Thursday, September 30, 2010

Quran


Tersebut kisah seorang datuk dan cucunya tinggal di tepi sungai. Mereka adalah beragamaIslam. Setiap pagi datuknya membaca al-Quran dengan suaranya yang merdu mengalunkan ayat-ayat indah Al-Quran dan menyuruhnya cucunya mengaji Al-Quran.

Didesak rasa ingin tahu,si cucu bertanya, “Mengapa Datuk selalu membaca Al-Quran? Menjadi rutin, setiap pagi?” Menurut si cucu, sukar untuk memahami kandungan ayat-ayat Al-Quran tersebut,walaupun setelah membaca terjemahannya. “Mengapa memaksakan diri membaca sesuatu yang tidak kita mengerti?”

Mendengar pertanyaan tersebut, si datuk terdiam. Dia tidak menjawab sebaliknya si datuk menyuruh cucunya mengambil air di sungai berdekatan rumah mereka menggunakan bakul bekas arang. Bakul tersebut hitam legam maklumlah bekas tempat arang.

Walaupun tidak faham dan tidak berpuas hati kerana datuknya tidak menjawab soalannya tadi, si cucu mengikut apa yang disuruh oleh datuknya iaitu mengambil air di sungai menggunakan bakul. Tetapi setiap kali air diceduk menggunakan bakul biasalah air akan keluar dari lubangbakul yang diperbuat dari rotan tersebut.

Si cucu memberitahukan hal tersebut kepada datuknya, mustahil untuk mengambil air menggunakan bakul rotan tersebut. Tetapi datuknya menyuruhnya mencuba lagi. Dengan patuh, sang cucu kembali ke sungai dan menceduk air dengan bakul tersebut. Dapat diceduk tetapi air dengan cepat keluar balik. Cucu tersebut berfikir,si cucu memutuskan untuk berlari sambil membawa bakul berisi air tersebut. Mungkin saja setibanya di rumah masih ada air yang tersisa di bakulnya.

Namun begitu bakul tersebut tinggal kosong ketika si cucu sampai rumahnya. Airnya sudah keluar sepanjang perjalanannya. Tidak menerima kegagalan, sang datuk tetap menyuruh si cucu untuk kembali ke sungai dan mengambil air dengan bakul rotan tersebut.

Berkali-kali cucunya berlari dari sungai menuju rumahnya sambil membawa bakul berisi air tersebut. Dia cuba berlari dengan lebih laju, namun hasilnya tetap sama: air sungai tersebut tak pernah sampai ke rumahnya, ke hadapan datuknya. Termengah-mengah,si cucu akhirnya berkata pada datuknya bahawa benar-benar mustahil mengambil air dengan bakul rotan tersebut.

Mendengar pernyataan cucunya, datuknya tersenyum. Ia mengajak cucunya duduk dekat. Lalu berkata,”Begitulah cucuku. Maaf membuatmu penat. Memang tidak ada air yang sampai kesini. Tapi lihatlah, adakah perubahan yang dapat kau lihat pada bakul tersebut?”

Si cucu memperhatikan bakul yang dibawanya tadi untuk pertama kali. Benarlah, ia memang tidak menyedari sebelumnya karena terlalu memikirkan cara bagaimana membawa air dengan bakul tersebut, tapi bakul yang tadinya hitam legam kerana arang tersebut sekarang sudah bersih, berwarna asli seperti rotan asalnya.

“Seperti itulah membaca Al-Quran,” ucap si datuk. “Mungkin masa ini kita belum faham ertinya, belum mengerti pengajarannya. Tapi tanpa kita sedari, ayat-ayat yang selalu kita lantunkan tersebut membuat hati kita bersih dari noda-noda kehidupan, dari buruknya sifat-sifat makhluk fana yang mungkin bersemayam dalam hati kita. Amalkanlah membaca Al-Quran cucuku, sebagai alat pembersih hati.”

Si cucu masih terduduk lelah dengan nafas sedikit termengah-mengah, namun ia mengangguk faham. Rasa ingin tahunya dapat jawapan yang memuaskan hatinya, ia mendapat sesuatu yang berharga hari itu.
Ya Allah bimbinglah hambaMU ini untuk selalu membaca Firman-firman-Mu setiap hari, timbulkanlah rasa rindu di hati ini untuk selalu mengkaji kitab-Mu. Aamiin.

Wednesday, September 29, 2010

Bahana Kencing Tikus



BANYAK pihak terkejut apabila deejay dan personaliti radio dan televisyen popular, Din Beramboi dilaporkan terpaksa dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Selayang setelah dipercayai dijangkiti kuman kencing tikus baru-baru ini.
Pelbagai teori tiba-tiba muncul apatah lagi Din jatuh sakit beberapa hari selepas dia menjalani penggambaran di Zoo Negara. Bagaimanapun, Din disahkan meninggal dunia akibat demam denggi berdarah.
Jangkitan kuman kencing tikus atau leptospirosis yang jarang berlaku itu dipercayai menular daripada haiwan kepada manusia dan kebiasaannya terjadi secara kebetulan.
Menurut Pakar Perunding Veterinar, Dr. Intan Suriati Abdul Manaf, leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira sp. yang sangat tipis dan berbentuk pilin seperti mata gerudi.
Bakteria Leptospira juga boleh hidup dalam air tawar selama sebulan malah ia juga boleh membiak di air masin.
170 anak
“Banyak haiwan yang boleh menjadi pembawa kepada bakteria Leptospira, tidak kira ia haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, lembu, babi, kuda, anjing dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.
“Bagaimanapun, tikus dikesan sebagai penyebar utama bakteria ini kerana kitaran hidupnya yang suka makan dan tinggal di tempat kotor (menjadi tempat bakteria Leptospira membiak).
“Iklim negara yang lembap menjadi faktor terbaik kepada pembiakan bakteria ini. Malah, pada suhu sederhana ia boleh hidup lebih lama,” katanya.
Tambah Intan, kitaran hidup tikus yang cepat membiak dan sukar dikawal membantu penyebaran bakteria dengan lebih meluas.
“Jangka hayat tikus betina adalah di antara dua dan tiga tahun tetapi ia sudah boleh bunting dan aktif seks hanya dalam tempoh enam minggu.
“Setiap kelahiran, tikus boleh melahirkan lima hingga tujuh ekor anak tikus. Tikus betina boleh bunting sebaik melahirkan anak,” kata Intan.
Secara purata, dalam kitaran hidup seekor tikus betina, ia boleh bunting sehingga 28 kali dan melahirkan sehingga 170 ekor anak.
Tikus gemarkan sampah dan air bertakung seperti di lorong belakang hotel terkemuka, kolong bawah tanah hinggalah ke petak sawah atau kandang kuda. Rumah yang dijaga rapi juga tidak terkecuali daripada menjadi sasaran makhluk perosak tersebut.
“Bakteria Leptospira akan tersebar melalui cecair yang dikeluarkan oleh tikus seperti air kencing, air liur, darah, air mani dan najis.
Rumput
“Malah, tikus betina yang bunting boleh memindahkan bakteria tersebut kepada anak dalam kandungannya.
“Bakteria daripada kencing tikus juga boleh tersebar melalui air atau tanah. Menyentuh pokok atau tanah lembap yang tercemar juga boleh memindahkan bakteria kepada manusia.
“Oleh sebab itu, saya mengesyorkan pemakaian sarung tangan sewaktu melakukan kerja-kerja berkebun dan basuh tangan menggunakan antiseptik,” kata Intan.
Menurut beliau, jangkitan terus bakteria Leptospira daripada tubuh tikus jarang dilaporkan sebaliknya terjadi apabila haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing meminum air dari lopak yang sudah dicemari dengan kencing tikus.
“Kebiasaannya kucing yang meminum air dari tempat bertakung yang telah dicemari kencing tikus berisiko tinggi untuk mendapat leptospirosis.
“Pemilik kucing yang membersihkan kucing dan tersentuh dengan kencing, air liur, tisu atau permukaan lembap lain juga akan terdedah kepada jangkitan ini,” ujarnya.
Gerudi
Simptom penyakit hanya akan muncul dalam masa empat hingga 12 hari selepas kuman atau bakteria Leptospira menjangkiti haiwan atau manusia.
“Lazimnya, bakteria ini boleh memasuki badan manusia melalui luka atau tisu lembut seperti dalam mulut, hidung atau mata. Jika kita pegang haiwan yang dijangkiti leptospirosis dan makan tanpa mencuci tangan, bakteria tersebut akan turut memasuki tubuh sebelum memasuki saluran darah.
“Bakteria ini akan menggerudi sel-sel dalam badan termasuk hati dan buah pinggang. Malah, dua organ tersebut adalah lokasi utama pembiakan bakteria ini.
“Akibatnya, sel-sel organ penting haiwan yang diserang bakteria ini akan rosak dan gagal berfungsi manakala pembuluh darah akan pecah sehingga membawa kepada kencing berdarah,” jelas Intan.
Dalam kes serius, leptospirosis boleh menyebabkan kematian. Tahap jangkitan berbeza antara individu atau haiwan mengikut daya ketahanan masing-masing.
“Sukar untuk mengenal pasti jangkitan ini pada peringkat awal kerana simptom yang ditunjukkan sangat umum.
“Pemeriksaan terperinci melibatkan ujian makmal, ujian darah, analisis air kencing dan beberapa ujian lain perlu dilakukan sebelum mengetahui ia berpunca daripada Leptospira,” ujarnya.
Kata Intan, simptom akan menjadi lebih serius apabila penyakit memasuki fasa kedua dan ketiga kerana ia boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang dan kerosakan hati.
“Apabila dijangkiti, biasanya bakteria Leptospira mengambil masa sekitar 10 hari untuk sampai ke organ penting sebelum menimbulkan gejala.
“Dalam tempoh ini, rawatan sewajarnya perlu diberikan untuk mengelak komplikasi tidak diingini,” kata Intan.
Seperti jangkitan bakteria lain, leptospirosis boleh dirawat dengan mengambil antibiotik seperti penisilin, streptomisin, eritromisin, tetrasiklin dan doksisiklin.
“Kos ujian mengenal pasti bakteria Leptospira tinggi sehingga menyebabkan kebanyakan pemilik haiwan yang dijangkiti kuman itu hanya mengambil rawatan berdasarkan simptom yang ditunjukkan haiwan peliharaan mereka.
“Untuk tujuan itu, antibiotik adalah pilihan utama namun ia tidak akan membunuh bakteria itu sepenuhnya sebaliknya hanya meredakan simptom jangkitan seperti demam panas, muntah, cirit-birit atau demam kuning.
“Malah selepas tiga bulan ia sihat secara klinikalnya, bakteria itu masih ada di tubuhnya,” jelasnya.

Thursday, September 23, 2010

Tips Dari Dr.Fadzilah Kamsah



Tatacara makan & minum
=====================

    * Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vit C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%. 

    * Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan. Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus ~ sbb air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama. 

    * Seelok2nya makan malam sblm maghrib ~ ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sbb, bagi yg tgh study (or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hrs slps makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja, jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dlm kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam). 

    * Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.

    * Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak ~ sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya. 

Tatacara di bilik air
=====================

    * Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh elak drpd dapat batu karang 

    * Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar. 

Tatacara didik anak
===================

    * Antara tips untuk dpt anak bijak/genius, ajar anak (atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sbb jantung (yg terletak sblh kiri) akan lebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently.

    * Bagi anak2 yg dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jgn) pakaikan baju warna orange ~ sbb warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant. 

Tatacara didik diri sendiri
===========================

    * Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, sst amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati. 

    * Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg -ve ~ emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kpd bbrp penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sblm waktunya), selalu sakit perut & etc 

Semoga bermanfaat!

Tuesday, September 21, 2010

Ginjal Bersih Dengan Daun Sup.


Tahun demi tahun ginjal kita menapis darah dan meyingkirkan garam, racun dan bahan yang tidak sepatutnya berada dalam badan kita. Dengan itu, garam dalam badan harus disingkirkan melalui rawatan pembersihan.
Bagaimana kita hendak melakukannya?
Ia amat mudah, mula-mula dapatkan sejambak daun sup@daun sadri atau nama saintifik  Apium graveolens L. Basuh dengan bersih.
Kemudian potong halus dan letakkan didalam periuk beserta air dan jerang selama 10minit. Kemudian biarkan sejuk selepas itu tapis dan simpan didalam bekas yang bersih. Simpan didalam peti sejuk . Minum segelas setiap hari dan segala garam dalam badan dapat disingkir dari ginjal melalui urinasi. Anda akan rasa perbezaan selepas anda mencuba petua ini. Daun sup adalah yang paling mujarab untuk membersihkan ginjal dengan efektif serta menjimatkan.dan ianya semulajadi.

Momok@I-City

  Pengunjung I-city yang dimomok oleh mahkluk yang tidak dikenalpasti kewujudannya disitu.



Monday, September 20, 2010

Teluk Intan Yang Aku Tinggalkan.


Aku dilahirkan di daerah ini dan membesar disini dan bekerja di tempat lain. Sudah hampir 7 tahun aku merantau di tempat lain untuk mencari rezeki, selepas habis sekolah aku mula ke ipoh, klang dan yang paling lama di rawang. Dalam masa itu, bermacam kerja yang aku lakukan dari pencuci kereta, penjaga stor, operator kilang kereta sampailah ke pelayan kedai makan.

Sekarang aku pun dah bekeluarga mempunyai seorang isteri dan anak lelaki. Dengan kerja yang aku lakukan sekarang, kehidupan yang serba sederhana membuat aku hepi. Kadang-kadang timbul satu soalan dari kawan-kawan, "ko tak nak mintak balik kampung ke?". Bagi aku memang tak rasa camtu. Sesetengah orang walau dimana dia berada, kehidupannya lebih bermakna kalau berada di kampung halaman sendiri. Tapi tidak bagi aku, kenape?. Aku sendiri pun tak pasti, mungkin satu masa nati aku akan kembali dari perantauan. Tak mustahil kan?.


Setelah sekian lama aku tinggalkan banyak perubahan yang berlaku secara drastik. Kawan-kawan pun kebanyakkan dah duduk jauh merantau, bila masa sesekali aku balik kampung takda lain kawan yang aku cari, si adie sorang yang ada. Biarlah hujan emas atau batu yang melanda, aku tetap disini.

Sunday, September 19, 2010

Cara yang lebih selamat menghapuskan lipas di rumah


Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak:
Memijak atau memukul lipas dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu. Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat jugak, pastikan tempat terbenyeknya lipas itu dibersihkan dan di-lap betul-betul dgn air dan sabun.

Membunuh lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan bottle yang ada kepala spray. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka. Dapatlah jimat duit sikit daripada dok memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect. Gunakan duit tu untuk bersedekah.
Memerangkap lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbok kopi atau koko dalam botol. Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar. Bila dah terperangkap, spay dgn air sabun.
Mengurangkan peluang lipas cari makan dan bertelur:
MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.
- Jangan biarkan sampah sarap di rumah.
- Selalu cuci bilik air.
- Sinki rumah perlu sentiasa bersih, di dalam, di bawah dan sekelilingnya
- Buang baju buruk, kasut buruk, buku buruk dan kertas buruk. Lipas suka makan kertas
- Seperti nasihat Nabi, makan perlu alas supaya makanan tidak bertaburan ke atas lantai.
- Seperti nasihat Nabi, makan biar beradab, iaitu sedang duduk. Kalau biar anak-anak makan nasi atau biskut atau cokelat merata-rata rumah sambil berjalan atau berlari atau berpindah-pindah, memanglah nak jemput lipas, kuman, cacing dan macam-macam lagi.
- 2 atau 3 minggu sekali, angkat pakaian keluar dari almari dan bersihkan dgn vacuum. Juga buat yang sama di dalam laci-laci di rumah.
- Jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu atau sangkut di sana-sini. Terus masukkan dalam bakul standby utk basuh. Lipas seronok bau peluh.
- Jangan simpan pasu bunga palsu atau bunga betul dalam rumah. Hiasi rumah tanpa kedua-dua ini.
Mengurangkan lebuhraya lipas
Tutup retakan atau rekahan di dinding atau di lantai atau tingkap dgn silicon atau kapur. Pastikan lubang saluran air kumbahan tertutup dgn grill yang rapat. Begitu juga di ceiling.
Jika lipas merangkak-rangkak dan berterbangan macam filem ngeri Omputih, maka terpaksalah menggunakan racun untuk mengurangkannya. Buat racun buatan sendiri yang tidak sebahaya spray insecticide baygon, ridsect dan sebagainya. Namun racun buatan sendiri ini tetap berbahaya, maka jauhkan daripada kanak-kanak.

Bahan-bahan untuk racun buatan sendiri:
- Satu bahagian serbuk borik acid ( ini yang pembuat mee kuning dok kasik kita makan tu walaupun dah diharamkan oleh kerajaan )
- Dua bahagian tepung gandum
- Satu bahagian koko
Gaulkan dan letak di di dalam kotak kertas yang kecil. Jangan terhidu tau. Sebelum start process, ikat sapu tangan atau singlet kat muka supaya hidung tertutup. Letakkan di tempat-tempat gelap seperti bawah kabinet dapur dan belakang almari dan sebagainya.
BASUH TANGAN ANDA !!!!!!!!
Bahan-bahan ini menarik perhatian lipas. Lipas makan dan suapkan pula pada anak-anaknya yang dok lepak dalam telur warna cokelat. Anak-anaknya akan mati dan tak sempat membesar dan membiak.
Semoga info ini membawa manfaat pada yang mempunyai masalah lipas.
~ by HAFIZ ANUAR BIN ABDULLAH

Info Ketuat


Kulit pisang dikatakan boleh digunakkan untuk membuang ketuat.

Anda ada ketuat??? Seumur hidup saya hanya pernah sekali ada ketuat pada bahagian siku. Untuk makluman ketuat bukan sebab lahir-lahir terus ada ketuat macam tanda lahir la pulak kan.
Ketuat sebenarnya bermula kerana virus menyerang pada kawasan yang diminati oleh virus bernama  Human Papilloma.
Seingat saya, ketuat yang menumpang manja pada siku saya ketika itu kerana luka pada siku ketika main futsal. Kemudian balik penat-penat tak basuh bahagian luka terus tidur.
Mungkin ini menyebabkan Human Papilloma mula hinggap pada kawasan luka tersebut. Pada asalnya nampak seperti kematu biasa tapi lama kelamaan dia makin sihat dari hari ke hari sejajar dengan “sihatnya” tubuh saya. Seronok beliau!!!
Info diberitahu kepada saya oleh en WIKI :
Ketuat sebenarnya ada 150 jenis semuanya dan digolongkan dalam beberapa keluarga.
  • Ketuat biasa
  • Ketuat kaki (Plantar warts)
  • Ketuat filiform (Filiform warts)
  • Ketuat planar
  • Ketuat kelamin Genital warts (AKU TAKDE KETUAT KAT SINI…SERIUS SUCI!!!! Jangan takut nak kahwin dengan aku!!!)
Kita teruskan dengan Cara Nak Buang Ketuat :
Menurut EN WIKI – terdapat beberapa cara nak buang ketuat ni
  1. Salap asid salisilik
  2. Terapi cryo
  3. Podophyllin
  4. Interferon & asid trichloracetic (TCA)
  5. Pembedahan membuang ketuat
Cara tradisional yang saya tak pernah uji atau buat eksperimen pada diri sendiri :
  • Bancuh abu ubat nyamuk dengan air. Sapukan pada ketuat setiap hari sehingga ianya hilang.
  • Sapukan sedikit kapur sirih pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan kering beberapa minit dan jangan dibersihkan. Biasanya ketuat ini akan tanggal dengan sendirinya tanpa rasa pedih dan meninggalkan parut.
  • Ketika memasak dan menggoreng ikan, celupkan lidi atau batang sate ke dalam minyak panas, kemudian titikkan pada ketuat tersebut. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat itu hilang.
  • Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya ke atas ketuat. Biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat hilang dan gugur sendiri.
  • Tumbuk lumat empat helai daun kesum kemudian campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan campuran ini pada ketuat.
  • Ikat sekeliling ketuat dengan benang jahitan pembedahan, ketatkan ikatan dan simpulkan. Darah tidak akan mengalir lagi ke bahagian yang dikat itu dan ia akan gugur sendiri selepas seminggu.
Saya punya cara???
Erm, mungkin cara ini secara tidak disengajakan sebab sebelum ini saya pernah ada ketuat jadi bila timbul ketuat pada siku belah kiri senang la pulak untuk dicapai dan dibelai-belai dengan tangan kanan.
Dah jadi tabiat hari-hari atau ada masa terluang saya membelai-belai ketuat tersebut. Maksud saya saya cabut sikit-sikit sampai la hilang.
Rupanya ketuat tersebut hanya hilang sementara waktu sahaja. Tak sangka dia punya kasih sayang pada siku saya terlalu kuat dan menampakkan ada usaha beliau untuk merujuk kembali selepas perceraian kami sebelum ini.
Hatiku Tertutup Rapi Untuk MU!!!
Saya cungkil buang skali dengan akar-akar ketuat tersebut. Tak sangka pula, darahnya banyak sekali dan lagi parah luka ketuat ni darahnya susah nak brenti. Jadi hati-hati untuk guna teknik ini. Tapi Berkesan!!! maka
SELAMAT TINGGAL DUNIA  KETUAT!!! – macam Azwan Ali pulak
CARA BUANG KETUAT 18 SG!!!
Ini yang pernah dilakukan oleh rumate saya dahulu. Dia potong guna pisau. Serius darah banyak giler keluar dan memang jenis susah nak brenti darah ketuat ini. Jangan La Buat!!!!
FAKTA!!!
Darah ketuat boleh berjangkit
Anda ada tips tersendiri untuk buang ketuat??? Jangan Malu-malu untuk berkongsi dengan kami dan pembaca blog ini yea!!!
Tapi kalau ada ketuat kelamin jangan la mengaku kat sini pulak yea…jatuh saham BLOG NI!!!
P/S : EN WIKI SMS tadi dia kata “Ketuat kelamin bewarna merah jambu atau keperangan dan boleh tumbuh di atas kemaluan, bibir faraj, kawasan dubur, dan kadang-kala pada faraj wanita” Aku takut nak reply mesej beliau!!!  By, Mazuki.

Saturday, September 18, 2010

Tanggungjawab Isteri Pada Suami, Syurga

(  untuk    renungan    diri    sendiri    serta     sahabat2    kita   "yang   bergelar   isteri "  ,  Sebelum jadi balu atau janda, elok aku bagi nasihat buat semua pengantin perempuan di luar sana )
Memiliki suami idaman, adalah impian semua wanita di dunia ini, lalu muncul semangat yang membara untuk menjadi isteri yang terbaik buat suami tercinta, tapi malangnya di tengah jalan kehidupan berumatangga, mata tiba tiba dah tak tertahan dengan debu yang menerpa ketika menyapu rumah, atau hati sedih melihat tangan yang menjadi kasar dan keras setelah bergelumang di antara kotoran pakaian dan sabun pencuci..
Di dapur pula masih banyak pinggan mangkuk yang belum di cuci, periuk kuali yang belum di gosok, dan gelas cawan yang masih berbaki air minuman, mula di naikki semut dan serangga..
Lafaz menjadi lelah mengenangkan kain baju yang masih terendam belum di cuci, yang sudah dicuci pula belum dijemurkan, dan yang sudah di jemur pada ampaian masih belum di angkat untuk di asingkan.., masih belum bergosok dan masih belum berlipat…
Anak anak pula cepat kotorkan diri, juga cepat laparkan diri lalu kencing serta berak merata rata..
Kemudian datang tetamu ketika rumah masih berselerak, kain baju dan pinggang mangkuk yang bertabur taburan seperti pasir di tepian pantai..Oh! apa yang aku nak masak malam ini?
Nanti petang suami pulang, ingin melihat rumah bersih dan kemas, ingin makan masakan sama rasa seperti masakan ibunya, ingin berehat menonton TV, sambil memesan makanan segera dan minuman panas seperti berada di restoran lagaknya..
Lalu menangislah wanita itu mengenangkan kehidupannya yang menyedihkan, beban kerja bertambah banyak tapi suami tak tolongpun, anak pula berak tapi suami tak ingin nak basuh, lalu hujan turun lantas suami terus tertidur membiarkan kain baju basah di jemuran..
Sebelum tidur suami berpesan, pakaian ke pejabat mesti disiapkan sebelum subuh, mesti bergosok dan stokin harus berbau wangi…
Dan di malam hari pula, masih ada kerja dari suami kepada isteri, yang mana isteri dibogelkan suami lalu dintindih sepanjang malam…
Ok, cukup sampai situ.
Persoalannya?, setelah korang para isteri buat semua perkara di atas, bersusah susah dari awal kahwin hingga hari ini, tapi kenapa suami masih tak bahagia hidup bersama korang?, sehingga sanggup marah korang, tengking korang, pukul korang, dan akhirnya ceraikan korang?
Kenapa?
Ok, sebelum tu, biar aku cerita pada korang akan apa peranan sebenar isteri pada suami secara batiniah, sebab korang dalam bab lahirian, semua dah tahu, semua dah pandai masak, kemas rumah, dan basuh kain baju, tapi dalam hati ada sifat yang tak betul seperti perasan diperlukan, perasan bagus, perasan di salahkan, perasan dibebankan dan sebagainya yang buat suami rasa tak best duduk sebumbung dengan korang lalu sanggup marah dan tengking korang, dan sanggup melihat korang menderita… isk…
Sebanarnya, ibu ibu dan puan puan sekalian, senang cerita, terdapat tiga jenis isteri,
Pertama adalah jenis yang derhaka pada suami, kedua yang Nampak taat tapi dalam hati derhaka dan yang ketiga adalah opposite pada dua golongan tadi, tidak derhaka pada suami sama ada secara batin atau zahir, dan dah tentu golongan yang ketiga akan masuk shurha, dan golongan kedua masih boleh di selamatkan dan golongan yang pertama eloklah belajar tentang kehidupan neraka supaya tidak janggal apabila tiba di sana kelak..
Kenapa jadi macam tu?
Begini ceritanya,
Korang tahu tak bahawa seorang anak itu tak boleh meninggikan suara pada ibunya, walaupun hanya berkata “Oh” sekalipun kerana shurga itu ada di bawah tapak kaki ibu.., dan dalam kitab ada menceritakan kisah anak yang soleh yang mana walaupun ibu bapanya derhaka pada Allah tapi mereka tetap melayani dengan baik sehingga Allah menaikkan darjat si anak tadi..
Moral cerita adalah kita tidak boleh marah atau tinggikan suara pada mak sampai bila bilapun kerana itu adalah perbuatan derhaka yang boleh membawa ke neraka..,
Bagaimana jika mak kita buat silap? Tak solat atau tak nak tutup aurat atau suka pakai barang kemas melampau lampau, apa kita perlu buat?
Tetap kita tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada mak kita sampai bila bilapun kerana orang itu adalah mak kita, maka kita hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, tunaikan hak sebagai anak dan serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu kita wajiblah berdoa agar ibu kita dapat membetulkan kesilapan mereka.., faham?
Kita tak boleh merajuk dengan mak kerana dosa mereka, hak kita sebagai anak tetap kena tunaikan, jaga makan minum mereka, tunaikan keperluan mereka walaupun mereka hidup derhaka pada Allah!
Kerana mereka adalah ibu kita dan shurga kita ada dalam ketaatan kita pada mereka tak kira siapa mereka dan dosa mereka..
Ok, bab ibu dan anak semua dah faham..
Tapi ramai perempuan tak faham bahawa shurga mereka ada pada suami mereka!
Korang tahu tak bahawa seorang isteri itu tak boleh meninggikan suara pada suaminya, walaupun hanya berkata “Oh” sekalipun kerana shurga itu ada di bawah tapak kaki suami?.., dan dalam kitab ada menceritakan kisah isteri yang solehah yang mana walaupun suaminya derhaka pada Allah tapi mereka tetap melayani dengan baik sehingga Allah menaikkan darjat si isteri tadi..,
Moral cerita adalah kita tidak boleh marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana itu adalah perbuatan derhaka yang boleh membawa ke neraka..,
Bagaimana jika suami kita buat silap? Tak solat atau kahwin dengan perempuan lain, apa kita perlu buat?
Tetap kita tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana orang itu adalah suami kita selagi mereka tidak ceraikan kita, maka kita hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, tunaikan hak sebagai isteri dan serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu kita wajiblah berdoa agar suami kita dapat membetulkan kesilapan mereka..,
Kita tak boleh merajuk dengan suami kerana dosa mereka, hak korang sebagai isteri tetap kena tunaikan, jaga makan minum mereka, tunaikan keperluan mereka walaupun mereka hidup derhaka pada Allah! walaupun suami korang mengaku tuhan macam Firaun,, tapi isteri firaun tetap masuk shurga kerana hak isteri adalah khidmat pada suami, faham?
Kerana mereka adalah suami korang dan shurga korang ada dalam ketaatan korang pada mereka tak kira siapa mereka dan dosa mereka..
Sesungguhnya, Isteri yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, maka semua ikan-ikan di laut, burungdi udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanyaberistighfar baginya dan Allah SWT mengizinkannya memasuki surga dari pintu mana saja yang korang kehendaki, apa lagi nak di kata?
Tapi aku tengok zaman sekarang, ramai perempuan yang selamba jer marah marah kat suami, siap tinggi suara lagi sehingga aku yang duduk sebelah rumahpun boleh dengar.., lepas tu berleter kat suami macam ibu yang berleter pada anaknya, tapi suami diam sahaja sebab takut kat bini, apa punya dayus ntah? Kenapa tak tempeleng sahaja perempuan yang mulut leser tu! Selamatkan mereka dari lidahnya di gunting dengan api neraka!
Aku tahu korang dah banyak servis kat suami dan anak anak, dah penat, dah masak, kemas rumah, dan basuh kain baju tapi kenapa nak cakap tengking tengking dengan suami jika suami buat silap?, ingat suami ni anjing ke nak kena salak hari hari.., cuba korang takut sikit kat tuhan, sekali korang mati tanpa keredhaan suami, tak cium bau shurga ler nampaknya.., oh..
Cuba korang cakap pelan pelan dengan suami, dan jika mereka buat salah dan dosa, korang tetap tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana orang itu adalah suami korang selagi mereka tidak ceraikan korang, maka korang hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, menasihat sambil menangispun takpe, dan tunaikan hak sebagai isteri lalu serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu korang wajiblah berdoa agar suami korang dapat membetulkan kesilapan mereka..,
Ini tidak, suami lepak minum teh tarik dengan kawan sepejabat korang berleter, suami tengok bola korang membebel, suami tidur kat ruang tamu tak tolong korang kat dapur korang menyalak macam anjing, lepas tu berangan nak dapat keluarga bahagaia konon, sedang suami hati tertekan tapi sebab lelaki jenis yang tak suka berkongsi masalah, maka korang teruskan membebel hari hari, sedar tak sedar, suami dah kahwin lain baru nak terhegeh hegeh mintak maaf dan bertanya, apa dosa saya bang?
Dosa kau adalah bercakap dengan nada tinggi kat suami!
Dah pergi mintak maaf dekat suami masing masing..Tak payahlah korang nak komplen suami korang pemalas, duduk rumah hari minggu pakai baju cantik-cantik tapi melepak depan TV sambil up date DVD movie.., lepas tu baca surat khabar, ataupun tidur, sedangkan apa salahnya tolong saya masak dan basuh baju?
Oii!! orang perempuan, masa suami korang bujang dulu, dialah kaki lepak dekat luar, mat rempit, kaki wayang, kaki pancing, kaki impak maksima, kaki bola dan sebagainya..
Bila dah kahwin dengan korang, kenalah duduk rumah jaga korang, jaga keselamatan korang, korang nampak jer mereka terbongkang depan TV atau lepak baca akhbar, tapi mereka sebenarnya sedang mengawasi keselamatan rumah tangga, tak percaya cuba korang buat-buat pengsan kat dapur, dah tentu suami korang dengan risaunya hantar korang ke klinik.., serius!
Ini bermakna , korang kena syukur bila suami lepak tak buat apa-apa kat rumah, korang nak mereka pergi mancing atau lepak dengan kawan-kawan kat kedai awek siam pekena tom yam sampai jam 3 pagi? Korang nak mereka pergi karaoke di kelab dandut? Tahu tak nak! Habis tu bila mereka lepak kat rumah, boleh pulak korang membebel macam syaitan!
Sebenarnya duduk di rumah adalah satu mujahadah bagi suami yang banyak kawan-kawan, jadi kurangkan penderitaan mereka dengan biarkan mereka dapat berehat dengan selesa, upah mereka dengan teh tarik dan keropok goreng.., urut belakang suami , dan sesekali gunakan cakar harimau, apa salahnya?,
Korang tahu tak? Antara ciri rumahntangga bahagia, suami lebih suka lepak di rumah bersama isteri berbanding lepak bersama kawan-kawan bujang, atau lepak sorang diri di tepi kolam memancing.. , biar mereka lepak kat rumah tak buat kerja, kerana lepaknya suami dirumah adalah tanda rumatangga bahagia, tau takpe!
Jadi, mulai hari ini, jangan sesekali meninggikan suara pada suami, kerana mereka adalah jalan anda ke shurga.., boleh InsyAllah?
Ok, habis satu bab, aku nak pergi kepada satu bab lagi yang lebeh penting dalam menceritakan bab derhaka secara batin ini..
Begini ceritanya…
Kebanyakkan perempuan memang cukup bagus dalam member khidmat pada suami dan anak-anak, rumah kemas, masakan sedap, kain baju berlipat cantik serta bergosok kemas, anak anak pula kelihatan bersih dan dapur serta bilik air sentiasa berkilat menyilaukan pandangan mata…
Tapi dalam hati ada benda tak baik.. Iaitu member khidmat dengan sangkaan bahawa suami berhajat padanya..
Sedangkan seorang isteri itu patut memberi khidmat dengan sangkaan bahawa dia yang berhajat pada suaminya, bukan suami berhajat padanya!
Nampak macam takde beza, tapi hasil berkhidmat di sepanjang perkahwinan akan dapat dinilai apabila suami rasa tak best dengan korang sebab korang dalam member khidmat, ada sangkaan bahawa suami berhajat pada korang, tak ke hampeh?
Kenapa jadi macam tu?
Begini ceritanya…
Seorang perempuan, yang member khidmat dengan sangkaan bahawa suami berhajat padanya.. apabila suami tegur sedikit tentang layanan yang kurang memuaskan, mulalah melenting?, apa abang ingat saya ni orang gaji ke? Abang ingat saya tak letih kerja kat pejabat? Abang ingat abang tu anak Raja? Ops, mungkin korang tak cakap macam tu kat suami, tapi dalam hati berkecamuk dengan perasaan macam tu, itu yang di katakan derhaka dalam hati…, dan hasilnya, korang akan buat kerja dengan tak ikhlas sebab hati bengang kerana suami asyik komplen tentang mutu servis korang yang memang teruk!
Masak tomyan rasa macam air panas bergaram, baik Abang makan Mee gee tomyam!
Jadi nak buat macam mana?
Maka korang kenalah memberi khidmat dengan sangkaan bahawa korang yang berhajat pada suami, bukan suami berhajat pada korang, yang mana seorang perempuan, yang member khidmat dengan sangkaan bahawa dia yang berhajat pada suaminya.. apabila suami tegur sedikit tentang layanan yang kurang memuaskan, maka dia yang akan minta maaf, tersenyum dan membaiki kesalahan dengan serta merta, yang lebih bagus lagi, kisah seorang wanita yang pertama sekali masuk shurga, yang mana di waktu hidupnya, apabila suami pulang, di hulurnya rotan supaya suami pukul jika ada mana mana servis yang tak memuaskan!
Tapi korang tak perlulah kena hulur rotan.., cukup dalam hati timbul perasaan memberi khidmat dengan sangkaan bahawa korang yang berhajat pada suami, kerana wanita itu mulia dan mencapai darjat yang tinggi di shurha adalah melalui amalan berkhidmat, dan korang dapat member khidmat kerana korang ada suami, tanpa suami korang tak dapat nak khidmat, maka koranglah yang berhajat pada suami dalam member khidmat yang seterusnya akan menaikkan darjat korang di Akhirat! subhaAllah!
Dan bagi yang tak tahu, sudah banyak hadith yang cerita tentang kelebihan khidmat, Antaranya,
Apabila seorang suami pulang kerumah dalam keadaan letih dan isterinya melayani dengan baik maka mendapat pahala jihad.
Seorang isteri yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak lena karena menjaga anak/suami yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba sahaya.
Lepas tu pulak, Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang, maka akan Allah pandang mereka dengan penuh rahmat.
Kemudian, Isteri yang menyapu lantai dengan berzikir pula akan mendapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
Lagi? Isteri yang memicit kepala suaminya tanpa disuruh baginya pahala 7 ketul emas, kalau di suruh?dapat pahala 7 ketul perak.
Nak lagi? isteri yang berkhidmat tanpa derhaka dalam hati, mendapat pahala seperti solat selama 12 tahun, lepas tu, isteri yang menjaga solat di awal waktu, puasa ganti cepat cepat, dan taat pada suami, maka Allah SWT mengizinkannya memasuki shurga dari pintu mana saja yang korang suka..
Tak cukup lagi? Korang masak lalu terkena bahang akan di jauhkan api nereka, jemur baju maka matahari akan berdoa keampunan dan akhir sekali korang akan masuk surga 500 tahun lebih awal dari suami dan menjadi ketua bidadari bla bla bla bla.. (panjang nak cerita)
Ok, cukup sampai sini.., moralnya adalah:
Berkhidmatlah pada suami dengan sangkaan yang betul iaitu korang yang berhajat pada suami, bukan suami berhajat pada korang, kerana wanita itu mulia dan mencapai darjat yang tinggi di shurga adalah melalui amalan berkhidmat, dan korang dapat member khidmat kerana korang ada suami, tanpa suami korang tak dapat nak khidmat, maka koranglah yang berhajat pada suami dalam member khidmat yang seterusnya akan menaikkan darjat korang di Akhirat! subhaAllah!
Kadang kadang cuba korang fikir, apa bezanya korang wanita Malaysia?, berbanding dengan wanita di Negara miskin seperti Bangaladesh, Kemboja, Burma, Pakistan dan lain lain pendalaman di Negara ketiga..
Mereka hidup dalam keadaan letrik tak ada, air kena ambik dari telaga, baju kena basuh dekat sungai, susu kena perah dari tetek lembu, masak roti guna tahik lembu sebagai bahan bakar, tepung kena tumbuk dengan batu.., tidur hanya di atas tanah dan rumah di buat dari tanah liat, dan mereka hidup sepeti ‘hamba’ kepada suami masing masing, lepas tu jika silap mereka akan di rotan, dan malam hari masih ada kerja dari suami kepada isteri, yang mana isteri dibogelkan suami lalu dintindih sepanjang malam…, rumah tiada Astro, DVD, atau kalkulator..,
Cuba korang fikir lagi, kenapa mereka di lahirkan di sana sebagai wanita yang hidup dalam Negara miskin? sedang korang rakyat Malaysia hidup mewah, air keluar dari kepala pair siap dengan penapis lagi, mesin basuh automatic, dapur ada blower, berhabuk sikit boleh vacuum, atas kepala ada kipas dan air cond, TV ada remote, tidur atas tilam empuk, duduk dalam rumah batu, ada internet dan boleh baca blog supervain hari hari..
Bersyukurlah jadi wanita Malaysia dan bersyukurlah dapat berkhidmat pada suami dalam Negara yang aman ini.., Allah dah takdirkan korang jadi wanita di Malaysia, kenapa nak bersedih lagi?
Bersyukurlah!
Sesungguhnya, isteri yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah semua pintu-
pintu neraka dan terbukalah pintu-pintu syurga. Maka masuklah korang dari mana-mana
pintu yang korang kehendaki tanpa dihisab…
Nikmat mana lagi yang korang dustakan?
Sekian…

di petik      dari   : (     http://supervain.com/2010/08/23/tanggungjawab-isteri-pada-suami-syurga/         )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...