Friday, April 15, 2011

C E R I T A . S E B E N A R . K E S . M U R I D . 7 T A H U N . M A T I . D I P U K U L . U S T A Z

Sebelum ini kita digemparkan dengan kes kematian seorang murid 7 tahun yang dipukul oleh ustaznya. kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti,

“Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro-

 
“Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman” – JPM Malaysia -

Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut.

Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku. Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.

CERITA SEBENAR

Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh ‘membunuh’)menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebanar kejadian.


“ adik saiful(arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis(gambar hadiah yang dimenangi). Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal diasrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7. Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang.

Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan. Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.


Pada malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi kehospotal, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat”.


Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8pagi hari ahad.”


Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h. Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai kerumah Abang Zamri(ayah angkat adik saiful). Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful. “ dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia” cerita abang zamri.

Setelah setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang menimpa. Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang.

Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi.Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul. Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporanforensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media tetapi meninggal akibat kekurangan oksigen.

Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan. Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya.

Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’ peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sanga berat sebelah. Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.

GAMIS bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif kepada sekolah agama rakyat. GAMIS juga mendesak agar jangan libatkan politik yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah yang menentukan siapa yang bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan agar keadialan diberikan kepada mereka yang berhak, dan pembalasan yang sepatutunya kepada yang zalim.

sumber asal : http://kasturi89.wordpress.com/2011/04/11/kematian-adik-saiful-apa-ceritanya/

Sunday, April 10, 2011

S e p u p u . S a y e . B e r n i k a h

Sepupu saye fazli baru bernikah dengan pasangannyer dengan mas kawen rm300 beserta sebentuk cincin, alhamdulillah...selamat sudah segala urusan dan selamat datang ke alam berduet. Tahniah...






Dah jadi suami orang nie kena la usaha lebih sikit dari biase. Mase bujang nak suap mulut sendiri je, pasnie nak suap 2mulut plak. Kadang2 berselisih angin, tu besa...jangan amik pusing sangat, lame2 angin akan beralih arah jadi mase tu nak sidai baju kat ampaian. huhu....

Saturday, April 9, 2011

A n a k . B u a h . S a y e



 Saye dapat anak buah lagi, kali nie ila sepupu saye melahirkan anak perempuan buat kali kedua. Baru ari nie saye berkesempatan melawat, itu pun kebetulan ada majlis akad nikah sepupu saye yang lagi sorang iaitu fazli. Majlis yang agak unik dan tak pernah saye lihat lagi setakat nie. Sepupu saye fazli nie bisu dan pekak, jadi semasa proses akad nikah tu jadi lain dari biase. Menggunakan bahase isyarat dan mewakilkan akad.





Tahniah kepada Zahid dan ila atas kehadiran cahaya mata baru, semoge kehidupan bertambah ceria dan riang ria selalu. Saye mungkin stay bertige dalam mase yang agak lame,hehe...soalan wajib dan tetap bila aku jumpa kawan2 kat mana2 function mesti tanya anak sehat? dah tambah ke? takda plak tanya, ko dah makan? sedap gak perut saye mendengar soalan bonus tu.haha...





Friday, April 8, 2011

A r g h h, n y e s a l . g i l e r . k a w i n . . .


Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan
mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak
punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak
bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas
kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. "Jom la bang
tido...". Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni.
Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak
makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang,
huhu..
Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak
masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak.
Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia.
Arghh,nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat
mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je
melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping
je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh
amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka
dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang
muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin...

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat..
Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade
orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene
sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak
ironkan baju aku lak. Haisshh.

Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel
melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak
berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu
buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la
aku kat situ.

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi..
Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari
sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal
anak-anak kami nanti. Haha..

Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri..
Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket.
Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha.
Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2
bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni
(padahal malas kemas). Skarang... hehehe.

Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai
je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa
belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade
'PA'.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku.
Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur
kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni
bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la
pentingnya cari isteri yang solehah!

"Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat
Boleh la abang bangun awal-awal pagi
Then kita solat Subuh sama-sama..

Tapi kalu abang tak bangun gak,
ayang cubit je pehe abang
abang xkan murka..
Lagi abang sayang ade la..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana jaga makan minum abang
Tengok skarang abang da nak gemok da
Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..

Ke memang nak abang jadi gemuk ni?
Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?
Jangan bimbang atau ragu okeh,
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana tolong iron baju abang
Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju
Jangan risau la nanti abang potong rambut..

Skarang abang dah tak selekeh macam dulu
Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang
Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge"
Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!
VIA : blalang.com

1 5 . p e r k a r a . b e r k a i t a n . k e m a t i a n

Death
Via: Medical Insurance

Tuesday, April 5, 2011

s a n t a i . B a g a n . l a l a n g




Hari ahad baru2 nie saye bersame keluarga keluar berkelah di Pantai Bagan Lalang. Tempatnyer agak menarik, jarak perjalanan dari putrajaya cume dalam mase 40minit lebih kurang.



Mase saye ke sana air laut tengah surut, jadi nak merasa mandi laut tu kena bersusah payah dulu, jarak dari tepi pantai nak ke gigi air agak jauh, kena berpanas + berpeluh + berjemur baru sampai.



Pusing punyer pusing, nie antara gambar yang sempat saye shoot pade ari tu. Gambar ketam, ranting kayu, rumah api, tiang2 macam2 lagi la. Cuaca pun tak berape nak bagus sebab aku tengok berkabus je.







Balik je dari situ, baru saye terase kulit terbakor. Habis rentung....huhu. Macam mane pun saye puas hati sebab percubaan pertama saye untuk bermakro agak menjadi. Makro ke nie? entah la...kepada yang otai tolong nilaikan untuk saye, saye nie budak baru belajo.

Friday, April 1, 2011

M u h a m m a d . A i m a n . Z a f r a n


Anak lelaki saye nie... namenyer Muhammad Aiman Zafran, agak panjang namanyer. huhu... Budak manja bila da mamanyer, ngan ayahnyer dia ok....patuh pada perintah ayah. hehe...  saye panggil afan je, mamanyer panggil a`an.


Afan suke sangat tengok tv, siap da rancangan kegemaran lagi. Timmy time, Mr. Bean - Animated ngan Upin Ipin wajib tengok tiap2 ari.



Bulan April nie genap umur afan 2 tahun, gigi banyak cakap xteror lagi, bilang nombor cume satu ngan empat je yang dia pandai.


Agak2 hensem + kacak tak? hehe... Rambut ikal, bibir mulus, macam2 la...cukup pakejnyer. haha....



Nie la satu2nyer anak kesayangan yang saye ade selain dari anak tekak, anak mate ngan anak kunci.
Kadang buat aku geram, kadang buat aku rase hepi, tula dia Muhammad Aiman Zafran.

Tuesday, March 29, 2011

c a r a . m e n g e l a k . u n d i . r a h s i a . a n d a . d i k e t a h u i

Kepada semua rakyat Malaysia

Selama ini aku dengar ramai Cikgu, Polis , Askar dan kakitangan kerajaan TAKUT nak undi pembangkang kerana kata mereka;

"Undi aku boleh dikesan. Kalu aku undi parti lain nahas aku"

Aku lama juga terfikir camne depa detect undian yang sepatutnya rahsia. Didalam video dibawah segala teknik keji ini terbongkar. Secara nutshellnya bila mengundi pastikan;

1. Tiada catitan dilakukan ditepi senarai pemilih. Pegawai petugas hanya boleh memamgkah nama ada. Jika ada anda boleh membantah

2. Pada kertas undian juga tiada catitan boleh dilakukan. Kerap kali nombor IC anda diletakkan dibelakang kertas undian. This makes tracking your votes easier

Jangan jadi mangsa politik kejam. Ketahui hak anda ketika mengundi.



k r e d i t : b l o g s e r i u s.b l o g s p o t.c o m

Sunday, March 27, 2011

S u p e r m o o n . A r o u n d . W o r l d

Pada hari Sabtu yang lepas, umat manusia seluruh dunia dapat melihat Supermoon di tempat masing-masing. Apa itu Supermoon? Supermoon kali terakhir telah berlaku 18 tahun yang lepas, di mana bulan dapat dilihat lebih besar dari saiz biasa kerana ia berada pada jarak yang lebih dekat dengan bumi.
Tapi di Malaysia, walaupun saiznya besar tapi tetap kecil dibandingkan dengan negara-negara lain. Lagi gambar-gambar Supermoon diseluruh dunia.
     Sumber : Mediamalaya.com

                                                                                        


g e m p a . b u m i . h a m p i r i . k i t a


Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.
Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.
Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.

Wednesday, March 23, 2011

n a f s u . y a n g . s o m b o n g



Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama menceritakan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau."

 Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
 "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?".
 Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud :
 "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri.

 Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".
 Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya.
Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".

Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi binasa.


Wallahu'alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...