Thursday, November 4, 2010

Doa Dekat Jodoh

Salam guys.. Hari nih kita tukar topik lain sikit boleh. Huhuhuhu... Bukan apa, saja jer nak share dengan korang bab JODOH. Mesti ramai yang sudah bertemu jodoh masing2. Ada plak yang masih SOLO lagi. Cinta buah hati sudah berjumpa tapi tak kesampaian ler pula dikeranakan si CINTA itu bercinta dengan orang lain atau senang cerita sudah berpunya. Ada pula malu untuk berterus terang tentang perasaannya. Sampai bila?? Karang ada plak yang menganga dek kerana MALU meluahkan perasaan. JANGAN MENYESAL!!!! Dan lagi ada pula, dah jatuh cintapada si dia tapi cinta tidak berbalas mesra. Seksa menanggung CINTA yang tidak berbalas. 

Tapi ingat.. Jangan kerana cinta tidak berbalas, niat untuk membalas dendam pada si dia berlaku. DOSA namanya.. Si laknat syaitan dan jin ini akan sentiasa menyesatkan manusia yang lemah. LUPAKAN perkara untuk berdendam dendum nih. Cara paling baik adalah berdoa padaAllah SWT dan memohon pada-Nya agar segala masalah dan permintaan dapat diselesaikan dengan baik. Mana tahu malam esok ker, malam lusa ker atau minggu depan ker  si Peah tuh tiba2 call mintak masuk. Who knew rite?? Senyum lebar jer.... Kalah iklan ubat gigi.. ^__^

Tapi tak pe. Ini aku ada nak share dengan korang DOA PENDEKAT JODOH.. Mudahan2 tercapai ler hajat korang nak bersatu dengan si dia.. Tapi INGAT. Jangan ler di salah gunakan pula. Sebut nama si dia tuh biarlah dengan niat yang baik. Allah itu Maha mendengar dan Maha tahu sebelum mak korang lahir kan korang lagi. Jadinya pasang niat dengan baik dan ikhlas yer....

Pertama sekali baca surah Al Fatiha dan baca doa ini.


"Ya Allah, jadikanlah dia (sebut nama orang yang inginkan jodoh) dikasihi pada hati2 mereka yang beriman dan gembirakanlah dia ( sebut nama orang yang inginkan jodoh) dengan kekayaan sehingga seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik2 pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala2nya". 


P.S. Doalah demi cinta yang tulus agar dipercepatkan jodohnya. Restu kedua orang tua juga perlu dalam setiap hubungan agar jodoh kita berpanjangan dan sentiasa bahagia. Jika sebaliknya, mohon pada Allah agar dibukakan pintu hati untuk kedua2 orang tua untuk menerima pasangan hidup korang. InsyaAllah... Ehhh.. kalau sape yang sudah dapat JODOH tuh dan nak makan nasi minyak, reti2 ler email kad jemputan. Suka tengok couple bahagia. AMIN
sumber: http://kongsibersamanora.blogspot.com

2 comments:

nurmisnan said...

terima kasih berkongsi ilmu disini + backlink..

Pirdaus said...

same2 turut berkongsi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...