Sunday, April 24, 2011

R u t i n . B o m b a . Y a n g . O r a n g . T a k . T a h u

Kerja sebagai anggota bomba bukan sekadar memadam kebakaran, menangkap binatang buas dan berbisa atau membantu dalam khidmat kemanusian. Ia lebih tertumpu pada semua aspek, lebih tepatnyer kemahiran yang pelbagai, itu termasuklah dengan beberapa perkara rutin dan remeh yang perlu dilakukan.


Ada sesetengah orang beranggapan kerja sebagai anggota bomba nie bersenang lenang, makan tidur dan sewaktu dengannyer. Tapi pada hakikat sebenarnyer bukan itu yang semua anggota bomba rasakan. Sepanjang waktu berkerja 12jam@24jam pelbagai perkara harus dilakukan bukan sekadar menunggu berlaku kebakaran atau khidmat khas. Selain itu aktiviti yang harus dilakukan seperti pemeriksaan pili bomba, pra-rancang kebakaran dipremis atau bangunan sekitar kawasan jagaan, demostrasi penggunaan alat pemadam api, program kesedaran kebakaran dan macam-macam lagi program berkaitan dengan bomba nie, itu tak termasuk program berkhatan,kadet sekolah dan aktiviti gotong-royong kawasan setempat.



Apabila bersedia dibalai lain pulak aktivitinyer, yang nie memang ramai orang tak tahu. Balai bomba nie ibarat rumah sendiri, jadi semua kerja kena lakukan sendiri. Seorang anggota bomba boleh jadi seorang telefonis, pengawal keselamatan, cleaner, tukang kebun, tukang masak, pendek kate semua kerja berkaitanlah. Jadi petugas bilik awasan, duduk didalam satu bilik disediakan kerjanyer jawab telefon, menyampaikan maklumat  dan menerima panggilan kecemasan. Kalau cleaner pulak nie wajiblah sebab kawasan sekeliling termasuk tandas kena dalam keadaan bersih, jadi bersihkan sama-sama, makcik cleaner kat balai memang takda bukan macam pejabat atau pusat beli belah.







Landskap balai pun kena jaga, jadi mesin rumput, meracun pun tugas seorang anggota bomba. Setiap balai mana ada disediakan tukang kebun jadi anggotanyer merangkap tukang kebun, jadi kalau ada orang yang kata anggota bomba nie takda kerja selain makan tidur dibalai, saye sangkal sama sekali. Aktiviti dibalai sentiasa ada mengikut jadual yang ditetapkan setiap kali waktu bertugas.



 

Tukang masak a.k.a Chef handalan, nie salah satu tugas seorang anggota bomba. Kalau nak makan, bila tak bawak bekal dari rumah atau beli dari luar jawabnyer kena masak sendiri. Bila ada operasi bolehlah beli makanan kat luar. Kat Balai biasanyer disediakan dapur untuk memasak. Sedap atau tak itu belakang kira janji perut berisi.

Saye salah seorang anggota bomba. Saye seronok dengan kerja saye sekarang. Rutin dibalai memang sama setiap kali tapi pengalaman operasi akan berbeza-beza setiap kali. Itu yang membuatkan saye seronok, ada masa mencabar, dihina dan dipuji.

2 comments:

Ilham said...

Tahniah usaha dengan makluman sebegini kepada awam...

Pirdaus said...

terima kasih... sekadar memberitahu kepada yg xtahu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...