Friday, May 27, 2011

S k u a d . B e r a n i . M a t i . F u k u s h i m a . D a i - c h i


Skuad berani mati Fukushima Dai-Ichi. Sekumpulan dari 180 orang pesara yang memanggil diri mereka "Kor Veteran Terlatih" (Skilled Vaterans Corp) hari ini secara sukarela menawarkan diri mereka untuk bekerja didalam reaktor nuklear Fukushima bagi membantu menamatkan krisis yang sedang berlaku. Loji Nuklear Fukushima masih lagi rosak dan tidak selamat selepas Tsunami bulan Mac yang lalu.

180 warga tua ini berumur diantara 58 hingga 72 tahun. Mereka terdiri daripada bekas jurutera awam dan jurutera nuklear. Mereka merasakan mereka sudah hidup lama didunia dan sanggup mengorbankan nyawa mereka bagi menyelamatkan nyawa golongan muda dan masa depan Jepun.


Jurucakap Kor Veteran Terlatih ,Encik Yasuteru Yamada (72) mengatakan mereka tergerak untuk menjadi sukarelawan berani mati setelah mendengar laporan berita beberapa pekerja muda di Fukushima bakal mati kerana terdedah kepada aras radiasi yang merbahaya. Menurut beliau lagi;

"Kami sudah cukup lama tinggal di dunia ini. Kebanyakkan diantara kami sebenarnya bertanggungjawab secara langgung maupun tidak langsung kepada terbinanya loji ini. Saya rasa adalah tidak adil kami menyerahkan tugas membaik pulih masalah Fukushima ini kepada orang muda. Lagipun Jepun perlukan orang muda untuk membina semula dari kemusnahan"

Respek kepada encik Yasuteru..... Ini namanya honour dan tanggung jawab. Mereka rasakan generasi mereka yang bersalah kerana mahukan tenaga nuklear. Is there anything more that the Japanese can do to make me respect them more? Seriously these 180 retired MEN and WOMEN are heroes to me. Arigato Goazimas Skilled Vaterans Corp. Banzai Nihon.


Posted@blogserius

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...