilai kecepatan suatu benda dengan kecepatan cahaya, akan berpengaruh pada keadaan benda tersebut. Semakin dekat nilai kecepatan suatu benda (v) dengan kecepatan cahaya (c), semakin besar pula efek yang dialaminya (t`): perlambatan waktu. Hingga ketika kecepatan benda menyamai kecepatan cahaya (v=c), benda itu pun sampai pada satu keadaan nol. Demikian, namun jika kecepatan benda dapat melampaui kecepatan cahaya (v>c), keadaan pun berubah. Efek yang dialami bukan lagi perlambatan waktu, namun sebaliknya waktu menjadi mundur (-t’).
Kisah perjalanan Kembar.
Twin Paradox adalah suatu teori hasil pemikiran (Gedankenexperiment atau thought experiment) oleh Albert Einstein berasaskan teori relatif khas yang sehingga sekarang ini masih menjadi perdebatan para pakar fizik.
Theori tersebut secara keseluruhan menggambarkan kisah perjalanan dua saudara kembar yang berpisah. Salah seorang dari saudara kembar (A) tersebut tinggal di Bumi dan saudara kembar lainnya (si traveler(B)) terbang keluar angkasa kesebuah planet di tata suria yang jauh dengan kecepatan cahaya dan kembali kebumi dengan kecepatan yang sama.
Setelah mereka bertemu kembali dibumi mereka menemukan fakta bahawa umur si kembar yang mengadakan perjalanan (si traveler) lebih muda daripada umur saudaranya (A) yang tetap tinggal dibumi, disebabkan si traveler mengalami phenomenon time dilation atau fenomena dilatasi waktu dalam perjalanannya.
Time dilation (dilatasi waktu) adalah fenomena, dimana seorang Observer disatu titik melihat, bahawa jam dari orang yang bergerak dengan cepat menjadi lebih lambat (atau cepat), sebenarnya hal tersebut tergantung dari frame of reference dimana dia berada. Time dilation dapat di ketahui hanya apabila kecepatan mengarah kepada kecepatan cahaya dan sudah dibuktin secara akurat dengan unstable subatomic perticle dan precise timing of atomic clocks.
Applikasi Teori Relatif.
Salah satu aplikasi teori tersebut adalah alat GPS – Global Postioning System yang merupakan applikasi hasil dari theory relatif umum dan relatif khas. Dalam hal ini jam satellit di orbit di bandingkan dengan jam di darat sebagai faktor ketepatan pengiriman signal.
Akhir kata, saya menganggap bahawa pengetahuan adalah suatu fenomena menarik bagi kaum muslimin. Fenomena inipun banyak terjadi pada peristiwa sehari-hari dan bahkan dipelajari oleh ilmuwan barat untuk mempelajari peristiwa di alam raya. Dan mestinya bukanlah sesuatu yang dilarang atau berlebihan untuk lebih memahami fenomena di alam.
Mudah-mudahan dapat meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Taala.
Diterjemah oleh isuhangat.net.

Monday, June 27, 2011

S y a i t a n . M e n g a j a r . M a n u s i a . U n t u k . B e r i b a d a h



Sahabat Abu Hurairah RA pernah diberi amanah Nabi Muhammad SAW untuk menjaga gandum hasil zakat. Tiba-tiba di satu malam, ada seorang lelaki yang mencuri gandum itu. Dia lalu ditangkap oleh Abu Hurairah RA. “Kamu akan kubawa kepada Rasulullah SAW”, kata Abu Hurairah kepada pencuri itu. Namun, pencuri itu merayunya, dia mengatakan, sudah seminggu anak dan isterinya belum makan. Abu Hurairah akhirnya melepaskan pencuri itu, dan memintanya agar tidak mencuri lagi.
Esoknya selepas solat Subuh, Abu Hurairah ditanya oleh Rasulullah SAW. “Apa yang kamu lakukan terhadap orang yang kamu tangkap tadi malam?” Abu Hurairah kemudian menjelaskan apa yang terjadi. “Ingat, malam nanti. dia akan datang lagi”, kata Rasulullah SAW. Benar, malam kedua pencuri tadi datang lagi. Dan, setelah mengambil gandum, ia ditangkap oleh Abu Hurairah. Ia juga merayu lagi dan Abu Hurairah pun tidak tahan sehingga pencuri itu dilepaskan lagi.

Esoknya, Rasulullah SAW bertanya lagi kepada Abu Hurairah, seperti kemarin. Abu Hurairah juga menjawab seperti itu. Rasulullah SAW mengingatkan lagi, pencuri itu malam nanti akan datang lagi. Dalam hati, Abu Hurairah RA berkata, “Malam nanti, dia tidak akan aku lepaskan lagi”. Benar sahaja, pencuri itu datang untuk yang ketiga kalinya dan kembali mencuri gandum. Abu Hurairah kembali menangkapnya. “Sekarang, tidak mungkin aku lepaskan kamu. Kamu harus saya bawa kepada Rasulullah SAW”.
Pencuri tadi sangat cerdik. Kepada Abu Hurairah, dia mengatakan, “Saya bersedia dibawa kepada Rasulullah SAW, tapi bolehkah saya berbicara, wahai Abu Hurairah?” Abu Hurairah berkata, “Silakan, mahu bicara apa?” Pencuri tadi berucap, “Wahai Abu Hurairah, mahukah kamu saya beri satu pengajaran?” “Tentu mahu, apakah itu?” jawab Abu Hurairah . Para sahabat sememangnya dengan wirid dan ilmu. Pencuri itu berkata, “Bacalah ayat kursi sebelum kamu tidur, Allah akan menjaga kamu dari godaan syaitan.”
Mendengar kata-kata pencuri itu, Abu Hurairah terkesima, “Rupanya pencuri ini seorang ustaz.” Akhirnya tanpa ragu-ragu lagi, Abu Hurairah melepaskan pencuri itu.
Esoknya, Rasulullah SAW bertanya seperti pertanyaan yang kemarin. Abu Hurairah pun menjawab, “Pencuri malam tadi memberi ilmu kepada saya. Saya disuruh membaca ayat kursi sebelum tidur malam. Insyaallah, Allah akan menjaga saya dari gangguan syaitan,” jawab Abu Hurairah.
Rasulullah SAW berkata, “Apa yang dia katakan itu adalah benar, tetapi dia itu pembohong.” “Tahukah kamu, wahai Abu Hurairah, siapa pencuri itu? Dia adalah syaitan,” kata Rasulullah SAW.
Kisah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari itu memberikan pelajaran bagi kita.
Pertama, syaitan dari jenis jin dapat menjelma menjadi manusia.
Kedua, syaitan boleh menyuruh manusia untuk beribadah, membaca Al-Quran, solat, puasa, haji, dan sebagainya. Abu Hurairah telah diluruskan oleh Rasulullah SAW sehingga ia tidak membaca ayat kursi kerana mengikuti perintah syaitan, tetapi mengikut perintah Rasulullah SAW. Sekiranya seseorang menjalankan ibadah tetapi dia mengikuti perintah syaitan dan bukan perintah Allah, maka dia telah beribadah kepada syaitan. Wallahualam.

Sunday, June 26, 2011

Y B . Y a n g . S e b e n a r


YB yang dimaksudkan bukannya Yang Berhormat tetapi Yang Berbahagia.
“Orang yang berbahagia adalah orang yang faham untuk apa hidup”
Kita hidup di dunia ini hanya sementara, oleh itu janganlah menjadi sia-sia dalam menjalani hidup di dunia, kita akan hidup di akhirat bukan bukan setahun, bukan seabad,bukan 10 abad,bukan 1000 abad,bukan billion abad TETAPI SELAMA-LAMANYA.
> TUJUAN hidup hanya mencari keredhaan Allah, sesuai yang diabadikan dalam Al-Quran
“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.(Al-Bayyinah :5)
> PERANAN hidup sebagai khalifah, ALLAH berfirman
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (Al-Baqarah :30)
>TUGAS hidup mengabdikan diri pada ALLAH
“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.(Adz-Zaariyat :56)
>PEDOMAN hidup adalah Al-Quran
“Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (Al-Baqarah : 2)
>TELADAN hidup adalah nabi Muhammad
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah SAW itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (Al-Ahzab :21)
>SAHABAT hidup adalah orang-orang beriman
“Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat(Al-Hujuraat :10)
>ALAT hidup adalah harta & kuasa
“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan. (Al- Qashash :77)
>MUSUH hidup adalah syaitan
“Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu (Yaasiin:60),
Sahabatku, Kini sudah jelas untuk apa kita hidup yang sesaat ini.

P e m u d a . M i s k i n . M e n j a d i . T e r k e n a l



Pemuda ini dilahirkan dari keluarga miskin di New York. Ibunya terpaksa melahirkannya ditangga pintu sebuah sekolah. Akibatnya dia lahir yang tidak sempurna, dia menderita kelainan saraf di bahagian mukaya, sebelah kanan wajahnya menjadi seperti tidak normal.
Dia juga gagap dan hujung bibirnya selalu tertarik ke bawah. Dia kerap diejek sebagai watak kartun kucing di Looney Tunes yang kebetulan mirip dengan namanya.
Namun begitu , dia mempunyai impian untuk menjadi pelakon terkenal.
Untuk mengejar mimpinya menjadi pelakon terkenal, pemuda ini mengikuti audition di mana-mana. Retapi wajahnya yang “seperti cacat mental” dan gagap, serta lakonannya yang kelihatan kaku, dia selalu ditolak untuk berlakon walau apa watak pun.

Tetapi dia tidak berputus asa walaupun dia di tolak sebanyak 1500 kali, bahkan jumlah keseluruhan agen filem di New York tidak sebanyak itu. Ini bermakna, beberapa agen sudah menolaknya berkali-kali.
Setelah gagal audition dimana-mana, akhirnya dia bernekad.
Untuk mendapatkan watak pertamanya dia tidak mengalah. Dia datang kesebuah agensi pada pukul 04.00 petang tetapi agen filem yang didatangi menolak untuk bertemu dengannya. Keesokan paginya ketika agen tersebut datang ke pejabat dia mendapati pemuda tersebut tetap menunggu. Dia menunggu semalaman.
Akhirnya agen tersebut tidak tahan dan memberinya peluang. Walaupun dia hanya muncul selama beberapa minit sebagai pelakon tambahan, ini sudah merupakan kebanggaan bagi dirinya. Setidaknya memberi nilai tambah bahawa dia pernah main filem. Dia pikir jalannya akan lebih mudah.
Tapi ternyata kariernya tidak berganjak. Dia menemui kegagalan demi kegagalan untuk mendapatkan peranan lain. Dia .Malah dia pernah berlakon dalam filem semi-porno dengan bayaran yang serendah US$200 untuk 2 hari shooting.
Setelah itu pun kariernya pun tidak bertambah maju.
Dia tidak mampu membeli alat pemanas bilik ketika suhu sangat sejuk di New York. Dia terpaksa ke perpustakaan membaca, sekadar untuk mendapat suhu yang hangat. Dari buku yang dibaca di perpustakaan dia akhirnya mendapat idea untuk menulis skrip. Dia berjaya menjual satu skrip berharga US$ 100.
Hidupnya tidak bertambah baik. Isterinya mula tidak tahan dengan sikapnya. Isterinya selalu menyuruhnya mencari pekerjaan yang tidak ada hubugannya dengan lakonan, tapi dia tetap berkeras tidak ingin mengubur impiannya di dunia lakonan. Hidupnya semakin sukar, dia terpaksa menjual perhiasan isterinya.
Pada titik terendah dalam hidupnya dia terpaksa menjual anjing kesayangan bernama Timmy. Dia berkerja keras selama berbulan-bulan sehingga dia dia sama sekali tidak punya wang. Timmy sangat rapat dengannya, seperti sahabat, dengan terpaksa menjual anjingnya hanya dengan harga US$ 25 untuk boleh menyambung hidupnya, kerana sudah betul-betul terdesak, sehingga dia tiada wang langsung untuk makan. Semasa itu dia menangis.
Dalam kepayahan itu, dia menonton sebuah pertandingan tinju antara Mohammad Ali dan Chuck Webner, seorang peninju lemah yang menurut ramalan orang ramai akan dapat ditumbangkan selama 3 round, ternyata Webner mempunyai kemantapan dan kekerasan hati. Dia berjaya menyelesaikan keseluruhan 15 round melawan Ali kerana tidak mahu menyerah.
Pemuda itu sangat terinspirasi pada perlawanan tersebut dan muncul sebuah visi untuk menulis skrip filem mengenai perlawanan itu. Pada malam hari itu juga dia menulis dan menulis selama 3 hari tanpa berhenti, hingga skripnya selesai. Dia sangat gembira dengan skrip tersebut, kerana dalam fikirannya dia tahu bahawa skrip cerita tersebut akan menjadi sebuah filem yang mengubah hidup dan nasibnya. Tangannya sampai bergetar semasa memegang skrip itu.
Kemudian dia mengajukan skripnya kepada produser filem. Namun tidak ada yang memandang serius kepada skrip cerita tersebut.
Tetapi Dia tidak pernah berhenti berusaha. Dia menawarkan skrip ceritanya dan ditolak berarus kali kepada semua produser dan studio filem. Sehingga suatu hari, ada sebuah studio yang berani membeli skripnya dengan nilai US$20,000 dengan syarat heronya dibitangi oleh Ryan O’Neal dan Brut Reynolds.
Dia senang sekali mendapat penawaran itu, akan tetapi tetap ingin membintangi sendiri filem tersebut. Dia menawarkan diri berlakon. Pengarah itu menolak. Walaupun sesungguhnya sangat memperlukan wang, dia berkeras menolak menjual skrip tersebut kecuali jika dia boleh menjadi bintangnya. Pengarah tersebut terus menaikkan tawarannya $80,000, $125,000, $250,000 sehingga $325,000, tetapi pemuda berkeras tidak mahu menjual skripnya kecuali dia menjadi heronya. Dia berjanji akan berlakon dengan baik.
Akhirnya produser tersebut setuju dan menjadikan dia hero dalam filem tersebut, namun hanya dengan bayaran $20,000 untuk skrip cerita dan ditambah $340 seminggu iaitu upah minima seorang pelakon. Setelah dipotong kos-kos komisyen agen, dan sewa, dia hanya mendapat pendapatan bersih $6,000 bukannya $325,000
Siapakah pemuda tersebut?
Ini adalah kisah benar Sylvester Stallone atau nama singkatan “Sly”.
Sly sedar, setelah 1500 kali ditolak, skrip Rocky yang dibuatnya mungkin satu-satunya pintu gerbang untuk menjadi hero, kerana itu dia tidak mahu melepaskan watak Rocky kepada orang lain.
Sekalipun berbudget rendah US$1,000.000 dan dibintangi aktor tidak terkenal pada masa itu, iaitu Stallone sendiri, filem ini meledak di pasaran dan menghasilkan wang US$ 200,000,000 atau 200 kali lipat ganda.
Dari filem Rocky yang dibintanginya dia meraih Academy Award sebagai pelakon terbaik. Filem tersebut memenangi tiga Oscar untuk filem terbaik, pengarah terbaik dan skenario filem terbaik.
Setelah Rocky, kejayaan terus mengiringinya selama beberapa tahun selepas itu. Dia kembali berjaya menjadi ikon action movie dalam watak Rambo. Pemuda keturunan itali ini menjadi ikon lelaki macho dalam filem-filem action di Holywood.
Dia menjadi pelakon pencetak box office terbesar didunia sepanjang tahun 1970 hingga 1990. Filem Rocky (Rocky 1-5) dan Rambo (1-4) meraih hampir US$1 billion, dan menjadikan Stallone seorang bintang filem internasional termahal.
Apa yang dicapainya kini merupakan buah keteguhannya mempertahankan mimpi untuk menjadi bintang filem.
Seandainya dia merelakan skrip Rocky dibintangi oleh orang lain mungkin dia mendapat US$325,000 untuk skripnya tapi dia kehilangan peluang, yang mungkin satu-satunya, untuk menjadi bintang utama.
Tentang penolakan yang dilaminya, dia berkata
“i take rejection as someone blowing a bugle in my ear to wake up and get going, rather than retreat”.
“saya anggap penolakan seperti orang ditiupkan terompet di telinga untuk membangunkan kita bukan untuk mengundur”.

Tuesday, June 21, 2011

P a d a . D i r i m u . A d a . T a n d a . K e b e s a r a n . T u h a n



Fikirkan sejenak, Dalam diri-diri kamu ada tanda-tanda kebesaran Tuhan. Lihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 == 99 iaitu bilangan nama Allah. 

Berikut adalah antara intipati secara ringkas:- 

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? 

- Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan,  Di hospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. 

Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin mengganggu manusia. 

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu. 

3. Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. 

4. Cara Rasulullah minum. -Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis. 

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. 

Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. 

Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannyadirejam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah. 

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut. Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah.


Cerita : asbat79

K e n t u t . D a n . K e j u t a n



Aku ada cerita ni... lawak la jugak.. tapi jangan
ketawa tau... Aku baru berkahwin setahun yang lepas
dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja
sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu
kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu
kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.
Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi
petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak
aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan
meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak
pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak
sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..


Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja,
tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku
katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab
lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur
rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus..
lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk
diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur
rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je
kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas
dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku
masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada
'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup
mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang
kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan
Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka
ikatan yang menutup mataku.


Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi
malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun
tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi
mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan
kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega
rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji
telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu
la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu
das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap
beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai
tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah
macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar
bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu
isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise
dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku
rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu..
lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin
taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar
sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau
dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau
dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga
atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut
'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau
bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan
minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!!
HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata
aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa
ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus
melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka
merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar
aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku
dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi
aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua
aku. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku pun
jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!'.:
habih :.



Sumber : yourfriend (jep, my)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...