Rewang mula lepas sembahyang jumaat membawak sampai ke malam.. kejenyer dari potong bahan ramuan, daging sampai ke basuh periuk dibuat ramai2 secara muafakat. Bukan tak pernah terbabit ngan keje kawen care rewang nie tapi dah lame sangat benda nie tak diamalkan.
Rombongan pengantin lelaki berarak dengan paluan kompang dan gendang, sebelum sampai ke pelamin, pengantin lelaki kena bayor 3 tol. Yang pertama dijalan masuk ke rumah, kedua dipintu masuk ke rumah dan terakhir diatas pelamin. nasib satu sampul ader duit rm1 je... klu rm5 ke rm10 ke...mau kopak pengantin lelaki tu. hehehe...
Gerak silat menyambut raja sehari selepas kena bayor tol yang pertama, gamaknyer klu tak bayor tol mula2 mau kena silat pengantin tu. hahaha....
Akhirnyer.... bersanding jua pasangan raja sehari, cantik berseri diatas pelamin.
Sebelah malam lepas majlis berlangsung, ramai2 pakat tengok tv perlawanan separuh akhir piala F.A 2013 antara pahang ngan JDT. Sambil tengok bola tu dijamu dengan air milo tabur spesel dari rumah wak rosli selaku tuan rumah.
No comments:
Post a Comment