Thursday, May 19, 2011

K o l e k s i . L a w a k . P e n d e k . A J O I


1. Kucing Ajoi
Satu hari Sumardi datang ke rumah Ajoi melihat Ajoi bermain dengan kucingnya.
Sumardi: Hmm cantik kucing, kucing ko ker tu?
Ajoi: Yup
Sumardi: Siapa nama kucing ko?
Ajoi: Puteri Intan Manja Siti Nur Kaseh
Sumardi: Peh! panjangnya nama! Abis ko panggil dia aper?
Ajoi: Meow!

2. Ajoi Pergi Temuduga
Suatu hari Ajoi memohon kerja di sebuah syarikat terkenal.
Terjadi lah dialog antara dia dan penemuduga
Pengurus HR : Jika saudara di terima kerja di syarikat ini,berapa gaji yang saudara mahu?
Ajoi : Saya ingin gaji dalam US dollar saja,Encik….tidak terlalu tinggi,10,000 USD saja dah cukup.
Pengurus HR : boleh juga,sesuai dengan jawatan yang saudara pohon..ehm,,bagaimana kalau syarikat menawarkan lebih banyak lagi..
-kami sediakan kereta Mercedes bersama pemandu,
-rumah dengan kolam renang,
-hiburan setiap hujung minggu ke luar negara,
-cuti 12 hari setiap akhir tahun di tambah lagi dengan bonus 12 kali gaji?
Ajoi : Jangan la bergurau encik..
Pengurus HR : La…kan awak dulu yang mengajak saya bergurau

3. Anak Ajoi
Anak Ajoi baru 5 tahun dan belajar di sebuah taska. Balik ke rumah, Ajoi menginterview anaknya
Ajoi: Hari belajar aper dik?
Anak Ajoi: Belajar menulis
Ajoi: Wah, belajar menulis aper tu?
Anak Ajoi: Entahlah.. saya tak tahu membaca.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...