Thursday, May 5, 2011

C E R P E N - M a m a . . . A k u . M u l a i . M e l u p a i . W a j a h m u .





Empat tahun yang lalu, satu kemalangan memisahkan aku dengan isteri yang amat ku kasihi. 

Seringkali muncul dalam fikiranku; apa yang isteriku rasai sekarang? 

Dia pasti terlalu sedih kerana meninggalkan seorang suami yang sebenarnya tak mampu menjaga rumah dan memelihara seorang anak lelaki kerana itu jugalah perkara yang sedang membedal emosi ku masa kini. 

Aku rasa aku gagal memenuhi keperluan fizikal mahu pun keperluan emosi anak lelaki ku, dan yang ironiknya, aku gagal bertindak sebagai ayah dam mama kepada anak ku.

Suatu hari aku menerima panggilan kecemasan untuk datang ke tempat kerja. Ia masih terlalu awal. 

Lalu aku meninggalkan anak ku di rumah sementara dia masih tidur.. Aku cuma sempat memasak telur buat anak ku. 

Berharap apabila dia bangun nanti dia boleh menanak nasi sebab fikir ku beras masih ada. Selepas memaklumkan anak, aku terus bergegas ke pejabat.

Sebagai seorang yang mempunyai dua kewajipan, aku sering merasa kepenatan di tempat kerja, demikian juga apabila aku berada di rumah. 

Selepas sehari suntuk, aku balik ke rumah, lemas dan kehilangan tenaga seluruhnya. Selepas memeluk dan mencium anak ku seadanya, aku terus ke kamar tidur tanpa mengambil apa-apa sebagai pengalas perut untuk makan malam.

Mengharapkan tidur nenyak yang diimpikan, aku terus melompat ke atas katil. 

Sejurus kemudian segala yang aku rasakan dan dengar ialah kemeruk mangkuk porselin yang pecah dan cecair yang masih hangat. 

Sepantas kilat aku membuka selimut dan di sanalah punca segala masalah tersebut … mangkuk yang sudah pecah dengan mee segera yang mengotorkan cadar dan selimut!

Adakah aku gila! Aku hilang sabar lalu mencapai penyangkut baju, dan tanpa berfikir panjang, aku terus menghukum anak lelaki ku yang masih bermain dengan patung-patung permainannya. 

Semestinya dia menangis tetapi dia tidak memohon balas kasihan, kecuali hanya kata-kata penjelasan yang cukup pendek, ringkas, dan sayu.

Masih dengan esekan tangis anak ku bersuara, "Ayah, saya lapar dan tidak ada lagi beras untuk dimasak. 

Ayah belum balik lagi, saya mahu masak mee segera. Tetapi saya masih ingat pesan ayah agar jangan menyentuh atau menghidupkan dapur gas jika tidak ada orang dewasa, lalu saya gunakan pemanas air mandian dari bilik mandi untuk memasak mee segera itu. 

Satu untuk ayah dan satu untuk saya. Saya takut mee itu menjadi sejuk lalu meletakkannya di bawah selimut supaya ia kekal hangat. Tapi saya terlupa untuk mengingatkan ayah sebab saya 
asyik bermain dengan alat permainan saya … maafkan saya ayah…"

Untuk seketika, air mata mula membasahi pipi ini tapi aku tidak mahu anak ku melihat ayahnya menangis lalu aku terus beredar ke kamar mandi dan menangis sepuasnya sementara curahan 
air paip meninggalamkan tangisan ku itu. 

Selepas itu aku mendapatkan anak ku, memeluknya seerat mungkin dan merawat luka kesan penyangkut baju.

Kekotoran yang ada di atas katil aku bersihkan. Menjelang tangah malam selepas semuanya beres, aku melewati kamar tidur anak ku. Dia masih belum tidur lagi. 

Aku melihat dia menangis. Menangis bukan kerana kesakitan kesan dari hukuman ku sebentar tadi tetapi aku melihat dia menatap foto mamanya yang dikasihi.

Setahun kemudian selepas kejadian tersebut, saya berusaha sedaya yang boleh untuk memberi kasih dan sayang dari ayah dan juga mama, dan memenuhi keperluan-keperluan anakku.

Dia kini sudah berumur tujuh tahun, dan tidak lama lagi dia akan tamat persekolahannya di peringkat tadika. 

Mujur dia dapat menyesuaikan diri tanpa mama dan dia bertumbuh lebih gembira berbanding hari-hari yang sudah.

Tidak berapa lama dahulu, sekali lagi aku mendenda anak lelaki ku, kali ini lebih teruk lagi. Guru tadikanya menghubungi aku mengenai ketidakhadirannya ke sekolah. 

Hari itu aku balik lebih awal dari kerja, mengharapkan penjelasan dari anak ku. Aku mencarinya di sekitar rumah tetapi tidak ku jumpai. Akhirnya aku menemuinya di belakang kedai alat tulis, gembira dan sedang bermain permainan komputer.

Dengan kemarahan yang membara, aku membawa anak ku pulang. Untuk tujuan mengajar, aku merotan anak ku. Dia tidak pun melawan kecuali dengan satu kalimat yang memilukan, "Maafkan saya ayah".

Selepas mendengar bukti-bukti, saya menyedari bahawa sekolahnya menganjurkan `Talent Show' dan semua ibu pelajar dijemput. Itulah sebabnya pada hari itu anak ku ponteng 
sekolah kerana dia tidak ada lagi mama untuk bersama-sama ke majlis tersebut.

Beberapa hari selepas aku merotan, anak ku balik dan memberitahu ku bahawa di sudah belajar menulis dan membaca. 

Sejak hari itu dia tidak lekang dari kamar tidurnya dengan alasan mahu belajar dan berlatih menulis. 

Kalaulah isteri ku masih ada ketika ini, saya pasti dia amat bangga dengan anak kami kerana dia membanggakan aku juga!

Masa berlalu begitu cepat sekali, tahun berganti tahun. Untuk kesekian kalinya anak ku buat hal lagi. 

Semantara aku berkemas-kemas untuk mengakhiri kerja-kerjaku di pejabat pada hari itu, panggilan dari pejabat pos mencela kesibukanku. Pegawai pos agak kasar pada ketika itu, 
mungkin dia agak sibuk. Dia menyatakan anakku cuba mengirim beberapa pucuk surat tanpa alamat.

Aku sudah berjanji untuk tidak menghukum anakku lagi. Namun aku benar-benar hilang sabar.Ada saja masalah yang anakku timbulkan.. Kalau bukan di rumah, di sekolah, atau di pejabat pos. 

Aku hilang sabar.

Dalam benak aku berfikir bahawa anak ini tidak boleh dikawal lagi. Dia perlukan pengajaran, dan itulah yang aku lakukan. 

Sekali lagi anakku berkata dengan sayu, "maafkan saya ayah" 
dan tidak ada alasan lain yang dia cuba jelaskan. Saya begitu marah dan mendorong dia ke tepi lalu aku terus ke pejabat pos mengambil surat-surat tanpa alamat tersebut dan kembali ke rumah dengan segera.

Dalam kemarahan, aku inginkan alasan dari mulut anakku sendiri. Sesuatu yang tidak pernah aku fikirkan, "surat-surat itu khas untuk mama", dia bersuara pilu masih dalam tangisan. Mendengar itu aku tak dapat menahan emosi. 

Di mata ini mula muncul kaca-kaca jernih. Aku cuba mengawal perasaan dan terus menyoalnya, "tapi kenapa kamu mengirim terlalu banyak surat dalam satu masa?"

Kemudia anakku menjawab, "Sebenarnya, saya sudah menulis surat-surat untuk mama ini sudah sekian lama, tetapi setiap kali saya tiba di peti pos, petinya sangat tinggi bagi saya, dan saya tak dapat  memasukan surat-surat itu ke dalam peti surat, tetapi baru-baru ini saya sekali lagi ke peti pos, dan alangkah gembiranya saya kerana saya sudah boleh mencapai peti pos tersebut lalu saya masukkan semua surat-surat yang telah saya tulis itu sekali gus….."

Mendengar ini, saya hilang, lenyap, dan entah apa-apa lagi. Hilang akal dan tidak tahu apa perlu dilakukan, apa nak kata…

Kemudian aku memberitahu anakku, "nak, mama sudah tidak ada lagi tetapi percayalah satu hari nanti dia akan kita temui lagi". 

Selepas mendengar penjelasan yang pendek itu, anakku tenang tetapi gembira, dan tidak lama kemudia ia tertidur.

Saya membawa surat-surat itu keluar dan mula membacanya satu per satu, dan salah satu surat itu benar-benar menyentuh kalbu ku…

"Mama yang amat dikasihi, Saya amat merindui mama! Hari ini sekolah saya menganjurkan `Talent Show', dan pihak sekolah menjemput semua ibu-ibu untuk menyaksikan pertunjukan itu 
tetapi malangnya mama tiada, sebab itu saya tidak menyertai sebarang acara. 

Saya tidak maklumkan semua ini kepada ayah kerana saya risau ayah akan merindui mu dan menangis sekali lagi. 

Untuk mehilangkan kesedihan, saya pergi bermain permainan komputer di salah sebuah kedai komputer. Hari itu ayah mencari saya di mana-mana. 

Ayah agak marah. Dia menengking dan memukul saya, tetapi saya tidak maklumkan kepadanya alasan sebenar. 

Mama, setiap hari saya melihat ayah merindui mu dan setiap kali ayah teringatkan mu , dia begitu sedih namun dia berselindung dan menangis di biliknya. Saya fikir kami berdua amat merindui mu.
 
Tetapi mama, saya sudah mula melupai wajah mu. Mama, bolehkah mama muncul dalam mimpi saya agar saya dapat mengingati wajah mama? 

Saya pernah dengar apabila kita mendekap gambar seseorang yang dirindui, dia akan muncul dalam mimpi, tetapi kenapa tidak mama?"

Selepas membaca surat itu, aku tak dapat menahan tangis, sebab aku sedar aku tidak akan dan tidak pernah akan dapat memperbaiki jurang yang sepatutnya isteri aku dapat perbaiki…

Kepada para wanita yang ada anak:
Elakkan diri dari menggunakan terlalu banyak masa berhadapan dengan kerja. 

Andai kata kerja itu tidak dapat disiapkan, mungkin ada sesuatu masalah yang melanda syarikat tersebut dan itu sebenarnya  bukan masalah anda sendiri.. Hubungi majikan anda. 

Kerja lebih masa yang keterlaluan tidak selalunya munansabah sebagai jawaban kepada masalah tersebut. Jaga kesihatan anda. 

Kesihatan adalah harta karun yang terbaik yang dapat menganjak anda supaya boleh menatang `si kecil' yang lebih berharga.

Kepada lelaki berkhawin:
Kurangkan minum minuman keras, kalau boleh berhenti! Kurangkan merokok, 
kalau boleh berhenti! Tidak ada yang dapat menggantikan kesihatan anda. Bisnes tidak, pelanggan juga tidak.

Fikirkan sebegini, apakah anda akan terus bekerja keras sehingga pelanggan anda bergantung semata-mata hanya kepada anda? Atau majikan anda bergantung semata-mata hanya kepada anda? 

Di dalam masyarakat masa kini, tidak ada sesiapa yang terkecuali.

Jaga kesihatan anda agar anda dapat menjaga `si kecil' yang lebih berharga beserta dengan orang yang amat anda kasihi.

Kepada yang masih bujang:
Kejelitaan dan kecantikan sebenar terletak kepada mengasihi diri dahulu. Bunyi macam mementingkan diri tetapi ingat, dengan keyakinan dan mengasihi diri, anda berupaya melihat kecantikan orang lain di sekeliling anda. 

Anda boleh bekerja dengan lebih baik dan lebih gembira. Jangan biarkan kesihatan anda dipengaruhi oleh kerja-kerja anda, atau majikan anda. Tidak ada yang lebih penting daripada kewujudan anda sebagaimana anda ada.


Sumber@Riku kobasyi

Tuesday, May 3, 2011

S a y e . G e n a p . 2 7


Horey.... saye dah genap 27 tahun pun sekarang nie, tak rase banyak perubahan. Terase mude lagi tapi macam dah tua. Pe tu? saye pun tak faham. Sabtu lepas besday saye, my lovely wife belanje makan kat Ice-room, bangi. Memang syok..dapat makan kek tiramisu yang yummy nie. Nie la kek paling spesel bagi saye selama 27 tahun hidup nie. huhu.... Untuk my wife thanks a lot for this moment. :)

Saturday, April 30, 2011

T e l a d a n . Y a n g . B a i k

Anak kecil selalu memerhatikan setiap pelakuan orang dewasa, Kite sebagai orang yang matang dan dewasa sepatutnyer memberi contoh yang baik pada anak-anak untuk dijadikan ikutan. Orang tua-tua pun pernah kate, "cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari."

M A K R O - S e r a n g g e . R a k s a s e








K o s . S a r a . H i d u p


K e n a p e . O r a n g . I s l a m . S e m b a h . B a n g u n a n . K a i n . H i t a m . T u ?



"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"
...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."

Friday, April 29, 2011

D a g i n g . L e m b u . T i r u a n . P u l a k !


Sebelum nie heboh citer pasal telur ayam tiruan, kali nie plak daging lembu tiruan. Tapi yang dahsyatnyer bukan daging lembu tiruan cuma daging babi yang ditambah ekstrak khas yang boleh dibeli dengan harga 45 yuan. Kat china harga daging lembu sekitar 20 yuan dan daging babi 10 yuan, nie kes nak jimat kos pastu nak jugak makan daging lembu. Sudahnyer muncul ekstrak istimewa tersebut. Tak susah plak tu, peram daging babi + ekstrak istimewa selama 90 minit, goreng pastu dapat daging babi rasa lembu. Sedap ke? Efek jangka panjang dikatakan boleh menyebabkan kanser.

Ekstrak Istimewa

Agen peluntur untuk membuang rasa daging babi, satu pek kecil nie
boleh guna untuk 50kg daging babi.

Perbezaan daging babi yang telah ditambah ekstrak istimewa dengan yang asli. 

Tambah sos karamel untuk lagi sedap..huhu


Thursday, April 28, 2011

R E S E P I - I k a n . S i n g g a n g . S e r a n i


Agak lame jugak saye tak berkongsi resepi kat blog nie, kebetulan semalam kawan saye masak ikan singgang nie, tu yang buat saye teringat nak kongsi kat sini. Kadang-kadang lepas balik dari kerja@aktiviti luar terasa penat dan perut terasa lapar, kalau dah abis rajin masak singgang jela paling simply dan meyelerakan sebab ade kuah+menyegarkan. Resipi istimewa nie anda boleh cube sendiri mudah dan ringkas.


Bahan-bahan ( Untuk 4 - 5 orang )

  • 2 ekor ikan kembung segar, bersihkan dan potong dua
  • 2 ulas bawang putih*
  • 4 biji bawang merah kecil*
  • 1/2 cm halia*
  • 1/2 cm lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 7 - 10 biji cili padi, kalau tak nak pedas boleh dikurangkan*(*ditumbuk jgn terlalu lumat)
  • 1 kuntum bunga kantan, dibelah dua
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 camca besar asam jawa, dibancuh dgn 1 cawan air dan tapis jusnya
  • 1 kiub ikan bilis "Maggi"
  • Sedikit garam dan gula (kalau suka)
  • 1 camca besar minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan2 ditumbuk hingga naik bau. Masukkan air (anggaran 500ml, terpulang pada masing2). Biarkan mendidih.
  2. Masukkan serai, kiub ikan bilis dan garam serta gula (kalau suka). Biarkan mendidih.
  3. Masukkan ikan tadi dan bunga kantan. Bila menggelegak, tuang jus asam jawa. Masak 5 minit hingga ikan masak. Rasa garamnya. Angkat dan hidangkan dgn nasi panas....sertakan dgn ulam2man dan sambal belacan.

10 . R a h s i a . Y o u t u b e



Korang mesti suka layan Youtubekan? Suka letak video Youtube di blog/website anda? Anda perlu tahu trick-trick ini!
1. Melihat High Quality Videos
Ada video-video yang boleh anda buka dengan versi high quality. Caranya iaitu dengan menambah beberapa tulisan ini di belakang link URL video yang anda buka:
* &fmt=18, untuk melihat versi stereo, resolusi 480 x 270.
* &fmt=22 untuk melihat versi stereo, resolusi 1280 x 720.
Setelah anda menambah salah satu kod di atas pada alamat URL video di browser anda kemudian menekan Enter atau Go, maka paparan video Youtube yang anda buka akan menjadi lebih lebar dengan kualiti yang lebih baik.
2. Embed High Quality Video di blog anda
Trick sebelumya berguna untuk melihat video yang high quality di Youtube. Semasa embed alias mencantumkan video kualiti bagus tersebut di blog anda, tambahkan kod berikut di akhir URL: &ap=%2526fmt%3D18 atau &ap=%2526fmt%3D22.
3. Skip Terus ke Bahagian yang Menarik
Semasa membuka sebuah video di Youtube, kita boleh langsung skip ke minit tertentu? Jadi misalnya ada sebuah video yang panjang, yang sebenarnya moment menariknya ada di minit 03:14, kita tidak perlu menunggu sampai videonya berputar hingga ke minit itu. Cukup tambahkan #t=03m14s di belakang URL, contoh: http://www.youtube.com/watch?v=YPQ_N4imYVE#t=03m14s
4. Sembunyikan Search Box
Semasa anda hover atau melayangkan pointer mouse anda di atas sebuah video Youtube yang di-embed dalam sebuah blog, biasanya akan muncul Search Box. Jika anda tidak ingin perkara terjadi, tambahkan &showsearch=0 di belakang URL yang anda embed.
5. Meng-embed Hanya Bahagian Tertentu dari Video
Anda boleh menambahkan &start=30 di akhir URL yang anda embed, supaya boleh terus skip ke saat ke-30.
6. Video yang di-Embed boleh Autoplay
Biasanya video yang di-embed berjalan semasa tombol Play-nya diklik. Tapi jika anda mahu video tersebut secara auto di halaman website tempat anda embeded video itu dibuka, tambahkan &auto*play=1 di akhir link URL video tersebut.
7. Membuat video yang di-Embed Berulang-ulang automatik
Tambahkan &loop=1 untuk membuat video yang anda embed automatik terus berulang alias looping.
8. Tidak Menunjukkan Related Videos
Jika anda meng-embed sebuah video Youtube di blog anda, biasanya muncul link atau gambar menuju ke video lain yang berkaitan. Jika anda tidak mahu itu terjadi, tambahkan &rel=0 di belakang URL video yang anda embed.
9. Download Video
Ada banyak cara untuk download video dari youtube,seperti dengan Keepvid.com. Namun trik ini boleh juga dicuba, semasa anda membuka link video tertentu, ganti saja perkataaan youtube.com di link anda dengan kickyoutube.com. anda akan automatik akan ke website kickyoutube di mana anda boleh download video tersebut dengan mudah.
10. . Game Snake
Tahukah anda , kita boleh main game snakes semasa buffering video di youtube.
Gini caranya, semasa buffering video akan muncul satu bulatan yang bergerak melingkar ditengah tengah video. Itu sebenarnya ularnya.Klik mouse atas video dan tekan sahaja button arah panah atas pada keyboard. Kemudia ular tersebut boleh bergerak mengikut button yg anda tekan. Sumber@isuhangat.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...