Tuesday, December 6, 2011

J a n g a n . T u n g g u . l a g i




Jangan Menunggu Boleh baru lakukan! Tapi Lakukanlah!!! Anda Pasti Boleh!!!
Jangan menunggu bahagia baru tersenyum.
Tapi tersenyumlah, maka anda semakin bahagia
Jangan menunggu kaya baru bersedekah.
Tapi bersedekahlah, maka anda semakin kaya
Jangan menunggu pasangan yang sempurna baru menikah.
Tapi menikahlah, maka kesempurnaan akan hadir dalam hidupmu
Jangan menunggu dimotivasi baru bergerak.
Tapi bergeraklah, maka anda akan termotivasi
Jangan menunggu dipedulikan orang baru anda peduli,
Tapi pedulilah dengan orang lain! maka anda akan dipedulikan…
Jangan menunggu orang memahami anda baru kita memahami dia,
Tapi fahamilah orang itu, maka orang itu paham dengan anda
Jangan menunggu terinspirasi baru menulis.
Tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu
Jangan menunggu projek baru bekerja.
Tapi berkerjalah, maka projek akan menunggumu
Jangan menunggu dicintai baru mencintai.
Tapi belajarlah mencintai, maka anda akan dicintai
Jangan menunggu banyak duit baru hidup tenang,
Tapi hiduplah dengan tenang, Insya Allah bukan sekadar duit yang datang,
Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti.
Tapi bergeraklah, maka anda akan menjadi contoh yang diikuti
Jangan menunggu berjaya baru bersyukur.
Tapi bersyukurlah, maka bertambah kejayaan kamu
Jangan menunggu boleh baru melakukan,
Tapi lakukanlah! anda pasti boleh!
Jangan gagal mencuba
Tapi biar mencuba tapi gagal
Jangan Berkata “Ya Tuhan! Masalahku sangatlah Besar!”
Tapi katakanlah “Wahai Masalah!! Tuhanku sangatlah Besar!!”
-Apapun masalah, Allah bersama kita,Insya Allah…

H D R - B a t u . F e r i n g g h i

Hujung november baru nie saye bersama keluarga sempat jalan2 sekitar penang, pusing2 dengan tanpa arah tujuan saye menghala ke arah feringghi. Bajet boleh la shoot gambo kat pantai. Hasilnyer dapat la gambo
seperti dibawah nie, hehe...siap da "ghost" anak saye sendiri yang bermain air tanpa seurat benang, huhu...
amek berkat dari Nd filter yang lame sangat saye peram tak pakai2. Agak2 cantik tak? atau komposisi tak menarik? hehe... expose pun tak lama sgt sebab matahari pun tengah terik lagi.




P h o t o s h o o t . K a w e n - m i n & I z a

Hari ahad bersamaan 27 november 2011/1 muharam 1433H. Lokasinyer Lorong 3B, kampung bahagia, Teluk  intan Perak iaitu (kampung saye). Alhamdulillah...selamat sudah pengantin baru nie diijab kabulkan, pasangan azmin dan norizawati. Ada beberapa gambar sekitar majlis perkahwinan saye selitkan sekali.









K i s a h . E m p a t . P e m u d a . S e j a t i



Dengan berat hati kita harus diakui, keruntuhan moral masyarakat sekarang ini dilihat dari keruntuhan mentaliti pemuda-pemudinya. Walaupun orang dewasa pun banyak melakukan maksiat, kita boleh lihat pelaku seks bebas adalah pemuda, mat rempit adalah pemuda, peragut adalah pemuda, penyokong muzik barat adalah pemuda dan kebanyakan penagih dadah adalah pemuda.
Mudahnya, hancurnya masyarakat kita adalah jelas oleh kehancuran akhlak pemudanya. Kebanyakan pemuda pada masa ini sudah kehilangan segala-galanya;capability, identiti dan integriti.
Kisah berikut semoga boleh menjadi pelajaran berharga bagi kita. Kisah ini akan memberi gambaran kepada kita Bagaimana sesunggunya karakteristik ideal dari seorang pemuda. Dari cerita berikut setidaknya kita akan mendapat petunjuk mengenai takwa kepada Allah Swt, rasa tanggungjawab, mengambil berat, serta makna persaudaraan:
Pada Zaman Khalifah Omar Bin Khattab R.A, ada seorang pemuda sedang mengembara. Dia menggunakan unta yang akan digunakan sebagai kenderaannya.

Di tengah perjalanan, dia menemui sebuah tempat rehat yang ditumbuhi rumput hijau yang segar. Dia berhenti di situ untuk beristirahat sejenak. Pemuda itu kemudian duduk di bawah pohon. Kerana terlalu penat, akhirnya dia tertidur. Semasa dia tidur, tali untanya terlepas, sehingga unta itu merayau ke sana ke mari. Akhirnya, unta itu masuk ke dusun yang ada berdekatan. Unta itu memakan tanam-tanaman dan buah-buahan di dalam dusun. Unta itu juga merosakkan banyak tanamannya.
Penjaga kebun adalah seorang lelaki tua. Lelaki tersebut berusaha mengusir unta itu, namun dia tidak berjaya. Kerana bimbang unta itu akan merosakkan seluruh kebunnya, lelaki tua pun membunuhnya. Setelah terjaga, pemuda itu mencari untanya. Akhirnya, dia menemui unta itu telah bergelimpang mati di dalam kebun tersebut.
Pada masa itu, lelaki itu datang. Pemuda itu bertanya, “Siapa yang membunuh unta milikku ini?” Lelaki tua itu lalu menceritakan apa yang telah dilakukan oleh unta itu. Kerana risau akan merosakkan seluruh isi kebun, maka dia terpaksa membunuhnya.
Mendengar perkara itu, pemuda tak dapat menahan amarahnya. Oleh kerana tidak dapat mengawal kemarahannya serta-merta dia memukul lelaki tuan punya dusun itu. Malangnya, lelaki itu meninggal ketika itu juga. Pemuda itu amat menyesal atas apa yang dilakukan. Pada masa yang sama, datanglah dua orang pemuda yang merupakan anak kepada lelaki tadi.
Mengetahui ayahnya telah tidak bernyawa lagi dan disebelahnya berdiri pemuda itu, mereka lalu menangkapnya. Kemudian, keduanya membawa pemuda tadi menghadap Amirul Mukminin; Khalifah Omar bin Khattab RA.
Mereka berdua menuntut dilaksanakan qisas (hukum bunuh) kepada pemuda yang telah membunuh ayah mereka. Lalu, Khalifah Omar bertanya kepada pemuda tadi. Pemuda itu mengakui perbuatannya. Dia benar-benar menyesal atas apa yang telah dilakukannya.
Khalifah Omar lalu berkata, “Aku tidak punya pilihan lain kecuali melaksanakan hukum Allah terhadapmu”.Pemuda tadi dengan lapang dada menerima keputusan tersebut. Dia kemudian meminta kepada Khalifah Khalifah Omar, agar diberi waktu dua hari untuk pulang ke kampungnya, sehingga dia boleh berjumpa keluarganya serta boleh membayar hutang-hutangnya.
Khalifah Omar kemudian berkata, “Hadirkan padaku orang yang menjamin, bahawa kau akan kembali lagi kesini. Jika kau tidak kembali, orang itu yang akan diqisas sebagai ganti dirimu.”
Pemuda itupun menjawab,
“Wahai Amirul Mukminin, Aku orang asing di negeri ini, aku tidak boleh mendatangkan seorang penjamin.”
Salah seorang sahabat mulia, ABU DZAR AL-GHIFARI RA (yang ketika itu usianya boleh dikategorikan masih muda) secara kebetulan hadir di majlis tersebut. Beliau kemudian berkata, “Hai Amirul Mukminin, ini kepalaku, aku berikan kepadamu jika pemuda ni tidak datang lagi setelah dua hari.”
Dengan terkejut, Khalifah Omar berkata, “Apakah kau yang menjadi penjaminnya, wahai Abu Dzar, sahabat Rasulullah?,” “Benar, ya Amirul Mukminin,” jawab Abu Dzar lantang.
Pada hari yang telah ditetapkan untuk pelaksanaan hukuman qisas, orang ramai tidak sabar menantikan datangnya pemuda itu.
SANGAT MENGEJUTKAN! Dari jauh mereka melihat pemuda itu datang dengan memacu kudanya. Dia tiba di tempat pelaksanaan hukuman. Orang-orang memandangnya dengan penuh takjub.
Khalifah Omar bertanya kepada pemuda itu, “Mengapa kau kembali lagi ke sini anak muda, padahal kau boleh menyelamatkan diri dari maut?”
Pemuda itu menjawab, “Wahai Amirul Mukminin, aku datang ke sini agar jangan sampai orang-orang berkata, ‘TIDAK ADA LAGI PEMUDA YANG MENEPATI JANJI DI KALANGAN UMAT INI’. Dan agar orang-orang tidak mengatakan, ‘TIDAK ADA LAGI PEMUDA SEJATI YANG BERANI BERTANGGUNGJAWAB PERBUATANNYA DI KALANGAN UMAT INI”
Lalu, Khalifah Omar melangkah ke arah Abu Dzar Al-Ghiffari dan berkata, “Dan kau wahai Abu Dzar, bagaimana kau boleh berani menjamin pemuda ini, padahal kau tidak kenal dengan pemuda ini?”
Abu Dzar menjawab, “Aku lakukan itu agar orang-orang tidak mengatakan BAHAWA TIDAK ADA LAGI PEMUDA YANG BERSEDIA BERKORBAN UNTUK SAUDARA SEAGAMA DALAM UMAT INI.”
Mendengar itu semua, dua orang pemuda anak lelaki yang terbunuh pun ikut berkata, “Sekarang tiba giliran kami, wahai Amirul Mukminin, kami bersaksi di hadapanmu bahawa pemuda ini telah kami maafkan, dan kami tidak meminta apa pun darinya! Tidak ada yang lebih utama dari memberi maaf jika mampu. Ini kami lakukan agar orang tidak mengatakan BAHAWA TIDAK ADA LAGI PEMUDA YANG BERJIWA BESAR, YANG MAHU MEMAAFKAN SAUDARANYA DI KALANGAN UMAT INI.”
SUBHANALLAH, Kisah di atas sangat mempesonakan. Inilah gambaran tentang pemuda sejati, pemuda-pemuda kaya hati. Keempat pemuda dalam kisah di atas menggambarkan kepada kita siapa itu Pemuda Sejati, Pemuda Impian banyak Hati.

S y a i t a n . G e m u k



Sahabat Rasulullah SAW Abu Hurairah R.A pernah bercerita “Perbezaan syaitan penggoda orang kafir dan syaitan penggoda orang mukmin. Syaitan Penggoda orang kafir kelihatan gemuk, segar, rapi dan memakai baju cantik. Sedangkan syaitan penggoda orang mukmin kurus,kering, kusut, dan telanjang.”
Syaitan gemuk bertanya kepada syaitan kurus, “Mengapa kamu menyedihkan, kau kurus, kering, kusut,dan telanjang?”
Syaitan kurus menjawab, “Aku bertugas menggoda orang mukmin yang selalu berzikir dan membaca bismillah,menyebut nama ALLAH. Ketika hendak makan dan minum, dia membaca bismillah, menyebut nama ALLAH, maka aku tetap lapar dan haus.
Ketika memakai minyak rambut dia menyebut nama ALLAH, maka aku tetap kusut. Dan ketika dia memakai baju, dia juga menyebut nama ALLAH sehingga aku tetap telanjang.”
Syaitan gemuk menyahut, “kalau begitu, aku beruntung, aku bersama orang yang tidak pernah menyebut nama Allah. Pada waktu, dia tidak menyebut nama Allah sehingga aku dapat makan bersamanya sampai puas.
Ketika minum, dia juga tidak menyebut nama Allah sehingga aku boleh bersama dia minum. Ketika berhias dia tidak menyebut nama Allah sehingga aku turut berhiasDan, ketika memakai baju, aku pun ikut memakai pakaiannya.”
Begitulah, betapa agung faedah membaca bismilah. Syaitan tidak dapat bersama makan makanan orang yang membaca :
Bismilahirrahmanirrahim !
Wallahualam

M a t a . L e l a k i . G e m a r . L i h a t . B a d a n . W a n i t a



Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, Ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.

Maka akan ditafsirlah
 berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka 
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.


Maka mata lelaki itu akan 
turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan 
turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya,

maka mata lelaki itu 
akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan,

dan l
elaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit,

maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu 
akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, 
kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?


Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan,

maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.


Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu". Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri. Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga. Sesuatu yang berharga dan bernilai perlu dijaga dengan baik. Semakin dibuka semakin kurang nilai harganya.. Bajailah ia dengan iman dan takwa semoga membuahkan hasil yang sungguh bernilai.

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ (30)

30. Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.

(Surah An Nur : Ayat 30)


وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَمَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (31)


31. Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.

(Surah An Nur : Ayat 31)


يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا (59)

59. Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Surah AL Ahzab : Ayat 59)


يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ (26)

26. Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian Yang berupa taqwa itulah Yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).

(Surah AL A'raaf : Ayat 26)

Akhir kalam,Wahai wanita Muslimah jagailah pakaian mu dan akhlak mu supaya mudah Muslimin menjaga mata dan nafsunya.

Wallahua'lam.

Saturday, November 5, 2011

S a m p e l . M o c k u p . S t i c k y . S a y e


Sampel Mockup sticky album yang terbaru dari saye. Bersaiz 15 x 10.5" dan boleh memuatkan 120 keping gambar bersaiz 4R dan disertakan kotak album yang kemas berwarna hitam. Album nie termasuk dalam pakej fotografi yang saye tawarkan kepada semua yang berminat dengan perkhidmatan saye. Kalau ade yang berminat boleh hubungi saye terus. Tetiba rase nak buat famili foto, majlis ari  lahir, bertunang atau kahwin saye sedia membantu merakam saat indah bahagia anda dengan harga pakej yang berpatutan. hehe....







Info selanjutnya boleh layari laman nie http://www.wix.com/pirdauz/photography

Friday, November 4, 2011

M a l a s . B a n g u n . P a g i



Apa yang anda lakukan ketika baru membuka mata dan terbangun di pagi hari? Jangankan liat solat subuh malah ramai juga di antara kita yang tidur semula selepas solat subuh. Lambat bangun pagi banyak keburukannya seperti artikel sebelum ini. Tidur Lepas Subuh
Kebanyakan anda pasti akan menjawab malas bangun dan meninggalkan bantal. Hilangkan malas dan susun semangat semasa mula-mula mata terbuka dengan beberapa langkah tepat berikut:
1. Lihatlah Sesuatu Yang Berwarna
“Ketika mata anda terbuka dan melihat sesuatu yang berwarna, adrenalin akan terpicu dan ketika itu pula tenaga anda akan terdorong,” ujar Leatrice Eiseman, pengarah eksekutif dari Pantone Color Institute.
Gunakan warna-warna cerah seperti merah, orange atau kuning pada bantal, selimut atau apapun yang berada dekat area katil ketika anda membuka mata untuk pertama kalinya.
2. Bangun dan lihatlah Bunga Mawar
“Melihat sekuntum bunga mawar ketika terbangun, terutama bagi wanita akan meningkatkan mood dan semangatnya yang akan bertahan sepanjang hari,” kenyataan Nancy Etcoff, PhD, anggota Harvard Medical School and the Harvard University Mind/Brain/Behavior Initiative.
3. Jangan ‘Snooze’ Alarm anda
“Ketika anda menekan snooze, otak anda tahu dan akan berkata bahawa bunyi itu akan mati beberapa minit lagi, sehingga anda akan tertidur lebih lama. Tapi anda akan lebih tak endahkan mendengar bunyi itu daripada ketika mendengar bunyi itu pertama kalinya.
“Strategi yang paling tepat adalah memasang alarm pada jam dimana anda benar-benar akan bangun, jangan ‘set’kan alarm anda lebih awal kerana anda tahu perkara itu hanya akan membuat anda lebih selalu menekan tombol snooze,” kata Jodi Mindell, PhD dari The Sleep Disorders Center at the Children’s Hospital of Philadelphia.
4. Bayangkan Aktiviti Sekejap
Ketika anda benar-benar terbangun, tutup mata sekejap dan gambarkan apa yang akan anda kerjakan pada hari itu dengan penuh semangat dan positif. “Berimaginasi tentang aktiviti akan merangsang otak untuk berfikir dan anda akan berusaha mewujudkannya ketika benar-benar beraktiviti,” ujar Dana Lightman, PhD, psikolog dai Abington, PA.
5. Minum Air Segera Setelah Bangun
Meminum segelas air segera setelah terbangun adalah cara yang baik untuk mengganti cairan tubuh yang berkurangan semalamnya. “Segala sesuatu yang terjadi di dalam tubuh memerlukan air. Tanpa air yang cukup, sistem metabolisme dalam tubuh akan bekerja lebih keras yang dapat menyebabkan melemahnya fungsi organ,” ujar Holly Andersen, MD, seorang asisten profesor di Weill Cornell Medical Center.
6. Biarkan Sinar Matahari Masuk
Sinar matahari yang menyentuh kulit akan membuat anda lebih terbangun. Bacalah akhbar tepi tingkap atau keluarlah untuk sekadar minum kopi beberapa minit.
“Cahaya pagi yang masuk ke dalam tubuh bagaikan jam biologi yang akan menghentikan sekresi melatonin, hormon yang membuat seseorang mengantuk dan meningkatkan hormon serotonin yang memicu mood seseorang” ujar James B. Maas, PhD, seorang profesor psikologi di Cornell University.
7. Memicit muka
Memicit di wajah akan meningkatkan sirkulasi darah dan mempercepat bangun tidur. Mulailah memicit dari kening, pipi, trpuk-tepuk dengan tapak tangan, kemudian di kawasan dagu dan akhirnya seluruh muka. Selain meningkatkan sirkulasi darah, gerakan memicit boleh membuat anda ‘panas’ dengan cepat.
8. Bersenamlah Sedikit
Aktiviti fizikal adalah satu cara ampuh untuk mengusir rasa malas. Dapat meningkatkan mood anda kerana beberapa hormon akan keluar, seperti hormon peningkat stamina (testosteron), tenaga (dopamin) dan ketenangan (oxytocin),” ujar Helen E. Fisher, PhD, seorang anthropolog dari Rutgers University.
Posted @ www.isuhangat.net.

Saturday, October 22, 2011

M e n g i n s t a l l . C i n t a . K a s i h



Customer Service (CS): Ya, ada yang boleh saya bantu?
Pelanggan (P): Sebenarnya saya ingin menginstall cinta kasih. bolehkah anda membantu saya menyelesaikan prosesnya?
CS: Ya, saya dapat membantu anda. Anda bersedia melakukannya sekarang?
P: Baik, saya tidak tahu secara teknikal, tetapi saya bersedia untuk menginstallnya sekarang. Apa yang harus saya lakukan dahulu?
CS: Langkah pertama adalah membuka HATI anda. Tahukan anda di mana HATI anda?
P: Ya, tapi ada banyak program yang sedang aktif. Apakah saya tetap boleh menginstallnya sementara program-program tersebut aktif?
CS: Program apa saja yang sedang aktif?
P: Sekejap, saya lihat dulu, Program yang sedang aktif adalah SAKITHATI.EXE, CEMBURU.EXE, DENDAM.EXE dan BENCI.COM.
CS: Tidak apa-apa. CINTA-KASIH akan menghapus SAKITHATI.EXE dari system operasi Anda. Program tersebut akan tetap ada dalam memori anda, tetapi tidak lama kerana akan di’replace’ dengan program lain. CINTA-KASIH akan replace CEMBURU.EXE dengan modul yang disebut PERCAYADIRI.EXE. Tetapi anda harus mematikan BENCI.COM dan DENDAM.EXE. Program tersebut akan menyebabkan CINTA-KASIH tidak terinstall secara sempurna. Dapatkah anda mematikannya?
P: Saya tidak tahu cara mematikannya. Dapatkah anda membantu saya?
CS: Gunakan Start menu dan aktifkan MEMAAFKAN.EXE. Aktifkan program ini sekerap mungkin sehingga BENCI.COM dan DENDAM.EXE terhapus.
P: OK, sudah. CINTA-KASIH mulai terinstall secara auto. Adakah memang camni?
CS: Ya, anda akan menerima message bahwa CINTA-KASIH akan terus diinstall kembali dalam HATI anda. Apakah anda melihat message tersebut?
P: Ya. Apakah sudah selesai install?
CS: Ya, tapi ingat bahawa anda hanya punya program asas sahaja. Anda perlu menghubungkan HATI yang lain supaya dapat mengupgradenya.
P: Oops. Saya mendapat message error. Apa yang harus saya lakukan?
CS: Apa messagenya?
P: ERROR 412 – PROGRAM NOT RUN ON INTERNAL COMPONENT”. apa maksudnya?
CS: Jangan khuatir, itu masalah biasa. Maksudnya, program CINTA-KASIH diset untuk aktif di HATI external tetapi belum boleh aktif dalam HATI internal anda. Ini adalah salah satu kesukaran program, tetapi dalam istilah non-teknik ini bererti anda harus men-”CINTA-KASIH”-i mesin anda sendiri sebelum men-”CINTA-KASIH”-i orang lain.
P: Lalu apa yang harus saya lakukan?
CS: Dapatkan anda klik pulldown direktori yang disebut “PASRAH”?
P: Ya, sudah.
CS: Bagus. Pilih file-file berikut dan salin ke direktori “MYHEART” MEMAAFKAN-DIRI-SENDIRI.DOC, dan MEYEDARI-KEKURANGAN.TXT. sistem akan replace file-file yang konflik dan mula memperbaiki program-program yang salah. Anda juga perlu mengosongkan Recycle Bin untuk memastikan program-program yang salah tidak muncul kembali.
P: Sudah. Hei! HATI saya terisi file-file baru. SENYUM.MPG aktif di monitor saya dan menandakan bahwa DAMAI.EXE dan KEPUASAN.COM dikopi ke HATI. Adakah memang begini?
CS: Kadang-kadang. Orang lain mungkin perlu masa untuk mendownloadnya. Jadi CINTA-KASIH telah terinstall dan aktif. Anda harus boleh menanganinya dari sini. Ada satu lagi hal yang penting.
P: Apa?
CS: CINTA-KASIH adalah freeware. Pastikan untuk memberikannya kepada orang lain yang anda temui. Mereka akan share ke orang lain dan seterusnya sampai anda akan menerimanya kembali.
Posted @ www.isuhangat.net.

Thursday, October 20, 2011

T e m p a y a n . E m a s



Sebuah kisah yang terjadi di masa lalu, sebelum Nabi kita Muhammad SAW dilahirkan..
Kisah yang menggambarkan kepada kita pengertian amanah, kezuhudan, dan kejujuran serta wara’ yang sudah sangat jarang ditemukan dalam kehidupan manusia di abad ini.
Al-Imam Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah R.A, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda (yang ertinya):
Ada seorang lelaki membeli sebidang tanah dari seseorang. Yang ternyata di dalam tanah yang dia beli tersebut itu terdapat sebuah tempayan emas. Lalu berkatalah orang yang membeli tanah itu kepada penjual tanah tersebut:
“Ambillah emasmu, sebenarnya aku hanya membeli tanah darimu, bukan membeli emas.”
Si pemilik tanah berkata kepadanya: “bahawasanya saya menjual tanah kepadamu beserta isinya.”
Oleh kerana masing-masing dari mereka tidak ada yang mahu mengaku tempayan emas tersebut, maka akhirnya keduanya pun menemui seseorang untuk menjadi hakim atas masalah yang mereka hadapi.

Kemudian berkatalah orang yang diangkat menjadi hakim tersebut: “Apakah kamu berdua mempunyai anak?”
Salah satu dari mereka berkata: “Na’am, Saya ada seorang anak lelaki.”
Yang lain berkata: “Saya ada seorang anak perempuan.”
Lalu Sang hakim berkata: “Nikahkanlah mereka berdua dan berilah mereka belanja dari harta ini serta bersedekahlah kalian berdua.”
—------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sahabat..
Sungguh, betapa indah kisah yang dikisahkan oleh Rasulullah SAW ini.
Di zaman yang kehidupan serba dinilai dengan material dan keduniaan. Bahkan hubungan persaudaraan pun dibina di atas kebendaan.
Didalam hadis ini, Rasulullah SAW mengisahkan, transaksi yang mereka lakukan hanya berkaitan sebidang tanah. Si penjual berasa yakin bahawa isi tanah itu sudah termasuk dalam transaksi mereka. Sementara si pembeli berkeyakinan sebaliknya; isinya tidak termasuk dalam akad jual beli tersebut.
Kedua lelaki ini tetap bertahan, mereka lebih memilih sikap wara’ (berhati-hati), tidak mau mengambil dan membelanjakan harta itu, kerana adanya kesamaran, apakah harta tersebut halal baginya ataukah haram?
Mereka juga tidak berebut-rebut mendapatkan harta itu, bahkan berupaya menghindarinya.
Semak apa yang dikatakan si pembeli tanah: “Ambillah emasmu, sebetulnya aku hanya membeli tanah darimu, bukan membeli emas.”
Barangkali kalau kita yang mengalami, masing-masing akan berusaha mencari kebenaran, bukti untuk menunjukkan dirinya lebih berhak terhadap emas tersebut.
Tetapi bukan itu yang hendak di sampaikan melalui kisah ini.
Hadis ini menerangkan ketinggian sikap amanah mereka dan tidak adanya keinginan mereka mengaku sesuatu yang bukan haknya. Juga sikap jujur serta warak mereka terhadap dunia, tidak bercita-cita untuk mengambil hak yang belum jelas siapa pemiliknya.
Kemudian muamalah mereka yang baik, bukan hanya akhirnya menimbulkan kasih sayang sesama mereka, tetapi menumbuhkan ikatan baru berupa berbesan. Bahkan, harta tersebut tidak pula keluar dari keluarga besar mereka. Allahu Akbar.
Bandingkan dengan keadaan sebagian kita di zaman ini, sampai ada kata-kata:
“Mencari yang haram pun sukar, apalagi yang halal?” Subhanallah…
Kemudian, mari perhatikan sabda Rasulullah SAW dalam hadis An-Nu’man bin Basyir R.Ama:
“Siapa yang terjatuh ke dalam syubhat (perkara yang samar) bererti dia jatuh ke dalam perkara yang haram.”
Sementara kebanyakan kita, menganggap ringan perkara syubhat ini.
Padahal Rasulullah SAW menyatakan, bahawa siapa yang jatuh ke dalam perkara yang samar itu, boleh jadi dia jatuh ke dalam perkara yang haram. Orang yang jatuh dalam perkara-perkara yang meragukan, berani dan tidak memperdulikannya, hampir-hampir dia mendekati dan berani pula terhadap perkara yang diharamkan lalu jatuh ke dalamnya.
Rasulullah SAW sudah menjelaskan pula dalam sabdanya yang lain:
“Tinggalkan apa yang meragukanmu, kepada apa yang tidak meragukanmu.”
Iaitu tinggalkanlah apa yang engkau ragu tentangnya, kepada sesuatu yang meyakinkanmu dan kamu tahu bahawa itu tidak mengandung kesamaran.
Sedangkan harta yang haram hanya akan menjadi tidak berkah, mengundang kemurkaan Allah SWT, menghalangi terkabulnya doa dan membawa seseorang menuju neraka jahanam.
Tidak, ini bukan dongeng sebelum tidur…
Inilah kisah nyata yang diceritakan oleh Ash-Shadiqul Mashduq (yang benar lagi dibenarkan) SAW, yang Allah SWT berfirman tentang beliau SAW:
“Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Qur’an) menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (An-Najm: 3-4)
Kedua lelaki itu menjauh dari harta tersebut sampai akhirnya mereka datang kepada seseorang untuk menjadi hakim yang memutuskan perkara mereka berdua.
Menurut sebagian ulama, zahirnya lelaki itu bukanlah hakim, tapi mereka berdua memintanya memutuskan persoalan di antara mereka.
Dengan keshalihan kedua lelaki tersebut, keduanya lalu pergi menemui seorang yang berilmu di antara ulama mereka agar memutuskan perkara yang sedang mereka hadapi. Adapun kesalahfahaman si penjual, bahawa dia menjual tanah dan apa yang ada di dalamnya, sehingga emas itu bukan miliknya. Sementara si pembeli beralasan, bahawa dia hanya membeli tanah, bukan emas.
Akan tetapi, rasa takut kepada Allah SWT membuat mereka berdua merasa tidak butuh kepada harta yang meragukan tersebut.
Kemudian, datanglah keputusan yang membuat lega semua pihak, iaitu pernikahan anak lelaki salah seorang dari mereka dengan anak perempuan pihak lainnya, memberi belanja keluarga baru itu dengan harta karun tersebut, sehingga menguatkan persaudaraan imaniah di antara dua keluarga yang soleh ini.
Perhatikan pula kejujuran dan sikap warak sang hakim. Dia memutuskan persoalan keduanya tanpa merugikan pihak yang lain dan tidak mengambil keuntungan apapun. Seandainya hakim itu tidak jujur atau tamak, tentu akan membuat keputusan yang menyebabkan harta itu lepas dari tangan mereka dan jatuh ke tangannya.
Pelajaran yang kita ambil dari kisah ini adalah sekelumit tentang sikap amanah dan kejujuran serta warak yang sudah jarang di zaman kita.
Demikianlah cara pandangan orang-orang soleh terhadap dunia ini. Adakah diantara kita yang mahu mengambil pelajaran?
Semoga cerita ini bermanfaat bagi kita semua dalam berniaga..
Posted @ www.isuhangat.net.

Saturday, October 8, 2011

F e s t i v a l . P h o t o g r a p h y


Semalam selepas solat jumaat saye berkesempatan pergi ke Kuala Lumpur Photography Festival 2011 di Pusat Pameran Mid Valley. Nie antara gambar2 yang sempat saye ambil mase disane. Gambar seterusnyer...


Wednesday, October 5, 2011

A r n a b . S u l o n g . S a y e . M a t i


Semalam anak arnab sulong saye dah pun mati, sedih rasenyer lepas hampir seminggu saye bela akhirnye mati jugak. Semalam lebih kurang jam 1.15pagi isteri saye call kate baby arnab tu dah tercungap2 macam sakit teruk, tu pun jadi lepas saye bawak baby arnab tu jumpa dengan ibunyer untuk menyusu badan tapi agak kecewa sebab ibunyer dah takda susu.

Tak sempat saye nak tengok baby arnab tu membesar bagai johan. huhu....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...