Tuesday, August 16, 2011

C i t e r . P a s a l . K e k e l u a r g a a n


Hari nie saye menghadiri perhimpunan bulanan jabatan2 kerajaan negeri selangor di bangunan S.U.K. Shah alam. Dalam masa tu jugak ada pelancaran kibar jalur gemilang. Seawal pukul 7 pagi lagi saye dah menapak di sana untuk memeriahkan acara tersebut + dengan rase ngantuk tak terbendung saye redah jua.

Ape yang saye nak cerita kali nie pasal amanat MB selangor kepada semua hadirin yang menarik perhatian saye untuk mendengarnye. Beliau mengatakan kenape terjadinya rusuhan di England, puncanya masalah kekeluargaan. Kenape masalah keluarga boleh jadi rusuhan plak? kalau fikir dalam2 memang ada betul fakta tu. Dikebanyakkan negara maju sebuah institusi kekeluargaan tidak begitu penting ada yang terabai, dilupakan, dan tidak dihiraukan. Bila anak2 yang perlukan kasih sayang dan bimbingan dari keluarganye tetapi tidak dihiraukan kepada siapa agaknyer mereka nie nak bergantung dan mengadu nasib. Pabila keluarga yang sibuk dengan urusan masing2 tanpa mempedulikan hal dirumah ape jadi pada anak2 yang berada dirumah? Rasenyer tak salah anak2 kita kalau mereka nie tiba2 memberontak dengan melakukan rusuhan dengan merosakkan harta benda, membakar dan mencuri yang mungkin bukan satu kebiasaan pada mereka. Jadi hal sedemikian sepatutnyer menjadi pengajaran berguna pada kita semua yang betapa pentingnyer keluarga. Keluarga bukan cuma dirumah malah ditempat kerja dan komuniti kita jugak. Semangat kekeluargaan memang patut diterap pada semua sebelum ia luput dalam masyarakat kita sendiri.
Itulah serba sikit antara amanat yang disampaikan untuk jadi renungan dan amalan kita bersama.

Masih lagi cerita pasal keluarga tapi kali nie di jepun plak. menurut laporan weirdasianews.com seorang bapa membiarkan anaknya yang berusia  2 tahun 10 bulan mati kelaparan akibat bapanyer lebih pentingkan seekor kucing daripada memberi anaknya makan, kenape hal nie boleh terjadi? canggih sungguh pemikiran bapa tu bila melakukan perkara tersebut. Dibiarkan mencari makanan sendiri dengan memakan apa saja yang boleh dicapai anak tersebut seperti cebisan lampin, najis kucing, plastik dan kertas menjadi hidangan anak malang tersebut. Saye sendiri merasakan itu perbuatan yang sangat kejam kepada seorang anak yang sepatutnyer mendapat pelindung dan jagaan dari seorang bapa.

Saye harap perkara tersebut tak akan terjadi dinegara kita, saye nak berpesan pada diri sendiri dan kawan supaya tidak lupa siapa kita didunia nie, pentingnyer keluarga dalam kehidupan. Cuba bayangkan kita hidup sendiri tanpa sesiapa didunia nie, apa nak jadi agaknyer? fikir la same2 yer.

Thursday, August 11, 2011

M a s a k . S e n d i r i . V S . B e l i . D i . B a z a r


Bulan puasa kali nie saye agak tak bernafsu untuk makan bermacam jenis juadah. Kali nie saye lebih gemar nak memasak sendiri juadah untuk berbuka puasa. Bila berkerja shif siang pun ke bazar ramadhan cuma beli satu jenis makanan pastu air buat sendiri kat balai, kalau tak air jagung, air teh tarik tulah menu wajib bila berbuka. Tak macam dulu2 nampak sedap je beli makan tak seberapa pun.

Hari tu da tertengok rancangan masakan "ketuk-ketuk ramadhan" kat tv1, kena plak dia masak lala sweet sour dalam hati terus rase nak cuba buat masakan tu. Cari lala kat pasar basah presint8 takda plak, nak pegi pasar borong terasa malas jadi tangguh dulu nak masak lala sweet sour tu beli ikan tongkol putih buat masak kicap je, tu pun dah buat saye berselera untuk menjamu selera waktu berbuka. Senang nak masak pastu sedap kena plak air tangan sendiri yang masak.

Bila ke bazar ramadhan saye bukan nak membeli sangat, pusing dua tiga kali kat bazar sampai penjaja panggil abg bomba mari la beli kat sini. Nak cuci mata pun bukan gak kena jaga mata kalau tak penat je puasa sampai ke petang.huhu.... singgah ke bazar nie nak cari ilham untuk masakan saye yang seterusnye, beli nasi dagang teringat nak wat nasi dagang, bila tengok resipi kat tenet agak remeh rupanyer nak wat nasi dagang jadi tu pun tangguh jugak. At last kelmarin saye masak pajeri terung je, 1st time cuba masak pajeri ingat nak masak pajeri nenas tapi isteri tak makan nenas jadi tukar pada terung. Masak pajeri takda la susah sangat, nasib baik jadi cuma terlebih santan jadi kuah pekat sikit.hehe...

Seronok la masak sendiri, nak kata jimat tu tak jugak tapi rasa kepuasan makanan yang kita masak tu lebih sikit dari kita membeli dibazar atau mana2. kalau tak sedap pun jadi sedap, haha....

Wednesday, August 10, 2011

B i l a . T e r j a d i n y a . R u s u h a n

Betapa dashyat bila saye saksikan di internet dan televisyen bila berlaku rusuhan akibat kematian seorang lelaki yang tidak bersenjata ditembak oleh pihak polis lalu menyebabkan kemarahan masyarakat sekitar tottenham di utara london. Sekarang nie rusuhan dah pun merebak ke Birmingham, Bristol, Nottingham, Liverpool dan Leeds.


Waktu nie yang berkerja bertungkus lumus pasti pihak polis dan bomba. Talian kecemasan 999 menerima 20, 800 panggilan kecemasan akibat rusuhan itu serta 525 orang ditahan pihak polis dan 100 orang akan didakwa kerana mencetuskan rusuhan. Kos untuk pembersihan kawasan rusuhan mencecah jutaan pound. Kite semua dapat bayangkan betapa dashyatnya bila berlaku bencana nie akibat perbuatan dikalangan masyarat itu sendiri, saye sendiri yang bertugas sebagai anggota bomba tak dapat membayangkan apabila terjadi kebakaran di merata kawasan, terpaksa berkerja keras untuk memadam kebakaran tersebut. Syukur alhamdulillah perkara tersebut tak terjadi di negara kita, paling hebat pun cuma rusuhan yang tak melibatkan kerosakkan harta benda yang major. Mungkin akta ISA yang menjadi penyelamat keadaan di negara kita.


Pada pendapat saye, kalau ada yang rasa tak puas hati atau marah luahkan pada saluran yang betul dan tidak melanggar undang2. Lagipun kita yang majoriti beragama islam nie kena la berpegang teguh pada agama yang kita anuti, jangan sampai melakukan perkara yang melampau dan agak ekstrimis.













Gambar dari@Dailymail.co.uk

Tuesday, August 9, 2011

B a n y a k . H a l . D i b u l a n . P u a s a


Bulan ramadhan kali nie saye rasakan agak berlainan dengan tahun sebelum2 nie. Banyak perubahan yang berlaku disekeliling kita. Ramai yang menunaikan kewajiban dengan seadanya dan tak kurang yang ingkar dengan perintah yang Maha ESA. Ditambah dengan keadaan ekonomi yang kurang baik, harga makanan naik mendadak, tahun sebelum nie bila tiba bulan puasa saye kerap berkunjung ke bazar ramadhan untuk mencari juadah berbuka puasa. Beli lebih kurang juadah memadai untuk mengisi perut, tapi sekarang saye lebih berminat untuk masak sendiri daripada membeli dibazar ramadhan. Salah satu sebabnya harga makanan dibazar agak ketara harga dulu dengan sekarang, kalau dulu murtabak sekeping rm2 sekarang dah jadi rm3 tapi masih ada yang menjual rm2. Lagi satu sebab makanan yang dijual dibazar tak mengikut citarasa saye sendiri. Boleh ditelan tapi tak rasa ditekak. Ada lagi sebab saye kurang berkunjung ke bazar ramadhan, nie sebab yang paling nak dielakkan. Bila berkunjung ke bazar ramadhan pahala puasa saye sedikit berkurangan disebabkan saye disajikan dengan pesekitaran pengunjung bazar yang berpakaian menjolok mata dan kadang2 boleh tersembul mata pun ada. Ishk2....

Kehadiran bulan ramadhan yang mulia nie tak menghalang umatnyer untuk melakukan kekejaman dan kejahatan. Membunuh kerat 15 tak jadi hal, samun dan tikam pun macam perkara biasa. Itu belum kira yang makan dengan selambe dikhalayak ramai dan mengaku bukan islam bila dicekup penguatkuasa. MasyaALLAH..... Dan di negara China, penduduk wilayah Xinjiang. Masyarakat islam minoriti islam Uighur disana ditindas dari ekonomi dan kebebasan beragama. Baru2 nie pihak kerajaan china mengeluarkan perintah tidak boleh menunaikan puasa, bersolat tarawih dan sebagainya. Beruntungnya kita di malaysia dapat menunaikan ibadah puasa dan solat tarawih dengan aman dan tenang. Tak kurang pula cerita di Somalia yang sedang dilanda kemarau dan penduduk diancam kebuluran yang dashyat. Kasihan melihat keadaan mereka disana, bersyukurlah kita dengan limpahan rezeki yang ada.

Tahun nie saye bakal merayakan hari raya puasa di cyberjaya, isteri dan anak pun sama. kena bertugas di hari raya pertama nati, insyALLAH... Saye berharap ramadhan kali nie dapat memberi manfaat yang lebih pada saye dan semua. Bukan sekadar berpuasa menahan lapar dan dahaga. Mata, hidung, telinga semua anggota harus dijaga dari melakukan perkara yang dilarang.

Friday, August 5, 2011

P e r b e z a a n . U ca p a n . A m i n



Ada 4 perbezaan ucapan Aamiin iaitu:
1. Amin , أَمِيْنٌ (a: pendek, min: pendek), ertinya ‘orang yang amanah atau terpercaya’.
2. Aamin, أٰمِنْ (a: panjang, min: pendek), ertinya ‘berimanlah’ atau ‘berilah jaminan keamanan’.
Ketika shalat, kita tidak boleh membaca “Amin” dengan dua cara baca di atas.

3. Aamiin, آمِّيْنَ (a: panjang 5 harakat, mim: bertasydid, dan min: panjang), ertinya ‘orang yang bermaksud menuju suatu tempat’.
Ada sebahagian ulama yang memperbolehkan membaca “Amin” dalam solat dengan bentuk bacaan semacam ini. Demikian keterangan Al-Wahidi. Imam An-Nawawi mengatakan, “Ini adalah pendapat yang sangat aneh. Kebanyakan ahli bahasa menganggapnya sebagai kesalahan pengucapan orang awam. Beberapa ulama mazhab kami (Mazhab Syafiee) mengatakan, ‘Siapa saja yang membaca ‘Amin’ dengan bentuk ini dalam solatnya maka solatnya batal.’” (At-Tibyan fi Adab Hamalatil Qur’an, ms. 134)
4. Aamiin , أٰمِيْنَ (a: panjang 2 harakat kerana mengikuti mad badal, min: panjang 4–6 harakat kerana mengikutimad ‘aridh lis sukun, dan nun dibaca mati), ertinya ‘kabulkanlah’. Inilah bacaan “Amin” yang benar.
Wallahualam.

Tuesday, August 2, 2011

O h ! . M a l a y s i a

Malaysia Oh tanah air ku, Tempat lahir tumpah darahku. 

Negara kita tak seperti di Mansheit Nasser sebuah daerah didalam kaherah, mesir. Tinggal didalam kota  yang penuh dengan longgokan samaph. Mereka dari golongan zabaleen yang majoriti beragama kristian. Zabaleen yang bermaksud orang sampah. lagi cerita@blogserius

Syukur kebuluran melampau tak terjadi di negara kita. Jangan lupa pada yang dalam kedaifan. Walaupun masih ada yang hidup dalam serba kekurangan, mereka tak seperti di somalia. Kemarau yang berpanjangan, hasil tanaman dan ternakan tak dapat dituai. Negara kita yang dilimpahi hujan dan tanah yang subur untuk bercucuk tanam.

Negara kita aman makmur dan sejahtera tiada berlaku peperangan, tiada kehilangan orang tersayang akibat korban peperangan, perasaan takut walaupun didalam rumah sendiri akibat bedilan bom dan mortar. Dari peperangan menyebabkan kemiskinan akibat kegiatan ekonomi tak dapat dijalankan. syukur alhamdulillah. Malaysia kita tak seperti disana.

K h a s i a t . K u r m a



Kurma merupakan tumbuhan yang tidak asing dalam kalangan penduduk negara
kita terutamanya apabila menjelang Ramadan. Kurma merupakan hidangan wajib
ketika berbuka puasa. Kurma atau tamar atau istilah saintifi knya, phoenix
dactyloferal merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai khasiat yang begitu
banyak kepada umat manusia.


Disebabkan kepentingannya juga, Allah SWT telah menyebut kalimah kurma
sebanyak 21 kali dalam al-Quran.  Firman Allah SWT dalam surah Maryam ayat
25-26 yang maksudnya:

Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah
tamar yang masak.  Maka, makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati
daripada segala yang merunsingkan.
(Maryam : 25)

Maka daripada ayat ini, kita dapati dengan jelas Allah SWT mengarahkan
Mariam a.s supaya memakan buah kurma untuk mengurangkan kesakitan bersalin
dan menenangkan hati beliau ketika hendak melahirkan Isa a.s. Sekiranya ada
buah yang lebih baik daripada kurma untuk menahan kesakitan bersalin nescaya
Allah SWT akan mengurniakan buah tersebut kepada Mariam, tetapi ternyata
tidak ada buah yang lebih baik daripada kurma di dunia ini untuk memudahkan
proses bersalin.

Selain ini, diriwayatkan juga kurma terutamanya kurma Madinah sangat
digemari oleh Rasulullah SAW. Antaranya terdapat hadis daripada Sa'ad r.a.
yang bermaksud:

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma
antara La Bataiha (dua tanah tidak berpasir di Madinah) pada waktu pagi,
maka racun tidak akan dapat memudaratkannya sampai petang." (Sahih Muslim:
no 3813)

Terdapat pelbagai jenis kategori kurma. Ketika muda kurma dipanggil balah,
manakala ketika mekar kurma dipanggil ruthob, ketika masak, kurma dipanggil
tamar dan kurma kering yang keras pula dipanggil labanah. Semua jenis kurma
ini mempunyai khasiat yang tersendiri.  


Kandungan Nutrien

Ramai yang tidak mengetahui bahawa kurma sangat kaya dengan zat galian dan
vitamin. Antara zat galian dan vitamin yang terdapat dalam kurma ialah
kalsium, zat besi, kalium, vitamin A, B, B1, B2, B3, vitamin C dan E. selain
itu, kurma juga mengandungi unsur bebas lemak dan bebas kolesterol, asid
amino triptofan, glukosa dan sukrosa.

Khasiat Kurma

Kurma mempunyai khasiat yang banyak. Antaranya kurma mampu mengelakkan
penyakit, menyembuhkan penyakit, memudahkan proses bersalin, memudahkan
pencernaan dan banyak lagi.

1.2.1    Kurma mengelakkan penyakit

Zat galian seperti kalium, kalsium, zat besi boleh menyihatkan sel darah
merah dan seterusnya mengurangkan risiko sakit jantung dan diabetes. Kurma
juga mempunyai serat yang tinggi di samping nutrien yang disebutkan tadi.
Semua zat galian yang terdapat dalam kurma amat membantu dalam mencegah
penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Kenyataan ini dikuatkan
lagi dengan kenyataan daripada Prof. Madya Asiah Mohd Zain, pensyarah
Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi UPM, "Daripada
segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko
seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis
kerana kurma mengandungi zat galian seperti kalium, kalsium dan zat besi
yang boleh menyihatkan sel darah merah."

1.2.2    Menyembuhkan penyakit yang kronik

Selain itu, kurma juga mengandungi protein dan garam galian yang
menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten di dalam
usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran
sel darah putih secara berlebihan. Selain gangguan usus, jus kurma berkesan
untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai
diamalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetes kerana boleh
mendatangkan kesan yang lebih serius.  Jus kurma juga merupakan penawar
mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi
mereka yang mengalami masalah batuk, jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana
kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam
kerongkong sekali gus menghentikan batuk.

1.2.3    Memudahkan proses bersalin

Bagi perempuan dalam pantang yang kehilangan darah, zat besi dan kalsium
dalam kurma sangat membantu untuk menambahkan jumlah sel darah merah. Unsur
ini juga boleh meningkatkan kadar pengeluaran susu ibu.  Kalsium dan kalium
yang terdapat dalam kurma juga dapat mengelak daripada berlakunya tekanan
darah tinggi.

Menurut kajian Dr. Mahmud Nazim al Nasimy dalam buku Tempoh Mengandung
Daripada Segi Perubatan: Fiqhiyyah dan Perundangan, jus kurma dapat menolong
mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuh urat rahim dan
memudahkan bersalin. Vitamin A pula dapat memelihara kulit yang sihat. Kurma
juga mengandungi kalium yang dapat mengurangkan risiko penyakit strok.  Hal
ini demikian kerana kalium ialah sejenis mineral yang membuatkan kadar
denyutan jantung menjadi teratur serta membantu tekanan darah.

1.2.4    Memudahkan proses pencernaan

Kurma merupakan juadah yang sangat popular pada bulan Ramadan. Umat Islam
memakannya ketika berbuka puasa. Nabi menggalakkan umat Islam berbuka puasa
dengan mengambil buah kurma. Apakah faedahnya? Jawapannya tidak lain tidak
bukan kerana kurma mengandungi glukosa dan sukrosa. Ketika perut kosong,
saat itulah makanan yang mengandungi nutrien glukosa dan sukrosa akan mudah
dicerna dan diserap secara cepat dan maksimum. Jadi, kandungan glukosa dan
sukrosa dalam kurma yang banyak itu menjadikan proses pencernaan di dalam
badan sangat mudah. Selain itu, kita juga tertanya-tanya sebab seseorang itu
memakan buah kurma, dia terus berasa kenyang? Maka antara salah satu
daripada rahsianya seperti yang terdapat dalam kitab 'al-Maktuubaat' hasil
tulisan Siir al-Hindi, menyatakan bahawa biji kurma itu pada asalnya dicipta
oleh Allah SWT daripada sisa tanah kejadian Nabi Adam a.s.  Oleh hal yang
demikian, sesiapa yang memakan kurma akan terus menjadi darah daging dan
rasa kenyang dengan serta-merta.

1.2.5    Kurma menenangkan perasaan

Dalam al-Quran surah Maryam ayat 26, Allah SWT berfirman kepada Saidatina
Maryam a.s; "Bertenanglah hati daripada segala yang merunsingkan". 

Ternyata firman Allah SWT ini yang menyuruh Mariam memakan kurma untuk
menenangkan fi kiran tidak bercanggah dengan kajian sains. Pengkaji
mendapati dalam buah kurma terdapat sejenis bahan asas protein, iaitu asid
amino (essential amino acid) yang dikenali dengan nama triptofan.  Triptofan
merupakan sejenis asid amino yang sangat diperlukan bagi membantu mekanisme
badan yang lain terutamanya bagi sintesis niasin. Terdapat sesetengah asid
amino boleh dihasilkan oleh badan tetapi unsur triptofan hanya dapat
diperoleh melalui diet pemakanan manusia. Triptofan ini sejenis unsur yang
boleh memberikan ketenangan kepada manusia.  Tanpa triptofan, manusia akan
rasa serabut, tertekan, gundah-gulana dan tidak tentu arah. 

Penyelidikan klinikal juga mendapati bahawa triptofan berperanan sebagai
agen antidepresi dan meningkatkan kadar neurotransmit serotonin (kawal atur
aras ketenangan) dalam otak. Jadi, benarlah fi rman-Nya dalam al-Quran. Maha
suci Tuhan yang telah menjadikan buah kurma ini dengan begitu sempurna,
bukan sahaja memberikan manfaat kepada fi zikal manusia bahkan memberikan
manfaat untuk jiwa dan mental manusia.

1.2.6    Kurma memelihara kesihatan dan menjauhkan sihir

Selain menenangkan perasaan, kurma juga memelihara kesihatan. Berdasarkan
kajian kimia dan fi siologi oleh Dr. Ahmad Abdul Ra'ouf Hisyam dan Dr. Ali
Ahmad Syahhat, memakan kurma ketika berbuka puasa akan menambahkan peratus
kandungan glukosa dan sukrosa dalam badan. Antara kurma yang terbaik ialah
kurma ajwah yang sangat tinggi mutu dan harganya. Kurma ini juga dikenali
sebagai kurma nabi kerana asal permulaannya telah ditanam oleh Nabi Muhammad
SAW.  Kurma ajwah mempunyai khasiat yang banyak.  Bahkan dengan memakan
tujuh biji kurma ajwah akan menyebabkan seseorang itu terselamat daripada
sihir dan gangguan syaitan.

Nabi bersabda, maksudnya: "Ajwah itu buahan daripada syurga. Ajwah merupakan
penawar kepada segala racun." (Tarmizi, Nasaai dan Ibnu Majah)


Posted@Blalang group
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...