Tuesday, June 21, 2011
K e n t u t . D a n . K e j u t a n
Aku ada cerita ni... lawak la jugak.. tapi jangan
ketawa tau... Aku baru berkahwin setahun yang lepas
dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja
sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu
kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu
kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.
Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi
petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak
aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan
meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak
pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak
sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..
Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja,
tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku
katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab
lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur
rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus..
lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk
diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur
rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je
kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas
dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku
masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada
'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup
mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang
kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan
Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka
ikatan yang menutup mataku.
Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi
malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun
tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi
mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan
kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega
rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji
telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu
la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu
das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap
beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai
tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah
macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar
bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu
isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise
dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku
rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu..
lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin
taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar
sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau
dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau
dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga
atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut
'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau
bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan
minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!!
HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata
aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa
ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus
melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka
merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar
aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku
dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi
aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua
aku. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku pun
jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!'.:
habih :.
Sumber : yourfriend (jep, my)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment