Tuesday, March 6, 2012

Outing Bikerz

Dah lame rasenyer saye tak join outing fotografi kat mane-mane, terbaru 03hb mac 2012 saye join outing nie atas ajakan rakan sepejuangan saye iaitu Midee Putra. Outing nie diadakan di sekitar kawasan Pusat Sukan Air, Presint 6 berhampiran dengan Hotel Pullman Putrajaya.

Outing nie tak ramai pun yang join cume rakan terdekat dan yang kelapangan je. Model dan motosikal besar nie didatangkan dari kuala lumpur. Model nie name FB dia Yumie Hanis nak tau lagi leh cari kat fb dan tambah rakan. Motosikal nie pulak kepunyaan encik Fazmi Mat Derus dari Megalifestyle Motorcycle. Kalau terase nak pakai moto besar nie boleh la jenguk ke kedai beliau di area sungai way berhadapan dengan Lebuhraya Persekutuan.













Majlis Hari Lahir - Nur Alisya Sofia


Hari lahir Nur Alisya Sofia adalah tugasan terbaru yang berjaya saye lakukan baru-baru nie. Anak kepada rakan sekerja saye iaitu fadil@tulang. Majlis hari lahir tersebut berlangsung diwaktu malam pada 26hb Febuari 2012, nie ulang tahun kelahiran yang ketiga bagi nur alisya sofia. Gambar diatas nie outdoor kat tasik cyberjaya, suka-suka shoot untuk mengayakan baju gaun yang menarik lagi tertarik nie.

Jikalau rase nak gambar kenang-kenangan dimajlis anda boleh la hubungi saye untuk saye abadikan kenangan tersebut didalam foto yang saye ambil. hehe...






Monday, February 20, 2012

Majlis Perkahwinan Syazwan & Norbaiti


Nie majlis perkahwinan kawan saye syazwan dan pasangan norbaiti. Majlis berlangsung di setiawan untuk sebelah perempuan dan di teluk intan untuk sebelah lelaki. Majlis berlangsung pada 4hb dan 5hb febuari 2012, agak penat tugasan kali nie sebab saye kena amek gambo untuk dua majlis. Sesiapa yang rase berkenan dihati nak amek perkhidmatan fotografi dengan saye boleh hubungi terus saye, ape-ape majlis kite boleh bincangkan. hehe....









keterangan lanjut hubungi saye di talian 0122773370 atau emel pirdaus@yahoo.com





Wednesday, February 1, 2012

Betul Ke Boleh Tenangkan Fikiran Di Kelab Malam?


Hebat Orang Muda zaman sekarang nie, nak tenangkan fikiran pegi masuk kelab malam. Pekejadahnyer cari ketenangan di kelab malam dengan bunyi bingit memecah gegendang telinga, bersesak-sesak dalam keriuhan orang ramai boleh jadi tenang kepale otak ke agaknyer? Ishk... nak cari alasan untuk mengelak tapi kena tepat pada batang hidung sendiri. huhu... Dulu-dulu saye biase dengar kalau nak tenangkan fikiran dimasjid@rumah ibadah mencari ketenangan dan keredhaan ilahi dan lagi satu pegi kawasan sunyi takda hiruk-piruk kota macam lepak kat sungai lui tu. Pada pendapat anda sendiri, betul ke boleh tenangkan fikiran kat kelab malam? kalau betul boleh saye cube sekali jejak kaki kat kelab malam. huhu.... Same-same kite fikirkan benda nie, lagi elok amik iktibar bab nie.


Petikan dari tasha Shila (Pelakon Biase-biase je) :-
Saya akui gemar meluangkan masa bersama rakan di kelab malam, tetapi hanya untuk menghilangkan tekanan selepas penat menjalani penggambaran drama. Tambahan pula kunjungan saya ke kelab malam Rabu lalu hanya untuk meraikan hari jadi saya. Saya kecewa dengan fitnah dilemparkan menerusi laporan dalam blog hiburan yang mereka-reka cerita kononnya saya melakukan tarian tiang tanpa segan silu dan tidak mempedulikan orang sekeliling. Ia jelas menjatuhkan kredibiliti saya. Saya bukan hipokrit untuk menafikan tidak pernah pergi ke kelab malam, tetapi kehadiran saya hanya untuk menenangkan fikiran semata-mata. Sumber dari Beautifulnara.com
Seeloknyer kite banyakkan amalan menunaikan kewajiban macam solat 5 waktu, membaca Al-Quran itu lebih menjamin kite semua untuk sentiasa tenang tanpa keruan dalam hidup yang penuh berliku nie.

Majlis Hari Lahir - Zara

Pada 29 januari 2012 baru-baru nie saye dapat tugasan untuk majlis hari lahir. Nie kali kedua saye buat tugasan untuk majlis hari lahir, majlis diadakan di KFC Petronas Station,Taman Tun Dr Ismail. Yang diraikan namenyer Zara, comel dan pemalu orangnyer. Nie sambutan ulangtahun kelahiran yang kedua, anak rakan kepada rakan saye iautu Don Faresh, dia yang syorkan untuk perkhidmatan saye nie. huhu...mekasih banyak-banyak Don Faresh. Antara gambar yang saye ambil dibawah nie.









Saturday, January 28, 2012

Majlis Perkahwinan - Syazwan & Sofia

Nie tugasan yang saye dapat baru-baru nie, 22hb januari 2012 bertempat di PPR Wangsa Sari, Wangsa Maju. Majlis perkahwinan pasangan syazwan dan sofia, tugasan last minit dan kebetulan saye sendiri kelapangan pada mase tu. Majlis berlangsung sederhana tapi meriah, pasangan pengantin pun "cool". Mekasih kepade watie sebab bagi peluang last minit nie, tak bajet pun nak wat tugasan nie fikirkan nak tambah pengalaman ngan skil saye redah je. Untuk semua ade la beberape keping gambar saye selitkan kat sini.






Wednesday, January 25, 2012

Majlis Bertandang - Faizal & Watie

Kali nie majlis perkahwinan sebelah pihak lelaki dan jugak tugasan terakhir bagi tahun 2011, perkahwinan sepupu saye iaitu watie dengan faizal. Majlis nie berlangsung dekat sikit dengan rumah saye, di Kampung Padang Balang, Gombak. Majlis diadakan sebelah malam, sebelum masuknya tahun baru 2012 berbeza sikit pada saye yang biasa menghadiri majlis perkahwinan pada kebiasaannyer disebelah siang je. suasana meriah sangat dalam semangat kerja bergotong royong.







Majlis Perkahwinan - Fuad & Fizah

Pada tarikh 24 disember 2011 bertempat di Dewan Bandaran Teluk Intan saye menghadiri majlis perkahwinan rakan sekelas semasa ditingkatan 3 iaitu fuad@cikgu fuad. Saye terpilih untuk menjadi jurugambar untuk majlis beliau. Alhamdulillah... segala berjalan lancar walaupun berkeseorang tanpa pembantu. hehe... Kepada pasangan Cikgu fuad dan cikgu fizah, saye ucapkan semoga berbahagia selalu dan kekal rukun rumahtangga serta dikurniakan cahaya mata yang ramai. huhu... Saye selitkan sekali beberapa gambar yang saye ambil disana.






Thursday, December 8, 2011

P e r k a h w i n a n - W a t i e & F a i z a l

Sepupu perempuan saye dah pun kawen. Saye plak selaku photographer tuk majlis tersebut, sepupu saye iaitu watie bersama pasangannyer faizal selamat diijab kabul pada 3 disember 2011 dengan sekali lafaz. Majlis akad nikah dan persandingan diadakan serentak pada hari yang sama, nikah pada jam 12tengahari dan sanding lebih kurang jam 1.30petang dengan suasana majlis yang agak sederhana tapi meriah dengan kehadiran tetamu keriuhan sanak saudara yang asyik berkaraoke tanpa memikirkan suara merdu atau sumbang. Saye agak kepenatan pada ari tu disebabkan saye kena rushing ke kampung selepas waktu berkerja disebelah malam, ditambah dengan menghadiri beberapa kes kecemasan. Gambo nie tuk tatapan anda, tengok la ek..







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...