Sunday, May 22, 2011

T r a g e d i . T a n a h . R u n t u h . D i . R u m a h . A n a k . Y a t i m . A l - T a k w a


Kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa di Batu 14, Hulu Langat petang semalam (21.5.11) sangat menyedihkan. Marilah kita sedekahkan Alfatihah kepada anak-anak yatim tersebut.
Kanak-kanak tersebut sedang berlatih nasyid dan kompang kerana membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah hari dan beramah mesra dengan anak yatim semasa kejadian berlaku. Sehingga pukul 12 malam ini seramai 10 orang disahkan meninggal dunia, 5 orang cedera dan 6 orang mangsa sedang dicari kerana tertimbus di alam runtuhan akibat tanah runtuh tersebut.
Gambar-gambar kejadian tanah runtuh Rumah Anak Yatim Al-Taqwa - Sumber Berita Harian.
rumah anak yatim runtuh Al-Taqwa
rumah anak yatim runtuh Al-Taqwa
Kebetulan saya baru mendapat email dari blalang_groups@yahoogroup untuk dikongsi.
“Apabila mati anak adam maka akan terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu:
1.Sedekah jariahnya
2.Anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya
3.Ilmu yang dimanfaatkan olehnya
Alhamdulillah tuan/puan telah dikurniakan anak-anak yg soleh yang pasti akan mendoakan ibubapanya dan…
Pastinya tuan /puan juga akan meninggalkan ilmu yang di menfaatkan…
Namun jika ditambah lagi bekalan tuan/puan untuk menuju hari akhirat dengan sedekah jariah,alangkah baiknya
Kerana pahala ibadah ini akan berkekalan hingga hari qiamat…
Insya’Allah ! Kerana itulah janji-janjiNya…
“… Jom bersama-sama kita menghulurkan sekurang-kurangnya RM1 kepada setiap satu rumah di bawah ini setiap kali kita mendapat gaji atau apa-apa rezeki yang dikurniakan… Niatkan hanya kerana Allah…”
Maybank : 508225215570 – Pusat Anak Yatim Nurul Iman
Maybank : 512017014255 – Laman Asnaf Permata Hatiku
Maybank : 512183134032 – Rumah Kasih Harmoni
Maybank : 564306010030 – Khidmat Nurhikmah
Maybank : 562647201075 – Anak Yatim Miskin Al Munirah
Setakat list di atas baru sahaja RM5 sebulan. Kalau nak lebih lagi boleh klik banner di tepi blog isuhangat ini iaitu blog direktori anak yatim. Apa yang paling penting ialah niat yang ikhlas kerana Allah.
Al-Fudhail berkata, “Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya’, Mengerjakan amal kerana manusia adalah syirik. Sedangkan ikhlas ialah jika Allah memberikan anugerah kepadamu untuk meninggalkan keduanya.”
Al-Junaid berkata, “Ikhlas merupakan rahasia antara Allah dan hamba, yang tidak diketahui kecuali oleh malaikat sehingga dia menulis-nya, tidak diketahui syitan sehingga dia merosaknya dan tidak pula diketahui hawa nafsu sehingga dia mencondongkannya.”
Yusuf bin Al-Husain berkata. “Sesuatu yang paling mulia di dunia adalah ikhlas. Berapa banyak aku mengenyahkan riya’ dari hatiku, tapi seakan-akan ia tumbuh dalam rupa yang lain.”
Share dengan kawan-kawan anda, tak perlu minta izin untuk share.
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...