Sunday, September 19, 2010

Info Ketuat


Kulit pisang dikatakan boleh digunakkan untuk membuang ketuat.

Anda ada ketuat??? Seumur hidup saya hanya pernah sekali ada ketuat pada bahagian siku. Untuk makluman ketuat bukan sebab lahir-lahir terus ada ketuat macam tanda lahir la pulak kan.
Ketuat sebenarnya bermula kerana virus menyerang pada kawasan yang diminati oleh virus bernama  Human Papilloma.
Seingat saya, ketuat yang menumpang manja pada siku saya ketika itu kerana luka pada siku ketika main futsal. Kemudian balik penat-penat tak basuh bahagian luka terus tidur.
Mungkin ini menyebabkan Human Papilloma mula hinggap pada kawasan luka tersebut. Pada asalnya nampak seperti kematu biasa tapi lama kelamaan dia makin sihat dari hari ke hari sejajar dengan “sihatnya” tubuh saya. Seronok beliau!!!
Info diberitahu kepada saya oleh en WIKI :
Ketuat sebenarnya ada 150 jenis semuanya dan digolongkan dalam beberapa keluarga.
  • Ketuat biasa
  • Ketuat kaki (Plantar warts)
  • Ketuat filiform (Filiform warts)
  • Ketuat planar
  • Ketuat kelamin Genital warts (AKU TAKDE KETUAT KAT SINI…SERIUS SUCI!!!! Jangan takut nak kahwin dengan aku!!!)
Kita teruskan dengan Cara Nak Buang Ketuat :
Menurut EN WIKI – terdapat beberapa cara nak buang ketuat ni
  1. Salap asid salisilik
  2. Terapi cryo
  3. Podophyllin
  4. Interferon & asid trichloracetic (TCA)
  5. Pembedahan membuang ketuat
Cara tradisional yang saya tak pernah uji atau buat eksperimen pada diri sendiri :
  • Bancuh abu ubat nyamuk dengan air. Sapukan pada ketuat setiap hari sehingga ianya hilang.
  • Sapukan sedikit kapur sirih pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan kering beberapa minit dan jangan dibersihkan. Biasanya ketuat ini akan tanggal dengan sendirinya tanpa rasa pedih dan meninggalkan parut.
  • Ketika memasak dan menggoreng ikan, celupkan lidi atau batang sate ke dalam minyak panas, kemudian titikkan pada ketuat tersebut. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat itu hilang.
  • Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya ke atas ketuat. Biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat hilang dan gugur sendiri.
  • Tumbuk lumat empat helai daun kesum kemudian campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan campuran ini pada ketuat.
  • Ikat sekeliling ketuat dengan benang jahitan pembedahan, ketatkan ikatan dan simpulkan. Darah tidak akan mengalir lagi ke bahagian yang dikat itu dan ia akan gugur sendiri selepas seminggu.
Saya punya cara???
Erm, mungkin cara ini secara tidak disengajakan sebab sebelum ini saya pernah ada ketuat jadi bila timbul ketuat pada siku belah kiri senang la pulak untuk dicapai dan dibelai-belai dengan tangan kanan.
Dah jadi tabiat hari-hari atau ada masa terluang saya membelai-belai ketuat tersebut. Maksud saya saya cabut sikit-sikit sampai la hilang.
Rupanya ketuat tersebut hanya hilang sementara waktu sahaja. Tak sangka dia punya kasih sayang pada siku saya terlalu kuat dan menampakkan ada usaha beliau untuk merujuk kembali selepas perceraian kami sebelum ini.
Hatiku Tertutup Rapi Untuk MU!!!
Saya cungkil buang skali dengan akar-akar ketuat tersebut. Tak sangka pula, darahnya banyak sekali dan lagi parah luka ketuat ni darahnya susah nak brenti. Jadi hati-hati untuk guna teknik ini. Tapi Berkesan!!! maka
SELAMAT TINGGAL DUNIA  KETUAT!!! – macam Azwan Ali pulak
CARA BUANG KETUAT 18 SG!!!
Ini yang pernah dilakukan oleh rumate saya dahulu. Dia potong guna pisau. Serius darah banyak giler keluar dan memang jenis susah nak brenti darah ketuat ini. Jangan La Buat!!!!
FAKTA!!!
Darah ketuat boleh berjangkit
Anda ada tips tersendiri untuk buang ketuat??? Jangan Malu-malu untuk berkongsi dengan kami dan pembaca blog ini yea!!!
Tapi kalau ada ketuat kelamin jangan la mengaku kat sini pulak yea…jatuh saham BLOG NI!!!
P/S : EN WIKI SMS tadi dia kata “Ketuat kelamin bewarna merah jambu atau keperangan dan boleh tumbuh di atas kemaluan, bibir faraj, kawasan dubur, dan kadang-kala pada faraj wanita” Aku takut nak reply mesej beliau!!!  By, Mazuki.

Saturday, September 18, 2010

Tanggungjawab Isteri Pada Suami, Syurga

(  untuk    renungan    diri    sendiri    serta     sahabat2    kita   "yang   bergelar   isteri "  ,  Sebelum jadi balu atau janda, elok aku bagi nasihat buat semua pengantin perempuan di luar sana )
Memiliki suami idaman, adalah impian semua wanita di dunia ini, lalu muncul semangat yang membara untuk menjadi isteri yang terbaik buat suami tercinta, tapi malangnya di tengah jalan kehidupan berumatangga, mata tiba tiba dah tak tertahan dengan debu yang menerpa ketika menyapu rumah, atau hati sedih melihat tangan yang menjadi kasar dan keras setelah bergelumang di antara kotoran pakaian dan sabun pencuci..
Di dapur pula masih banyak pinggan mangkuk yang belum di cuci, periuk kuali yang belum di gosok, dan gelas cawan yang masih berbaki air minuman, mula di naikki semut dan serangga..
Lafaz menjadi lelah mengenangkan kain baju yang masih terendam belum di cuci, yang sudah dicuci pula belum dijemurkan, dan yang sudah di jemur pada ampaian masih belum di angkat untuk di asingkan.., masih belum bergosok dan masih belum berlipat…
Anak anak pula cepat kotorkan diri, juga cepat laparkan diri lalu kencing serta berak merata rata..
Kemudian datang tetamu ketika rumah masih berselerak, kain baju dan pinggang mangkuk yang bertabur taburan seperti pasir di tepian pantai..Oh! apa yang aku nak masak malam ini?
Nanti petang suami pulang, ingin melihat rumah bersih dan kemas, ingin makan masakan sama rasa seperti masakan ibunya, ingin berehat menonton TV, sambil memesan makanan segera dan minuman panas seperti berada di restoran lagaknya..
Lalu menangislah wanita itu mengenangkan kehidupannya yang menyedihkan, beban kerja bertambah banyak tapi suami tak tolongpun, anak pula berak tapi suami tak ingin nak basuh, lalu hujan turun lantas suami terus tertidur membiarkan kain baju basah di jemuran..
Sebelum tidur suami berpesan, pakaian ke pejabat mesti disiapkan sebelum subuh, mesti bergosok dan stokin harus berbau wangi…
Dan di malam hari pula, masih ada kerja dari suami kepada isteri, yang mana isteri dibogelkan suami lalu dintindih sepanjang malam…
Ok, cukup sampai situ.
Persoalannya?, setelah korang para isteri buat semua perkara di atas, bersusah susah dari awal kahwin hingga hari ini, tapi kenapa suami masih tak bahagia hidup bersama korang?, sehingga sanggup marah korang, tengking korang, pukul korang, dan akhirnya ceraikan korang?
Kenapa?
Ok, sebelum tu, biar aku cerita pada korang akan apa peranan sebenar isteri pada suami secara batiniah, sebab korang dalam bab lahirian, semua dah tahu, semua dah pandai masak, kemas rumah, dan basuh kain baju, tapi dalam hati ada sifat yang tak betul seperti perasan diperlukan, perasan bagus, perasan di salahkan, perasan dibebankan dan sebagainya yang buat suami rasa tak best duduk sebumbung dengan korang lalu sanggup marah dan tengking korang, dan sanggup melihat korang menderita… isk…
Sebanarnya, ibu ibu dan puan puan sekalian, senang cerita, terdapat tiga jenis isteri,
Pertama adalah jenis yang derhaka pada suami, kedua yang Nampak taat tapi dalam hati derhaka dan yang ketiga adalah opposite pada dua golongan tadi, tidak derhaka pada suami sama ada secara batin atau zahir, dan dah tentu golongan yang ketiga akan masuk shurha, dan golongan kedua masih boleh di selamatkan dan golongan yang pertama eloklah belajar tentang kehidupan neraka supaya tidak janggal apabila tiba di sana kelak..
Kenapa jadi macam tu?
Begini ceritanya,
Korang tahu tak bahawa seorang anak itu tak boleh meninggikan suara pada ibunya, walaupun hanya berkata “Oh” sekalipun kerana shurga itu ada di bawah tapak kaki ibu.., dan dalam kitab ada menceritakan kisah anak yang soleh yang mana walaupun ibu bapanya derhaka pada Allah tapi mereka tetap melayani dengan baik sehingga Allah menaikkan darjat si anak tadi..
Moral cerita adalah kita tidak boleh marah atau tinggikan suara pada mak sampai bila bilapun kerana itu adalah perbuatan derhaka yang boleh membawa ke neraka..,
Bagaimana jika mak kita buat silap? Tak solat atau tak nak tutup aurat atau suka pakai barang kemas melampau lampau, apa kita perlu buat?
Tetap kita tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada mak kita sampai bila bilapun kerana orang itu adalah mak kita, maka kita hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, tunaikan hak sebagai anak dan serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu kita wajiblah berdoa agar ibu kita dapat membetulkan kesilapan mereka.., faham?
Kita tak boleh merajuk dengan mak kerana dosa mereka, hak kita sebagai anak tetap kena tunaikan, jaga makan minum mereka, tunaikan keperluan mereka walaupun mereka hidup derhaka pada Allah!
Kerana mereka adalah ibu kita dan shurga kita ada dalam ketaatan kita pada mereka tak kira siapa mereka dan dosa mereka..
Ok, bab ibu dan anak semua dah faham..
Tapi ramai perempuan tak faham bahawa shurga mereka ada pada suami mereka!
Korang tahu tak bahawa seorang isteri itu tak boleh meninggikan suara pada suaminya, walaupun hanya berkata “Oh” sekalipun kerana shurga itu ada di bawah tapak kaki suami?.., dan dalam kitab ada menceritakan kisah isteri yang solehah yang mana walaupun suaminya derhaka pada Allah tapi mereka tetap melayani dengan baik sehingga Allah menaikkan darjat si isteri tadi..,
Moral cerita adalah kita tidak boleh marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana itu adalah perbuatan derhaka yang boleh membawa ke neraka..,
Bagaimana jika suami kita buat silap? Tak solat atau kahwin dengan perempuan lain, apa kita perlu buat?
Tetap kita tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana orang itu adalah suami kita selagi mereka tidak ceraikan kita, maka kita hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, tunaikan hak sebagai isteri dan serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu kita wajiblah berdoa agar suami kita dapat membetulkan kesilapan mereka..,
Kita tak boleh merajuk dengan suami kerana dosa mereka, hak korang sebagai isteri tetap kena tunaikan, jaga makan minum mereka, tunaikan keperluan mereka walaupun mereka hidup derhaka pada Allah! walaupun suami korang mengaku tuhan macam Firaun,, tapi isteri firaun tetap masuk shurga kerana hak isteri adalah khidmat pada suami, faham?
Kerana mereka adalah suami korang dan shurga korang ada dalam ketaatan korang pada mereka tak kira siapa mereka dan dosa mereka..
Sesungguhnya, Isteri yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, maka semua ikan-ikan di laut, burungdi udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanyaberistighfar baginya dan Allah SWT mengizinkannya memasuki surga dari pintu mana saja yang korang kehendaki, apa lagi nak di kata?
Tapi aku tengok zaman sekarang, ramai perempuan yang selamba jer marah marah kat suami, siap tinggi suara lagi sehingga aku yang duduk sebelah rumahpun boleh dengar.., lepas tu berleter kat suami macam ibu yang berleter pada anaknya, tapi suami diam sahaja sebab takut kat bini, apa punya dayus ntah? Kenapa tak tempeleng sahaja perempuan yang mulut leser tu! Selamatkan mereka dari lidahnya di gunting dengan api neraka!
Aku tahu korang dah banyak servis kat suami dan anak anak, dah penat, dah masak, kemas rumah, dan basuh kain baju tapi kenapa nak cakap tengking tengking dengan suami jika suami buat silap?, ingat suami ni anjing ke nak kena salak hari hari.., cuba korang takut sikit kat tuhan, sekali korang mati tanpa keredhaan suami, tak cium bau shurga ler nampaknya.., oh..
Cuba korang cakap pelan pelan dengan suami, dan jika mereka buat salah dan dosa, korang tetap tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana orang itu adalah suami korang selagi mereka tidak ceraikan korang, maka korang hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, menasihat sambil menangispun takpe, dan tunaikan hak sebagai isteri lalu serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu korang wajiblah berdoa agar suami korang dapat membetulkan kesilapan mereka..,
Ini tidak, suami lepak minum teh tarik dengan kawan sepejabat korang berleter, suami tengok bola korang membebel, suami tidur kat ruang tamu tak tolong korang kat dapur korang menyalak macam anjing, lepas tu berangan nak dapat keluarga bahagaia konon, sedang suami hati tertekan tapi sebab lelaki jenis yang tak suka berkongsi masalah, maka korang teruskan membebel hari hari, sedar tak sedar, suami dah kahwin lain baru nak terhegeh hegeh mintak maaf dan bertanya, apa dosa saya bang?
Dosa kau adalah bercakap dengan nada tinggi kat suami!
Dah pergi mintak maaf dekat suami masing masing..Tak payahlah korang nak komplen suami korang pemalas, duduk rumah hari minggu pakai baju cantik-cantik tapi melepak depan TV sambil up date DVD movie.., lepas tu baca surat khabar, ataupun tidur, sedangkan apa salahnya tolong saya masak dan basuh baju?
Oii!! orang perempuan, masa suami korang bujang dulu, dialah kaki lepak dekat luar, mat rempit, kaki wayang, kaki pancing, kaki impak maksima, kaki bola dan sebagainya..
Bila dah kahwin dengan korang, kenalah duduk rumah jaga korang, jaga keselamatan korang, korang nampak jer mereka terbongkang depan TV atau lepak baca akhbar, tapi mereka sebenarnya sedang mengawasi keselamatan rumah tangga, tak percaya cuba korang buat-buat pengsan kat dapur, dah tentu suami korang dengan risaunya hantar korang ke klinik.., serius!
Ini bermakna , korang kena syukur bila suami lepak tak buat apa-apa kat rumah, korang nak mereka pergi mancing atau lepak dengan kawan-kawan kat kedai awek siam pekena tom yam sampai jam 3 pagi? Korang nak mereka pergi karaoke di kelab dandut? Tahu tak nak! Habis tu bila mereka lepak kat rumah, boleh pulak korang membebel macam syaitan!
Sebenarnya duduk di rumah adalah satu mujahadah bagi suami yang banyak kawan-kawan, jadi kurangkan penderitaan mereka dengan biarkan mereka dapat berehat dengan selesa, upah mereka dengan teh tarik dan keropok goreng.., urut belakang suami , dan sesekali gunakan cakar harimau, apa salahnya?,
Korang tahu tak? Antara ciri rumahntangga bahagia, suami lebih suka lepak di rumah bersama isteri berbanding lepak bersama kawan-kawan bujang, atau lepak sorang diri di tepi kolam memancing.. , biar mereka lepak kat rumah tak buat kerja, kerana lepaknya suami dirumah adalah tanda rumatangga bahagia, tau takpe!
Jadi, mulai hari ini, jangan sesekali meninggikan suara pada suami, kerana mereka adalah jalan anda ke shurga.., boleh InsyAllah?
Ok, habis satu bab, aku nak pergi kepada satu bab lagi yang lebeh penting dalam menceritakan bab derhaka secara batin ini..
Begini ceritanya…
Kebanyakkan perempuan memang cukup bagus dalam member khidmat pada suami dan anak-anak, rumah kemas, masakan sedap, kain baju berlipat cantik serta bergosok kemas, anak anak pula kelihatan bersih dan dapur serta bilik air sentiasa berkilat menyilaukan pandangan mata…
Tapi dalam hati ada benda tak baik.. Iaitu member khidmat dengan sangkaan bahawa suami berhajat padanya..
Sedangkan seorang isteri itu patut memberi khidmat dengan sangkaan bahawa dia yang berhajat pada suaminya, bukan suami berhajat padanya!
Nampak macam takde beza, tapi hasil berkhidmat di sepanjang perkahwinan akan dapat dinilai apabila suami rasa tak best dengan korang sebab korang dalam member khidmat, ada sangkaan bahawa suami berhajat pada korang, tak ke hampeh?
Kenapa jadi macam tu?
Begini ceritanya…
Seorang perempuan, yang member khidmat dengan sangkaan bahawa suami berhajat padanya.. apabila suami tegur sedikit tentang layanan yang kurang memuaskan, mulalah melenting?, apa abang ingat saya ni orang gaji ke? Abang ingat saya tak letih kerja kat pejabat? Abang ingat abang tu anak Raja? Ops, mungkin korang tak cakap macam tu kat suami, tapi dalam hati berkecamuk dengan perasaan macam tu, itu yang di katakan derhaka dalam hati…, dan hasilnya, korang akan buat kerja dengan tak ikhlas sebab hati bengang kerana suami asyik komplen tentang mutu servis korang yang memang teruk!
Masak tomyan rasa macam air panas bergaram, baik Abang makan Mee gee tomyam!
Jadi nak buat macam mana?
Maka korang kenalah memberi khidmat dengan sangkaan bahawa korang yang berhajat pada suami, bukan suami berhajat pada korang, yang mana seorang perempuan, yang member khidmat dengan sangkaan bahawa dia yang berhajat pada suaminya.. apabila suami tegur sedikit tentang layanan yang kurang memuaskan, maka dia yang akan minta maaf, tersenyum dan membaiki kesalahan dengan serta merta, yang lebih bagus lagi, kisah seorang wanita yang pertama sekali masuk shurga, yang mana di waktu hidupnya, apabila suami pulang, di hulurnya rotan supaya suami pukul jika ada mana mana servis yang tak memuaskan!
Tapi korang tak perlulah kena hulur rotan.., cukup dalam hati timbul perasaan memberi khidmat dengan sangkaan bahawa korang yang berhajat pada suami, kerana wanita itu mulia dan mencapai darjat yang tinggi di shurha adalah melalui amalan berkhidmat, dan korang dapat member khidmat kerana korang ada suami, tanpa suami korang tak dapat nak khidmat, maka koranglah yang berhajat pada suami dalam member khidmat yang seterusnya akan menaikkan darjat korang di Akhirat! subhaAllah!
Dan bagi yang tak tahu, sudah banyak hadith yang cerita tentang kelebihan khidmat, Antaranya,
Apabila seorang suami pulang kerumah dalam keadaan letih dan isterinya melayani dengan baik maka mendapat pahala jihad.
Seorang isteri yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak lena karena menjaga anak/suami yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba sahaya.
Lepas tu pulak, Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang, maka akan Allah pandang mereka dengan penuh rahmat.
Kemudian, Isteri yang menyapu lantai dengan berzikir pula akan mendapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
Lagi? Isteri yang memicit kepala suaminya tanpa disuruh baginya pahala 7 ketul emas, kalau di suruh?dapat pahala 7 ketul perak.
Nak lagi? isteri yang berkhidmat tanpa derhaka dalam hati, mendapat pahala seperti solat selama 12 tahun, lepas tu, isteri yang menjaga solat di awal waktu, puasa ganti cepat cepat, dan taat pada suami, maka Allah SWT mengizinkannya memasuki shurga dari pintu mana saja yang korang suka..
Tak cukup lagi? Korang masak lalu terkena bahang akan di jauhkan api nereka, jemur baju maka matahari akan berdoa keampunan dan akhir sekali korang akan masuk surga 500 tahun lebih awal dari suami dan menjadi ketua bidadari bla bla bla bla.. (panjang nak cerita)
Ok, cukup sampai sini.., moralnya adalah:
Berkhidmatlah pada suami dengan sangkaan yang betul iaitu korang yang berhajat pada suami, bukan suami berhajat pada korang, kerana wanita itu mulia dan mencapai darjat yang tinggi di shurga adalah melalui amalan berkhidmat, dan korang dapat member khidmat kerana korang ada suami, tanpa suami korang tak dapat nak khidmat, maka koranglah yang berhajat pada suami dalam member khidmat yang seterusnya akan menaikkan darjat korang di Akhirat! subhaAllah!
Kadang kadang cuba korang fikir, apa bezanya korang wanita Malaysia?, berbanding dengan wanita di Negara miskin seperti Bangaladesh, Kemboja, Burma, Pakistan dan lain lain pendalaman di Negara ketiga..
Mereka hidup dalam keadaan letrik tak ada, air kena ambik dari telaga, baju kena basuh dekat sungai, susu kena perah dari tetek lembu, masak roti guna tahik lembu sebagai bahan bakar, tepung kena tumbuk dengan batu.., tidur hanya di atas tanah dan rumah di buat dari tanah liat, dan mereka hidup sepeti ‘hamba’ kepada suami masing masing, lepas tu jika silap mereka akan di rotan, dan malam hari masih ada kerja dari suami kepada isteri, yang mana isteri dibogelkan suami lalu dintindih sepanjang malam…, rumah tiada Astro, DVD, atau kalkulator..,
Cuba korang fikir lagi, kenapa mereka di lahirkan di sana sebagai wanita yang hidup dalam Negara miskin? sedang korang rakyat Malaysia hidup mewah, air keluar dari kepala pair siap dengan penapis lagi, mesin basuh automatic, dapur ada blower, berhabuk sikit boleh vacuum, atas kepala ada kipas dan air cond, TV ada remote, tidur atas tilam empuk, duduk dalam rumah batu, ada internet dan boleh baca blog supervain hari hari..
Bersyukurlah jadi wanita Malaysia dan bersyukurlah dapat berkhidmat pada suami dalam Negara yang aman ini.., Allah dah takdirkan korang jadi wanita di Malaysia, kenapa nak bersedih lagi?
Bersyukurlah!
Sesungguhnya, isteri yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah semua pintu-
pintu neraka dan terbukalah pintu-pintu syurga. Maka masuklah korang dari mana-mana
pintu yang korang kehendaki tanpa dihisab…
Nikmat mana lagi yang korang dustakan?
Sekian…

di petik      dari   : (     http://supervain.com/2010/08/23/tanggungjawab-isteri-pada-suami-syurga/         )

Friday, September 3, 2010

Paracetamol Memberi Kesan Merbahaya



 JANGAN AMBIL paracetamol lagi (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK) UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya. “Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari alternatif lain. Ini kerana Paracetamol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Paracetamol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Paracetamol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.


 Alternative Treatment (Tips). Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.      Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.       Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.


Paracetamol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan. Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin? Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Wednesday, August 25, 2010

Dari Tingkap Rumahku


Waktu pagi sesudah subuh, diwaktu orang ramai sedang sibuk bersiap untuk ke tempat kerja. Aku pulak sibuk dengan panorama dibelakang rumah.



Awan berarak melalui jendelaku.

Tuesday, August 24, 2010

Kisah Jualan Murah



Perbandingan harga yang agak 'melampau' sebelum dan selepas jualan promosi. Perhatikan tarikh yang tertera pada kedua-dua label.

MUKADIMAH:

JUALAN murah, harga runtuh, tawaran potongan harga 50 hingga 80 peratus, di pusat membeli-belah sering mendapat perhatian yang menggalakkan daripada pengguna terutamanya golongan wanita yang gemar berbelanja sakan.
Persoalannya adakah jualan murah ini benar-benar wujud atau ia sengaja digunakan oleh peniaga untuk mengaut keuntungan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri
yang akan disambut oleh umat Islam di seluruh negara kurang tiga minggu lagi. Ikuti laporan khas wartawan Mingguan mStar  mengenai penipuan jualan murah yang diibaratkan sebagai ‘duri dalam daging’ terhadap masyarakat di negara ini.

PETALING JAYA
:  Sehelai selimut tertera dua label harga iaitu RM455 dan selepas diberi diskaun kononnya sebanyak 80 peratus, maka harganya turun mendadak kepada RM109.20.

Ironinya, tarikh yang tertera pada label harga diskaun ialah 10 Ogos 2009 bermakna ia dicetak pada hari berkenaan sementara label dengan harga RM455 - yang kononnya harga asal - tertera tarikh 22 Julai 2010.
Kesimpulan mudahnya ialah, pengguna ditipu oleh pihak penjual yang tidak bertangggungjawab kononnya mereka menerima harga diskaun yang sangat menarik sedangkan pembeli membayar harga asal produk yang dijual itu.

Itu baru satu contoh barangan, sedangkan terdapat ribuan produk yang dijual di situ dengan tawaran potongan harga bagi menarik perhatian pembeli yang tanpa disedari mereka sebenarnya terpedaya.

Bayangkan keuntungan yang diperoleh peniaga sekiranya taktik serupa dilakukan setiap kali promosi jualan.

Tiada siapa yang menyangka, penipuan licik seperti itu didalangi oleh pusat membeli-belah terkenal, bukannnya gerai di pasar malam atau di tepi-tepi jalan.

Merasakan dirinya tertipu dengan potongan harga yang disifatkan tidak masuk akal, seorang pengguna prihatin, Khairul Nizam Abd Maulud, 34, tampil mendedahkan perkara tersebut kepada Mingguan Mstar baru-baru ini.

“Saya sangat kecewa dengan penipuan yang berlaku. Selalunya saya akan semak tanda harga sebelum diskaun. Tapi pada hari kejadian isteri saya terlepas pandang kerana dia pergi seorang diri. Lebih malang, tanda harga sebelum diskaun tertera tarikh Julai 2010 sedangkan harga ketika promosi pula memaparkan tarikh Ogos 2009.

“Di sini jelas menunjukkan penipuan tanda harga oleh peniaga, harga promosi yang diletakkan pada barangan itu adalah harga asal produk berkenaan. Nampak sangat peniaga sengaja mencari keuntungan dengan cara yang mudah kerana mereka tahu pengguna pasti membeli produk pada harga yang murah,” katanya.

Beliau yang juga pensyarah di sebuah Institusi Pengajian Tinggi berkata, di sinilah pentingnya ilmu kepenggunaan, kerana ia dapat membantu pengguna membuat penilaian terhadap kesahihan harga sesuatu produk sebelum dan ketika promosi jualan murah diadakan.

“Membaca label dan tag harga adalah penting, tapi pengguna sering mengabaikannya. Inilah yang selalu menjadi punca kepada penipuan tanda harga. Sikap tidak suka membaca tag harga pada produk perlu dikikis, kita perlu jadi pengguna yang berhemah, biar kita jadi pengguna yang ‘alah membeli menang memakai’.

“Ini tidak pantang ternampak iklan jualan murah kita pasti akan ke pusat beli-belah berkenaan untuk membeli-belah. Kita harus membuang sikap sedemikian, sebaliknya kita perlu membeli barangan yang dirasakan perlu dan jangan membazir dalam berbelanja, barulah kita boleh menjadi pengguna yang berhemah,” katanya.

Khairul Nizam berkata, penipuan tanda harga ketika jualan murah banyak berlaku di pusat beli-belah terkemuka di negara ini saban setahun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...