Friday, March 11, 2011

Tempat buang bayi


Tempat khas pembuangan bayi macam ni dah lame digunakan di negara maju macam German dan Jepun untuk atasi masalah pembuangan bayi. Mugkin Malaysia pun patut gunakan sistem ni supaya bayi- bayi tak dibuang merata-rata macam kat tong sampah, tepi jalanraya, dalam tandas etc.
Ibu yang tidak mahukan anaknya boleh letak bayi dalam tempat macam kat atas tu.
Jururawat akan ambil bayi yang ditinggalkan untuk dijaga dan diberikan kepada keluarga angkat.
Bukan menggalakkan pembuangan bayi cuma paling tidak pun, nyawa bayi selamat.
renung-renungkan dan selamat beramal~~
++ Kredit penuh untuk amazingnara.com

Thursday, March 10, 2011

Isu Saman Ekor


MAHKAMAH, melalui kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak tahun 2009 telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di mahkamah.
 
Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan.
 
JPJ juga telah diarahkan membayar ganti rugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.
 
Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.
 
Berbalik kepada tawaran kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, adakah seseorang itu benar-benar melakukan kesalahan yang didakwa sehingga mereka wajib membayar denda?
 
Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak.
 
Jika ada yang tertunggak maka ia bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke mahkamah untuk menjawab saman itu.
 
Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap supaya OKS hadir mahkamah.
 
Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mengakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesailah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga saman itu. Tidak tertunggak.
 
Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.
 
Saman ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi had laju.
 
Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan.
 
Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenali dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke mahkamah bagi menjawab tuduhan memandu melebihi had laju

K i n r a r a B e r s e l a w a t



Lain2 Majlis Ilmu, Klik sini.

Main Bola

Senin baru2 nie aku da terlibat ngan perlawanan bola sepak dengan pasukan polis. Pergh...memang dasat, bukan sebab pe. Aku rase tumpo sesangat a.k.a pancit. Tula banyak sangat relax, hehe... lagi satu dasat sebab nak rasmikan jersi baru sekali ngan stokin. kaler ngan paten seakan2 team n9 plak aku perhatikan, Arghh...belasah jela.huhu...



En. rosman kate kite menang bergambo, memang tul pun sebabnyer team aku kena belasah ngan team polis sampai 5-1, mule sedap la...bila masing2 start pancit,udah kejap keluar kejap masuk. Macam main bola tampar plak aku rase.huhu... Tapi yang seronoknyer gol mule2 dijaringkan oleh mael drogba. Memang thrill giler, muka pun sengih2 tanda puas.



Pengajaran yang kitorang dapat dari perlawanan tersebut, praktis kaw2 sebelum game. Kaji pihak lawan dulu, team polis sume mude2 belake average umor dalam 20-an yang team kitorang plak da yang nak masuk 40-an, memang tak fair. hehe...takpe2, pengajaran tu. Sebelum nie main bola pun kat padang senget, berliku2, kecil sume bagai la, tetiba main kat padang luas rumput tebal rase jakun plak. kena plak hujan mencurah2 turun, mula la perut rase lapo. Cesh...ade ke patut?




Selain dari kite2 yang bermain, ade gak jemputan dari HQ, bahagian siasatan kebakaran  same2 bermain campur ngan anak2 anggota bomba diantaranyer rooney, bulat (anak en. nan) dan akmal (anak en. hut). Kesudahnyer kekalahan, luka pada kaki team polis akibat terjahan keras oleh sidi khan dan layangan kad kuning kepada mangsa yang telah diterjah akibat dia tak berpuas hati ngan tindakan sidi yang agak kasar. kesakitan akibat jarang bermain aku dapat diakhir permainan, ape pun aku cukup puas hati dapat jugak bermain setelah sekian lama. huhu....

Wednesday, February 16, 2011

Derma Pakaian Terpakai Bayi

Sesiapa yang ikhlas ingin mendermakan pakaian bayi terpakai dr usia 0 bulan - 4 thn boleh hubungi saya. bertujuan untuk saya dermakan kepada kwn2 yg kurang kemampuan.
 
saya akan pick-up di tempat2 berikut pada setiap hari Sabtu:-
1) Giant, Seksyen 13 Shah Alam
2) Giant, Kota Damansara
 
Maklumat Lanjut hubungi :- Shamiza Abdul Aziz                                                               miza5315@yahoo.com.my

Terima Kasih

Semak Status Saman JPJ

    
     Klik sini untuk semak.

Bihun Punya Pasal

Berwaspada sebelum terkena
 Kilang Bihun Beras Indah Sdn. Bhd. (KBBI)( Co. No. 365216‐T)
telah beroperasi semula walaupun telah disita oleh Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN & HEP), Putrajaya.

Syarikat ini yang dahulunya memproses bihun CAP CILI, CAP KETUPAT,
CAP LANGSAT, CAP CABAI BURUNG, CAP BUNGA KANGKUNG,
CAP CIK YATI dan CAP PHOENIX

Terkini, mereka telah menipu orang ramai dengan menukar alamat premis
kepada yang baru dalam menjalankan perniagaan lama mereka iaitu perniagaan
pemprosesan bihun walhal kawasan pemprosesan bihun tersebut masih di tempat
 yang lama iaitu bersebelahan kandang babi.

Untuk mengaburi mata pengguna, mereka meletakkan alamat yang berlainan
dari alamat kilang sebenarnya di Kampung Selamat pada bungkusan bihun.
Kilang tersebut juga bertindak menutup mata pengguna dengan meletakkan nama dan
alamat pengedar atau pendaftar yang tidak dikenali para pengguna sebagai salah
satu anak syarikat KBBI. Jenama baru KKBI :

CAP MASJID, CAP KRIS, CAP NYONYA CAP LAKSA KAMPUNG,
CAP LAKSA SILAT, CAP JATI, CAP KAPAL LAYAR dan CAP SYAIRIAH

Wednesday, February 9, 2011

The Making Of Laksa

Laksa Dari Air Tanganku Sendiri.

Semalam pagi-pagi redup lagi aku dah  ke pasar borong, nak cari barang basah kat dapur yang dari minggu sudah lagi dah abis. Layan naik moto sorang-sorang dengan kelajuan minima sambil tengok cuaca pagi yang agak bejerebu. Sampai je kat pasar mula la pencarian barang yang diperlukan, mula-mula tengok sekeliling tengok harga ikan, udang, sotong, ayam dan segalanyer la. Boleh tahan jugak harganyer, makin lama terasa makin naik pulak harganyer, pepun layan jela nak wat camna lagi dah jadi. Biasanyer ikan dah tentu mahal pastu banyak tulang jadi aku pilih ayam, udang ngan sotong sebagai pilihan sekeluarga. Ayam sekor yang harganyer rm6.50 1kg, udang ngan sotong dalam rm10 (amik sikit je) sayur 2-3 jenis cukup sudah barang yang diperlukan untuk seminggu. Tengah berlegar-legar kat kawasan pasar aku ternampak plak ikan cerut (nama yang aku tau) sekilo rm7, murah gak tu. Timbul la idea nak buat laksa ngan ikan tu, pe lagi....cekau la 500gram untuk buat laksa percubaan pertama memasak laksa. Pastu beli rencah lain untuk laksa, dan terus balik rumah.

Sampai je kat rumah, kemas barang yang beli tadi rebus ikan dalam periuk pastu telefon sifu kat kampung iaitu bondaku. Sebelum nie dah menuntut cuma tak pernah praktis lagi, jadi untuk memastikan misi pertama berjaya kena la mintak tunjuk ajar sifu untuk kepastian. Lepas je dapat tunjuk ajar melalui telefon bermulalah kerja membuat kuah laksa. Nie nak kongsi sekali cara buat laksa, ikan yang direbus tadi asingkan isi ikan dengan tulang (tulang dan air rebusan jangan buang plak) pastu kisar cili kering, serai, belacan dan ketumbar sebagai perencahnyer, tulang ikan tadi kisar gak sampai hancur pastu tapis airnyer untuk menambahkan rasa ikan dalam kuah tu. Perencah dah masuk, air tulang rebusan dan tulang kisar pun dah, isi ikan pun dah pastu daun kesum ngan asam keping. Didihkan, sementara tunggu kuah masak siapkan rencah yang lain aku potong bawang, cili merah, timun dan ulam-ulam. Dah siap leh makan... rupenyer  senang jugak nak buat laksa nie.hehe...yang membezakan laksa tu sedap dengan tak je.

Itulah citer pasal laksa yang aku bikin, kalau ada yang  nak rasa tunggu nati aku buat rumah. terbuka.hehe...  aku jemput la korang sume.

Sunday, February 6, 2011

Kerja Sambilan

Masa yang kadang terluang dan takda ape nak dilakukan menyebabkan aku kebosanan tahap melampau, disebabkan itu aku lebih suka melakukan kerja sambilan bila hari kelepasan kerja dibalai. Sebenarnyer jarang dapat buat kerja sambilan nie, mengikut peluang dan kesenggangan masa yang ada. Antara kerja sambilan yang pernah aku lakukan seperti servis katering, fire marshall untuk perlumbaan, angkat mengangkut dan yang paling tetap dan sukarela jadi siak kat surau balai aku sendiri.


Tapi baru-baru nie aku dah ada kerja sambilan yang baru aku cuba-cuba nak lakukan iaitu jadi jurufoto. Mulanyer dari suka-suka ambil gambar dengan kamera telefon pastu kamera kompak olympus (sekarang dah hilang pun). Semalam kebetulan aku pun kelepasan dan kerja waktu malam, aku jadi jurufoto kedua untuk kawan aku si sham untuk majlis bertunang. Agak teruja jugak la bila dapat kerja nie, sambil-sambil asah skil. Seingat aku nie pengalaman kedua aku jadi jurufoto majlis bertunang. Ok la, tengok la sikit gambar yang sempat aku amik. Komen dan kritikan amat dialu-alukan, mekasih.







Friday, February 4, 2011

Jumaat Di Cyberjaya

Hari nie aku mula bertugas seperti biasa selepas seminggu bercuti dikampung, masih lagi dalam mod bercuti. Bermula dari awal pagi selepas subuh aku dah bersiap-siap untuk bekerja, konon-konon tak sabar nak kerja la.huhu... Bukan ape sebenarnyer bersiap awal nak singgah disurau, al maklum jela jadi siak surau, bila tiba hari jumaat masa tula nak bersiap-siap untuk solat jumaat pada sebelah tengahari nati. Sudah selesai sapu sampah terus ke balai nak mulakan tugas aku.

Macam biasa selepas bercuti aku akan ditugaskan menjaga bilik kawalan, kena pulak hari kedua tahun baru cina. Rasa lenggang je keadaan sekeliling, ada yang masih bercuti lagi. Jenuhnyer nak habis masa sehari kalau macam nie, layan tv, korek hidung sume bagai dah dilakukan. Kerja 12jam dari 0800-2000, kalau takda ape-ape operasi sibuk dengan kerja balai.

Selesai Jam 2000 dan balik ke rumah.

Wednesday, February 2, 2011

Aku Bercuti Dikampung

Penghujung januari dan awal febuari aku bersama keluarga pulang ke kampung setelah berbulan tak balik ke kampung. Sebelum nie ada jugak merancang nak balik kampung tapi terpaksa batalkan disaat akhir disebabkan kesihatan aku tak mengizinkan. Untuk cuti yang terbatal tu aku pun tak tau nak wat camna, mungkin satu masa nati aku bawak jugak la isteri ngan anak pergi bercuti kemana-mana, paling cikai pun ke taman burung atau Zoo negara pun dah ok rasanyer.

Berbalik pada citer cuti aku kali nie, macam biasalah kalau cuti balik kampung biasanyer memang seminggu waktu cuti aku habiskan kena pulak jalan balik kampung tu sehala je dengan kampung mentua. Disebabkan kampung mentua jauh sikit dari kampung aku jadi dimulakan singgah rumah mentua di Selama,Perak. Selepas tu balik kampung aku pulak di teluk intan. Biasanyer cuti aku tak merancang apa-apa aktiviti pun, bila dah sampai dikampung baru nak diskus kemana nak dituju. Kalau dikampung mentua biasanya kalau tak ke taiping ke penang, tu jela lokasinyer. Tapi cuti kali nie aku cuma pusing2 area taiping je itu pun dengan tujuan nak cari almari. Hai nak cari almari, nak cari almari...akhirnyer almari yang dicari tak dibeli bukan sebab tak jumpa tapi tak berkenan. Masa bercuti nie sempat jugak la aku menembak baper shot menarik disekitar kawasan rumah mentuaku. Sambil menikmati air kelapa pandan yang dipetik segar dari pokok mata pun meliar mencari subjek. Sudahnyer ayam belakang rumah mentua jadi talent.haha...dari ayam betina mengeram telur sampai la ayam jantan menunjukkan kejantanan. Sambil isteri aku ralit membakar ikan keli di panggangan, anak aku bekejaran dengan ayam2, aku pulak sibuk dengan kamera. Tu serba sikit citer aku semasa bercuti di kampung.

1hb febuari adalah hari wilayah persekutuan, aku masih lagi bercuti dikampung cuma kali nie aku dah berada di kampung halaman aku di teluk intan. Aktiviti..lagi la aku tak tau pe nak buat kat sini, melainkan makan dan tido. Ishk..ishk...ape nak jadi. Kebiasaannyer kalau aku balik aku cari si adie kawan sepermainan sewaktu di zaman sekolah dulu. Kalau aku balik kampung biasanyer dia la kawan yang aku ada, sementara dia tengah bujang nie boleh la. Nati semua dah bekeluarga dah berkerjaya masing2 sibuk dengan urusan. Masa nak bersua pun jadi susah, kena pulak kerja macam aku nie. Bila orang bercuti aku berkerja, bila aku cuti orang lain bekerja pulak. Dah biasa rasenyer dengan keadaan tu, masuk tahun nie dah tahun ke-4, mungkin sebab tu aku pun dah rasa lali.

Pepun tengok la gambar yang sempat aku tembak masa aku berada dikampung yang inigin aku kongsikan bersama, kalau dah 
tengok rasa ok atau tak ok komen la yer. Nak dijadikan pembelajaran sambil tu pengalaman....layan.

Laman Fotografi Aku

Wednesday, January 26, 2011

Remeh temeh cerai



Di sebuah kampung terdapat sebuah pokok yang umurnya melebihi umur kampung tersebut. Semasa kampung tersebut di buka, pokok itu telah wujud dan penduduk menngambil keputusan untuk membiarkan sahaja sehinggakan ia menjadi semakin membesar.

Sejak kewujudannya sehingga kini, pokok tersebut tetap berdiri teguh dan tidak pernah menunjukkan tanda-tanda akan musnah walaupun seringkali di panah petir dan dilanda banjir besar beberapakali.

Sehinggalah pada suatu hari secara tiba-tiba pokok itu gegur ke bumi dengan sendirinya tanpa disebabkan punca-punca yang besar.

Penduduk tertanya-tanya mengapakah pokok itu boleh tumbang, sedangkan selama ini bermacam bencana yang menimpanya, tetapi ia tetap berdiri teguh dengan penuh bangga.

Setelah disiasat oleh beberapa orang penduduk, mereka mendapati pokok itu tumbang kerana disebabkan oleh sejenis serangga yang disebut kumbang yang telah memakan pokok tersebut secara perlahan-lahan sejak sekian lama tanpa disedari oleh penduduk di situ.

Kumbang-kumbang itu telah memakan bahagian pokok itu yang selama ini dibaluti oleh kulitnya yang keras itu.

Akhirnya, dalam masa yang singkat, pokok tersebut telah tumbang, tersembam ke bumi hanya kerana disebabkan kumbang-kumbang yang kecil saiznya.

Dalam sebuah hadis yang mahsyur, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Jauhilah dosa-dosa kecil kerana jika ia telah bertompok-tompok pada seseorang maka ia akan merosakkan orang itu “

Seorang hakim di Chicago bernama Dan Joseph Sabeth yang pernah menjadi penasihat perkahwinan telah berjaya membantu 40000 pasangan yang tidak bahagia mengatakan sebahagian besar ketidakbahagiaan dalam perkahwinan disebabkan oleh hal yang remeh-temeh atau perkara-perkara kecil.

Manakalah Frank S. Hogan, seorang penguasa daerah di New York Country mengatakan sebahagian kes-kes yang telah dilaporkan ke jabatannya berkaitan hal-hal yang kecil saja seperti pertengkaran antara anggota keluarga, atau kerana disebabkan selisih faham sehingga menyebabkan saling menghina antara satu sama lain, atau kerana tersinggung, atau kerana terkesan disebabkan isyarat-isyarat badan.

Dan perkara-perkara kecil seperti di atas tadilah telah membawa kepada beberapa kes besar seperti pergaduhan dan pembunuhan.

Di negara kita sendiri apa kurangnya. Sama seperti di Barat yang mana saban hari di dada-dada akhbar dan seperti yang dilaporkan dalam berita di televisyen tentang pergaduhan dan pembunuhan yang hanya bermula dengan hal yang kecil dan kadangkala tidak masuk dek akal.

Misalannya, bergaduh sehingga berbunuhan kerana masalah perselisihan pendapat. Bila mula berbeza pendapat, masing-masing mula menghina antara satu sama lain, dan akhirnya menyebabkan kepada pergaduhan yang penamatnya menyebabkan salah seorang daripada mereka terkorban.

Ini bukan cerita dongeng, tetapi inilah realiti yang sedang melanda masyarakat di negara kita.

Mari kita fikirkan bersama, mengapa semua ini berlaku. Dari hal-hal yang kecil dan remeh-temeh, akhirnya ia menjadi masalah besar dan membinasakan.

Jawapannya mudah sahaja, ini semua berlaku kerana kita sering memperbesarkan hal-hal yang kecil sehingga menjadi besar dan seterusnya memusnahkan diri kita sendiri. Contoh-contoh di atas menunjukkan kepada kita betapa hal yang kecil dan temeh-temeh telah menyebabkan banyak perkara besar telah berlaku.

Hal-hal kecil dan remeh temeh ini perlulah kita tangani dengan berkesan agar ia tidak menguasai diri kita.

Misalnya dalam rumahtangga, pasangan suami isteri haruslah pandai menilai sesuatu isu yang berlaku dalam rumahtangga mereka. Jangan biarkan hal-hal yang remeh temeh membelenggu kerukunan rumahtangga mereka.

Misalnya seorang suami merasa sakit hati kerana isterinya suka tidur berdengkur. Hampir setiap malam tidurnya terganggu kerana bunyi-bunyian yang keluar dari rongga mulut dan hidung isterinya.

Dalam hal ini, sebelum situasi menjadi semakin rumit disebabkan hal yang begitu remeh, si suami perlulah menilai hadis ini yang berbunyi :

“Janganlah seorang suami mukmin membenci isterinya yang mukminah, jika ia tidak menyukai salah satu sifat isterinya, tentu ada satu sifat lain yang akan menyenangkannya” ( Muslim ).

Ya, si suami jangan biarkan satu sifat yang buruk pada pandangannya itu untuk menafikan lain-lain sifat yang baik pada diri si isteri. Bertenang sekejap, fikirkan secara perlahan-lahan apakah kebaik-kebaikkan si isteri padanya.

Masakan tiada bukan. Pasti ada dan jangan menafikannya. Jangan biarkan ego seorang suami menguasai diri anda. Dari sepuluh sifat si isteri misalnya, masakan tiada satupun yang baik pada pandangan mata anda.

Dia basuh pakaian anda, masakkan makanan yang lazat-lazat untuk anda, mengemas rumah setiap hari walaupun penat bekerja dan bermacam-macam lagi yang lakukan si dia untuk anda.

Kenapa hanya satu masalah yang kecil, menyebabkan mata anda tertutup untuk melihat perkara yang lebih besar. Fikirkanlah bagaimana Saidina Umar menilai pengorbanan isterinya dengan mendiamkan dirinya ketika dia dibebeli isterinya.

Lemahkah Umar?

Tidak, dia pahlawan hebat, bukan sahaja manusia yang takutkannya, malah syaitan juga melarikan diri bila bertembung dengannya. Dia juga sahabat Nabi yang yang mulia dan dijamin syurga.

Tetapi mengapa dia bertindak begitu?

Tidak lain tidak bukan kerana dia menghargai isterinya dan menerima kelemahan yang ada pada isterinya.

Pada suami di luar sana, anda bagaimana?

Fikir-fikirkanlah.

Apa jalan penyelesaiannya?

Mudah sahaja jalannya, bersihkan jiwa dan bukalah minda kita dengan seluas-luasnya agar kita dapat melihat sesuatu isu dan perkara itu dengan lebih tenang, matang dan menurut pandangan akal yang berlandaskan Islam dan sunnah Nabi.

Jangan biarkan fikiran kita terus dikuasai hal-hal yang remeh-temeh sehingga menjadikan minda kita tertutup rapat dan sentiasa menilai sesuatu perkara dan isu itu dengan nilaian yang negatif yang hanya bersandarkan kepada tanggapan semata-mata dan nafsu yang sering memandu kita ke arah kejahatan yang akhirnya akan membinasakan diri kita sendiri.

Ingat, syaitan sentiasa mencari jalan untuk memusnahkan anak adam kerana itu janjinya hingga kiamat kelak. Akhir bicara, bersabarlah dengan setiap apa yang telah Tuhan tentukan buat kita.

Nasib anda beradadi tangan anda sendiri. Hanya anda yang mampu mengubahnya dengan izin Allah.

Selamat berubah kepada Kehidupan Baru

Wallahua’lam

Saturday, January 22, 2011

Hentikan Mengumpat


SALAH satu sikap buruk yang ada pada manusia adalah mengumpat atau mengatakan perihal seseorang. Ada antara kita terutamanya golongan wanita cukup suka mengumpat.
Setiap hari ada sahaja perkara yang mahu diumpatkan dan paling mereka suka apabila ia berkaitan dengan rumahtangga atau hal peribadi seseorang. 
Kalau yang diumpatkan itu musuh mereka maka semakin bersemangatlah mereka mengumpat sehingga akhirnya tanpa mereka menyedari mereka tergolong dalam golongan yang melakukan fitnah.
Rasulullah SAW menjelaskan mengenai mengumpat seperti mana sabda baginda yang bermaksud:
Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya. (riwayat Muslim) 
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. 
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. 
Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya di akhirat. 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat. 
(riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibban) 
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa.Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. 
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
"Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri. (riwayat Abu Daud) 
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. 
Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud: 
"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". 
Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. 
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. 
Maka, dia berkata kepada Allah:
"Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab: "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". 
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberi kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat kelak.
Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.
Justeru tinggalkan amalan buruk berkenaan. Janganlah kita melampaui batas apabila kita tidak menyukai seseorang sehingga kita sanggup memburuk-burukkkannya di belakang.
Ingatlah setiap apa yang kita lakukan pasti ada pembalasan sama ada ia perbuatan baik atau sebaliknya.

Dalam hati Ada Titik Ais



Dalam sebuah syarikat pengangkutan kargo menggunakan kereta api ada seorang pegawai, bernama Nik. Dia sangat rajin bekerja, dan sangat bertanggung jawab. Tetapi dia mempunyai satu kekurangan, iaitu dia merasakan tidak mempunyai harapan apapun terhadap kehidupannya. Dia melihat dunia ini dengan pandangan kelam tanpa harapan langsung.

Pada suatu hari semua kawan-kawan sekerjanya bergegas untuk merayakan hari ulang tahun kelahiran bos mereka. Mereka semua pergi dengan cepat dan tergesa-gesa. Dengan tidak sengaja Nik yang sedang bekerja terkunci di sebuah bilik sejuk kontena pengangkutan ais yang belum sempat dibetulkan. Nik menjerit, memukul pintu dengan kuat sambil meminta tolong, namun hampa kerana kesemua rakannya sudah pun pergi merayakan ulang tahun kelahiran bosnya. Maka tidak ada yang mendengar jeritan pertolongannya.

Tangannya sudah merah dan bengkak-bengkak memukul pintu itu, suaranya sudah serak akibat menjerit kuat, tetapi tetap tidak ada orang yang mempedulikannya. Akhirnya dia terduduk di dalam sambil menghelakan nafas yang panjang.

Semakin dia berfikir semakin dia merasa takut, dalam hatinya berkata: Dalam kontena sejuk pengangkut ais suhunya pasti di bawah 0 darjah, kalau dia tidak segera keluar dari situ, pasti akan mati kesejukan. Dia memaksakan diri dengan tangan yang gementar kesejukan, mencari secarik kertas dan sebatang pen, menuliskan surat wasiatnya.

Keesokan harinya, semua petugas pun datang bekerja. Apabila mereka membuka pintu bilik sejuk dalam kontena pengangkut ais tersebut, mereka sangat terkejut menemui Nik yang terbaring di dalam. Mereka segera menghantar Nik ke hospital untuk rawatan, tetapi malangnya Nik sudah tidak bernyawa lagi. Tetapi yang paling mereka terkejut adalah, bekalan elektrik ke bilik sejuk untuk menghidupkan mesin itu tidak dibuka, dan dalam bilik kontena yang besar itu cukup oksigen di dalamnya. Dan yang paling menghairankan mereka adalah suhu dalam bilik itu 28 darjah C saja. Tetapi Nik mati "kesejukan"!

Nik bukanlah mati kerana suhu dalam kontena terlalu rendah tetapi dia mati kerana ada titik ais di dalam hatinya. Dia sudah menghukum dirinya dengan hukuman mati. Bagaimana dia dapat hidup terus?

Percaya pada diri sendiri adalah sebuah perasaan hati. Orang yang mempunyai rasa percayaan diri tidak akan terus putus asa, dia tidak akan terus berubah sedih terhadap keadaan hidupnya yang jalan kurang lancar dan berjaya.

Tanyalah pada diri kita sendiri, adakah diri kita juga selalu memutuskan bahawa kita tidak mampu untuk melakukan suatu perkara, sehingga kita kehilangan banyak kesempatan untuk berjaya? Kehilangan banyak kesempatan untuk belajar berdikari? Untuk jadi lebih mengerti tentang kehidupan ini?

Yang mempengaruhi semangat kita bukanlah faktor-faktor dari luar, melainkan dalam hati kita sendiri. Sebelum berusaha, kita sudah dikalahkan oleh diri kita sendiri. Biarpun ada banyak bantuan yang diberikan kepada diri kita, ia tetap tidak akan membantu jika kita berfikiran negatif setiap masa.

Tuesday, November 16, 2010

Diet Rasulullah S.A.W



Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya karena pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

1.  JENIS MAKANAN

Jangan makan SUSU bersama DAGING, IKAN, AYAM, CUKA, BUAH (e.g. KOKTEL)

Jangan makan IKAN bersama TELUR, DAGING & DAUN SALAD


2. CARA MAKAN

1. JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

2. TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.

3. JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

4. Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.


Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya... cobalah... Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.

Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. karena akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merusak usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan spt membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air es) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)

Sama-samalah kita mengamalkannya.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...